24 Dec 2023
Grand Bazar
Assalamualaikum dan Hi semua....
Hari ni adalah hari terakhir kami berada di Istanbul sebelum balik Malaysia ke esokkan harinya. Maka aktiviti pada hari terakhir ini sudah pasti membeli barangan untuk ole2 nak dibawa balik.
|
Kami memulakan perjalanan pagi ni menuju ke Grand Bazaar. Hari ni hari sabtu, pasti ramai masyarakat tempatan mengambi kesempatan untuk keluar jalan2. Salah satu tempat tumpuan pasti la di sini kan. Jadi, kami tak nak bersesak2....nak jalan santai2 je......Maka kami keluar awal pagi. Macam peniaga pula kan datang awal gila nak buka kedai...Macam biasa dari hotel kami berjalan kaki ke Sirkeci Tram Station. Ambil tram yang menghala ke Bagcilar, Perjalanan menaiki tram mengambil masa 6 minit sahaja dengan 3 station. Kos tambang kira2 15 Lira. |
Sirkeci- Gulhane-Sultanahmet--> Cemberlitas
Turun di Cemberlitas Station dan kemudian berjalan kaki menuju ke Grand Bazaar. Sebenarnya Grand Bazaar ni sangat luas dan dia dekat je dengan Sirkeci. Seperti yang aku pernah tulis pada part sebelum ni, Sirkeci dan Eminonu tu sangat dekat dan boleh je jalan kaki. Grand Bazar ni pun keluasannya sampai la ke Eminonu. Tapi sebab kami tak tau, makanya semua perjalanan naik tram je, tak kira jauh atau dekat....😀
|
Bergambar kenangan di hadapan pintu masuk ke Grand Bazaar |
|
Salah satu pintu masuk Grand Bazaar |
|
Grand Bazaar merupakan salah satu pasar berbumbung terbesar dan tertua di dunia. Terletak di tengah kota Istanbul, tepatnya di Kapalicarsi, sangat mudah diakses dari Sultanahmet dan Sirkeci hanya dengan menaiki tram. Grand Bazaar dibina di atas tapak berkeluasan 30,700 meter persegi ini terbentang dari barat ke timur antara Masjid Beyazid dan Nuruosmaniye. Mempunyai 61 rangkaian lorong berbumbung dan lebih 4000 kedai di dalamnya.
|
|
Grand Bazaar mula dibina semasa musim sejuk iaitu pada tahun 1455/56, sebaik sahaja selesai penaklukan Uthmaniyyah ke atas Constatinople. Ia merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan Uthmaniyyah untuk merangsang ekonomi Istanbul. Sultan Mehmed II juga mempunyai bangunan yang dikhaskan untuk pedagang tekstil dan permata berhampiran dengan istananya di Constatinople. Maka tidak hairan la hingga kini Turki dilihat sebagai salah satu negara yang terkenal sebagai pemain dalam industri tekstil, kerana pihak kerajaan sangat menyokong aktiviti perniagaan terutamanya dalam bidang tekstil. |
|
Lampu hiasan yang sangat cantik...Kalo tak memikir kesukaran mengangkut lampu ni, aku dah rembat 1 sebagai kenang-kenangan. Tapi apakan daya.... |
|
Tudung |
|
Aku selalu tengok kat RTT, ramai yang rembat lampu comel ni |
|
zoom sket buat rachun. Pelita ni kalo letak bersusun masa hari raya cantik gillss. Ohh....aku sebenarnya tertarik dengan paip tu. Kalo kat kampong aku paip tu dipanggil "Sigupan". Bukan apa, teringat abah aku. Nak beli 1 untuk dia. Lama betul aku tenung bendalah tu, menimbang2...nak beli ke tak? Beli...Tak...Beli...Tak. Akhirnya aku putuskan untuk tengok2 kot ada kat tempat lain lagi. Emm.....sampai ke sudah aku tak jumpa dah paip ni....Itu la, pengajarannya, kalo dah berkenan dengan barang tu terus beli. |
|
Makanan khas Turki. Ada manisan, tek dan kopi. Aku paling suka teh apple......sedap gills! |
|
Kedai Saffron |
|
Awal abad ke-17, Grand Bazaar hampir siap sepenuhnya. Empayar Uthmaniyyah yang semakin luas meliputi 3 benua dan kawalan penuh terhadap komunikasi jalan raya antara Asia dan Eropah menjadikan Bazaar menjadi hub perdagangan di Mediterranean, sehingga Eropah tidak dapat menandingi pasaran di Grand Bazzar terutamanya dari segi kepelbagaian dan kualiti barangan yang dijual. |
|
Barangan hiasan Turki |
|
Abad ke-19, pertumbuhan insudtri tekstil di Eropah Barat semakin menampakkan taringnya. Ini disebabkan oleh pengenalan kepada kaedah pengeluaran secara besar2an (kilang) dan membekalkan bahan mentah yang diperlukan untuk menghasilkan barangan dijual dipasaran tertutup sahaja. Ini merupakan faktor penyumbang kepada kemerosotan pasaran tekstil di Turki. |
|
Kita masuk sini sorang2 boleh sesat ya.....tak tau dah berada di mana sekarang |
|
Pakaian dan tudung |
|
Kitorang ada beli tudung kat kedai ni. |
|
Seronok kan jalan2 tengok2 barang.....tak beli pun tak pe. Terapi bagi orang perempuan... |
|
Hiasan Galata Tower |
|
Pada tahun 1894, berlaku gempa bumi yang kuat di Istanbul sehingga merosakkan bangunan Grand Bazaar. Semasa proses membaik pulih bangunan pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk mengurangkan bangunan bertutup. Pada tahun 1914, Sandal Bedesten yang menjual barangan tekstil telah ditukar kepada rumah lelong untuk permaidani. |
|
Beg dengan hiasan khas Turki |
|
Kawan aku borong teh kat sini. Teh tu ada macam2 fungsi.....untuk buang angin, gastrik, awet muda...ehhh |
|
Owner kedai. memang pandai memujuk. hehehh...sampai aku terjebak lagi nak beli manisan Turki tu kat kedai dia ni |
|
Pelbagai coklat, kekacang |
|
Teh yang dihidangkan secara percuma. Ada pelbagai perisa dan fungsi. Kalo korang stress teruk pun ada teh khas untuk tu....hehheh |
|
Sambil menerangkan pada KH fungsi teh.....terjebak juga dia. beberapa bulan lepas tu aku jumpa KH, "kak dah habis ke teh yang kakak beli di Turki?" "Tak habis pun sebab kakak ja 1 orang yang minum"....hehheh |
|
kawan aku Z pun terjebak beli manisan rasanya... |
|
Jeruk pelbagai warna.... |
|
Salah satu pintu masuk dan keluar |
|
Masjid berdekatan Grand Bazaar. Salah satu contoh masjid adalah gaya Baroque Uthmaniyyah.
|
|
Arca ditepi jalan |
|
Sejadah yang kitorang beli di Grand Bazaar. Cantik |
|
lambakan duit dari pelbagai negara.... |
|
Kitorang pegi Nur Muhammad, jumpa 1 kedai...ingat nak cari sejadah. Nampak Replika Quran ni. cantik kan..... |
|
Aku biasanya beli piring yang ada nama negara tu, tapi kali ni tak beli piring |
|
Hiasan |
|
Dipertengahan jalan nak balik kitorang jumpa 1 kedai yang buat perkhidmatan hantar ke airport. Kami terus deal dengan kedai ni. Lebih murah dari bas yang diuruskan oleh pihak hotel.... |
|
Malam tu aku dan Z keluar lagi pegi Grand Bazaar sebab dia nak beli tudung dan sejadah. Sejadah dan tudung yang dia beli siang tadi tak cukup. KH tak join sebab kaki dier sakit. Aku beli sejaha corak bunga. Cantik dan ringan sesuai dibawa untuk pergi travel |
|
Ramai yang sudah mau pulang... |
|
Uhhh...masih meriah.... |
|
shopping mall dier ada di bawah tanah tapi kitorang tak masuk pun ke sini sebab nak pergi beli sejadah dan tudung je. |
|
Balik dari Grand Bazar kami ke kedai ni pula beli manisan khas Turki. Aku beli ole2 untuk keluarga dan kawan2 sekolah. Baru aku tau manisan ni keras bila kita nak potong. |
Sebenarnya malam ni kitorang juga ada pergi ke kedai Oriental Sal Gift Shop. Kat sini beli keychain je sebenarnya. Bila banyak tu dia bagi beg yang ada tulisan Istanbul. Tapi aku cari gambar tak ada pula....Jadi malam ni kami Overtime lagi kemas barang. Tak nak kelan kabut esok...
Bersambung......