Wednesday, January 1, 2014

Hello Jogja: (5) Mendaki Dataran Tinggi Wonosobo, Melihat Candi Arjuna, kawah Sikidang dan Telaga Warna.

Part V
20 Nov 2013 (Rabu)

Assalamualaikum, Morning n Happy New Year 2014.....


Seperti semalam, pagi ini hujan lebat memulakan salamnya. Lebih lebat dr semalam. Oleh kerana kami bertolak awal, biasanya kami terlepas sarapan di hotel yang hanya disediakan pada jam 8.am (waktu Indonesia), tapi pihak hotel menyediakan roti dan mentega, cukuplah untuk alas perut. Yang masih ader stok Maggie dan bubur, selamat dr lapar. Kami sdh di ingatkan Pak Wor bahawa perjalanan ke Dataran tinggi Wonosobo memakan masa 4 jam, lebih2 lagi dalam keadaan hujan lebat sebegini dan bersedia kerana jalan mendaki memang advancture.

Aku macam biasa bawak bekal Nescafe dan biskut yang di bawa dr Malaysia. Aku kan suka mengunyah. Tak lupa kami bawa bekal salak madu semalam. Moga bila sampai di tempat yang dituju hujan berhenti seperti semalam, kalo hujan tujan turun, ruginya jauh2 datang tapi tak dapat p tgk tempat tu. Rakan2 ada yang dah mula pening, laluan mendaki berliku2. Sejam perjalanan barangkali, kami tiba di tanah rata. Kak Enai Nampak kantor Pos lalu mengajak Pak Wor singgah. Kak Enai merupakan antara pengumpul setem paling tegar di Tawau. Kemana saja Negara yang kami lawati, pasti Kantor Pos antara tempat wajib yang kami pegi. Nasib baik juga kami singgah, aku dah mula pening. Sementara Kak Enai membeli setem kami dalam kete makan2 buah salak dan biskut yang kami bawa.




Kakak ku yang masih segar walau menempuh perjalanan berliku..:)






Dalam perjalanan mendaki, kami disajikan dengan pemandangan yang sungguh mendamaikan, sejuk, indah, cantik…ntah aper lg yg ble aku katakana. Subahanallah, maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi. Di kiri kanan jalan kelihatan bukit yang diteras untuk aktiviti pertanian. Hijau menyejukkan mata.




Pertanian Berteres...



Serta merta aku teringatkan Geografi Bab 6: Bentuk Muka Bumi. (Begini lah cikgu barangkali, kemana saja pergi, aper yang dilihat, dibandingkan dgn aper yang dipelajari di sekolah) Indonesia memang terkenal dengan pertanian berteras. Terutamanya padi. Tapi di kawasan ni tdk kelihatan padi, mungkin di kawasan lain. Oleh kerana Indonesia berpenduduk padat, maka tanah pamah di jadikan sebagai kawasan petempatan dan mereka memanfaatkan lereng2 bukit sebagai kawasan pertanian. Dan disini aku melihat kebenarannya. Rumah2 juga didirikan dilereng2 bukit. Lebih kurang sama seperti mana jika kita naik ke Kundasang dan Bukit Mas, Penampang. Ubi kentang mendominasi sebagai tanaman utama di sini (aku agak aje sbb aku nampak di pintu masuk candi arjuna ader gerai menjual kentang goreng. Sedap. Segar dr ladang… kami beli 1 tapau dengan harga Rp. 10.000. makan panas2 dalam keadaan suhu sejuk…..uhhh nikmatnyer. Tambah nikmat sekiranya digabung bersama kopi panas….uhhh…barangkali Pak Wor lalu pun kami tak Nampak. Hehheehh…..







Rasa macam di Turki la pula....;D 
















Hijau, saujana mata memandang
Ahernyer kami sampai ke Candi Arjuna. (Nama…bukan main romantik..:)) bayaran parking Rp.2000. Masuk: (tak ingat)  Kawasannya kecil je. Kelihatan 2 orang penyanyi di pintu masuk Kawasan wisata. Tak p pun dekat2, amik gambar dr jauh cukup la. Kami sebenarnyer mencari kawah sikaddang…jalan punya jalan….jumpa kawah Bale Kambang.Tgk dr jauh je, Nampak macam kolam ikan. Kami berpatah balik dan bertemu dua gadis kecil, comel sedang mencari kulat. Kami tanyakan dimana kawah sikaddang……katanya di sana sambil menunjuk di satu arah. Kemudian kami bertemu pula dengan 2 pelancong berbangsa cina (setelah berkenalan rupanya mereka dr kedah) dan guide mereka. Kami tanyakan tentang Kawah sikaddang. Rupanya Kawah sikadang itu letaknya masih di kawasan itu tapi kena naik kete. Nak jalan kaki ble juga tapi tak tau jam bape ble sampai…hehheh…….









Balik Sabah, aku jumpa bunga ni terus beli.....:)


Kompleks Candi Arjuna merupakan sebuah candi Hindu peninggalan abad ke-7 yang masih teguh berdiri di celah2 kedinginan  di Dataran Tinggi Dieng, Kabupaten Banjarnegara, Jawa Tengah. Dibangunkan pada 809 M, Kompleks Candi Arjuna merupakan candi hindu tertua di Pulau Jawa dan tempat pemujaan Dewa Siwa. Kompleks Candi Arjuna terdiri dari 5 candi iaitu, Candi Arjuna, Candi Semar, Candi Sembadra, Candi Srikandi, dan Candi Puntadewa. Meneliti dari aspek senibina, rekabentuk Candi Arjuna ada persamaan dengan candi di India selatan, kemungkinan besar candi arjuna mendapat pengaruh dari budaya India. Candi-candi yang terbuat dari batuan andesit tersebut tidak memiliki banyak relief pada dindingnya. Hanya ada relief ketiga Dewa Trimurti iaitu Siwa, Wisnu, dan Brahma yang dipahatkan di Candi Srikandi dan bukannya di candi utama. 

Kompleks Candi Arjuna ditemui pada tahun 1814 oleh seorang tentara Inggris, iaitu van Kinsbergen. Ketika ditemui, candi2 tersebut terendam air rawa-rawa, berbeza dari kebanyakan candi lain yang biasanya bermakan di dalam tanah. 40 tahun kemudian, proses pengeringan air rawa telah dijalankan. Rumput hijau seperti permaidani kelihatan tumbuh subur di persekitaran candi.









Denai menuju ke Kawah Bale kambang









Anak kecil mencari kulat. Comel tudung yg dier pakai....
Kami cari Pak Wor tak jumpa, rupanyer dier tido dlm kete….penat agaknyer, bangun awal pagi. Nak kejutkan segan la pula. Maka kami bagi lagi masa seminit dua untuk beliau melelapkan mata. Sementara tu, ader yang makan kentang goreng, ader yg tengok2 gerai (sampai ader yang jumpa bunga abadi, siap bawak balik sabah lagi…heheh), aku amik kesempatan merakam gelagat mereka sambil klik2 pemandangan yang cantik untuk kenang-2an.


Depa makan Ubi kentang goreng....sedap!




Bunga Lonceng tumbuh segar





Pak Wor bangun sendiri mungkin sbb depa ni bising sgt n gelak2…hehheh......Kami meneruskan perjalanan ke Kawah Sikidang......tak jauh dari Candi Arjuna.....

Bersambung.....

Info: http://www.indonesia.travel

Hello Jogja: (4) Ke Candi Prambanan

Part IV
19 Nov 2013

Sambungan Part III

Kami meneruskan perjalanan ke Prambanan. Pak Wor guna jalan potong atau di sini kiter panggil jln kg. Hujan mula turun….renyai2. Harap2 sampai di Prambanan nanti hujan berhenti….Bas pelancong juga guna jalan ni, rasanya nak mengelak macet teruk di jalan utama...;)

Uihhhhh.....hebat adik ni...:D




Urusan pembelian tiket diuruskan oleh Pak Wor. Harga tiket masuk: IDR 117.000. Ramai juga pelancong. Di pintu masuk kami diberikan sehelai kain batik jawa, siap diikatkan lagi dipinggang. Mulanya malu juga, ingatkan pelancong luar je yg kena pakai, rupanya semua. Katanya utk menghormati kawasan tersebut. Pakai aje la. Kami di sapa pemandu pelancong sekiranya berminat, dgn bayaran…ntah aku tak ingat samada Rp 10.000 atau Rp 100.000. aku blur sket bila tgk banyak kosong,  kosong, kosong.....seolah2 aku jadi kaya sekejap. Padahal kayap! Hehheheh……Kami setuju, sebenarnya tak perlu ambil pun ok. Cuma sambil2 nak membantu beliau, ble juga dengar citer pasal prambanan.





hehehheh....nakal Kak Beth....

Menurut bapak (guide), Candi Prambanan ni untuk agama hindu. Kalo tengok dr senibinanya pun kiter dah tau candi prambanan ada unsur hindu. Sebenarnya Candi prambanan sudah tidak di gunakan untuk aktiviti keagamaan atas factor keselamatan. Namun setiap tahun, dlm bulan2 tertentu iaitu antara mei-julai akan ada masyarakat hindu dari serata dunia datang ke sini untuk upacara keagamaan. Tidak ada halangan untuk itu kerana mereka ada memohon kebenaran dr pihak berwajib. Dulu masyarakat hindu ramai yang tinggal di sini. Setelah berlakunya kejadian letusan gunung berapi, berlaku kerosakan teruk pada candi Pramnbanan, maka, sedikit demi sedikit masyarakt hindu meninggalkan kawasan ini dan berpindah ke tempat lain seperti di Bali. Oleh sbb itu sehingga sekarang tak ramai masyarakat hindu yang kiter ble nampak sekitar daerah Jogja. Mungkin ada cuma bilangannya minoriti saja.

Tiga candi utama disebut Trisakti dan dipersembahkan kepada sang hyang trimurti Batara Siwa sang Penghancur,Batara Wisnu sang Pemelihara dan Batara Brahma sang Pencipta.



Menurut sejarah, (aku baca kat internet) Candi Prambanan merupakan sebuah candi Hindu terbesar di Indonesia dan terletak di pulau Jawa iaitu 20 km ke timur Yogyakarta, 40 km barat Surakarta dan 120 km selatan Semarang. Pendek kata ia terletak diantara sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta. Dibina pada abad ke IX oleh raja-raja Dinasti Sanjaya. Ketika ditemui, terdapat tulisan nama Pikatan pada candi Prambanan, maka depa menyimpulkan pendapat bahawa, candi ni dibangunkan oleh Rakai Pikatan dan kemudian diselesaikan oleh Rakai Balitung. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada ukiran berangka 856 M “Prasasti Siwargrarha” yang dilihat sebagai agenda politik untuk meneguhkan kedudukannya sebagai raja yang besar. (Kalo nak tengok ukiran “Prasasti Siwargrarha” bertarikh 856m tu, ble p Muzium Nasional Jakarta). Tidak lama setelah dibangun, candi ini ditinggalkan dan mula mengalami kerosakan akibat perubahan cuaca dan berlakunya beberapa kali letusan gunung berapi. 


Khusyuk mendengar cerita bapak...


Candi Prambanan ditemui semula oleh C.A.Lons (Orang Balanda) ketika beliau mengunjungi Jawa pada tahun 1733 dan melaporkan bahawa beliau menemui reruntuhan candi yang ditumbuhi semak belukar. Oleh itu pada tahun 1885 Ijzerman berinisiatif menyelamatkan candi Prambanan dengan membersihkan bilik-bilik candi dari reruntuhan batu. Pada tahun 1902, kerja2 pembaikpulihan bermula dengan dipimpin oleh Van Erp untuk candi Siwa, candi Wisnu dan candi Brahma. Aktiviti pembaikpulihan candi ini hingga sekarang masih belum selesai, bangunan utama telah diselesaikan pada tahun 1953. Banyak bangunan candi yang dibaikpulih menggunakan batu baru. Ini kerana batu-batu asli banyak yang dicuri atau diguna semula di tempat lain. Sebuah candi hanya akan dibaik pulih sekiranya 75% batu asli masih ada. Oleh sebab tu, kalo kiter tengok banyak candi-candi kecil yang tak dibangunkan semula dan yang kelihatan hanya tapaknya sahaja......



Duduk di atas runtuhan candi akibat letusan gunung berapi


 Kini, Candi Prambanan adalah sebuah warisan dunia yang dilindungi oleh UNESCO bermula tahun 1991. Candi Prambanan adalah candi Hindu terbesar di Asia Tenggara, tinggi bangunan utama adalah 47 m. Kompleks candi ini terdiri dari 8 kuil atau candi utama dan lebih daripada 250 candi kecil.

untuk naik dan masuk ke bangunan candi kena pakai topi keselamatan....(dah macam pekerja petronas dah aku tengok) wakakakka.....

sebenarnyer tak ader la kiter naik sampai puncak bangunan candi tu....tingat bawah ni je. Tengok tu ader pagar berkunci. Dibuka pagar tu hanya semasa upacara keagamaan masyarakat hindu pada bulan antara mei-julai. Ramai masyarakat hindu dr seluruh dunia mai kat sini. Sebelum sampai pagar tu, ada ruangan yang ble kiter masuk untuk ke sebelah tangga sebelah sana pula.


Ader 1 cerita rakyat pasal Prambanan ni. Menurutnya, Candi Prambanan ni ader nama lain iaitu candi Lara Jonggrang atau Roro Jonggrang, diberi nama oleh penduduk setempat berdasarkan kepada arca Durga Mahisasuramardini yang terletak di ruang utama sebelah utara candi Siwa. Pemberian nama Lara Jonggrang yang bermaksud “Gadis yang semampai” ini dikaitkan dengan cerita rakyat tentang asal usul terbinanya candi Prambanan. Lara Jonggrang, merupakan seorang puteri raja Baka. Beliau dilamar oleh Bandung Bandawasa, namun beliau tidak berminat karena pemuda tersebut telah membunuh ayahnya.

Bandung Bandawasa mendesak terus.....maka Lara Jonggrang mencari tipu muslihat. Ia berpura pura menerima lamaran dengan syarat agar Bandung Bandawasa dapat membuat candi/arca seribu dalam satu malam. (macam cerita klasik Puteri Gunung Ledang, minta buatkan Jambatan Emas, Darah nyamuk sekuali....nak minta darah nyamuk buat ape, elok minta buah doyan selambak ble gak makan...wakakkak....) Menjelang tengah malam ternyata candi/arca hampir selesai, Bandung Bandawasa telah berjaya membina 999 buah candi dengan bantuan jin. Maka cemas lah Lara Jonggrang, lalu beliau meminta penduduk kampung agar menyalakan obor sebanyak mungkin, dan beberapa gadis menumbuk padi, sehingga ayam jantan mulai berkokok. Ingatkan dah pagi, maka hilanglah kekuatan Bandung Bandawasa, maka  tak terrealisasi lah pembinaan 1000 candi/arca. Namun ketika Bandung tahu tipu muslihat sang puteri Lara (nama bukan main romantik..:)) , Bandung sangat murka dan Lara Jonggrang dikutuk menjadi arca batu untuk menggenapi candi/arca sesuai permintaannya. Sekian...........:D (dah jd batu tak ble kawen dah.....)

yang bentuk macam botol susu tu, ader yang dah tergolek jatuh ke bawah akibat letusan gunung berapi. ketika kami berkunjung, masih dibiarkan di bawah. Uihhhh...nak angkat sendiri guna kudrat manusia 10 orang pun belum tentu batu tu bergerak. kalo digolek  ye la ble, tp kalo nak angkat letak semula ke tempat asal mmg tak ble, perlu guna kren br ble angkat. 

pak guide tu yg tolong amik gambar. kami minta dier tolong pegang kamera. kalo aku yg pegang, sah2 la muka aku tak ader kat sini....Rugi owhhhhh.....(Pandai pula dier close up eh)

kami posing dengan batik jawa......ader rupa org nak p cuci kain kat sungai tak...? hehehheh



Beransur pulang......di depan tu pintu keluar

Runtuhan akibat letusan gunung berapi. mungkin tak di baiki/dibangunkan semula kerana hanya candi yang mempunyai 75% batu asal sahaja yang hanya dibangunkan/dibaikpulih kembali

abaikan horizontal aku yang senget.....wakakkaka....


kami tak bergambar mmg tak sah......wakakkaka


ehhhhhh....aku lagi....:D



bangunan candi ni dibangun tak pakai simen tau, dah cakap kat entry candi borobudor, depa guna sistem interlock. tengok betul2 rekabentuk batu tu.. dan bayangkan permainan lego


Dulu kawasan ni merupakan sebuah kampung. kemudian setelah Candi Prambanan menjadi salah satu wisata maka penduduk kampung tersebut di pindahkan ke kawasan lain. Tentunya disediakan rumah lain oleh pihak kerajaan. 

Pak, mau kemana naik kuda tu?
Bila kami mula meninggalkan Kompleks Prambanan hujan mula turun. Kmi berkongsi payung yang sememangnya tak cukup untuk 2 orang dan berlari terus ke Musolla. bagi pengunjung muslim, jangan risau disetiap wisata ada disediakan musolla, iaitu di luar kawasan wisata. Di luar kawasan prambanan juga ada banyak kedai2 menjual barangan cenderahati, kain batik, telekung, beg dan banyak lagi. 





Mussollah....

Kembali ke Malioboro......
Selesai program untuk hari ni. 3 candi yang kami lawati, borobudor, mendut dan Prambanan dan menikmati salak madu di rumah Farid :)......alhamdulillah hujan hanya renyai2 sesekali berhenti terus, membolehkan kami selesa berjalan di kawasan candi. Terus pulang hujan mula lebat....ngak apa-apa2, sdh di dalam kereta....hehehe

Tinggal dulu ya, jumpa nanti di entry akan datang....naik ke Dataran Tinggi Wonosobo

Credit Info: http://www.kakiteng.com. http://www.jagadkejawen.com/. http://wisataprambanan.wordpress.com/

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...