Monday, March 14, 2016

Travelog New Zealand-Australia: (5) Melawat Thomas & Friends di Puffing Billy

30 Nov 2015
Day 3


Hari ke-3 di Melbourne. Masih berbaki 1 ari lagi untuk jalan2 di kota Melbourne. Cadangannya ari ni nak ke Puffing Billy, kemudian ke Brighton Beach. Oh ya geng kak T ari ni akan terbang ke NZ, awal sehari dari kami. Macam biasa kami bangun awal. Masa merangka iti, aku dah siap2 cari info pasal jadual perjalanan dan harga tiket menaiki steam train. Maka aku sediakan Plan A dan Plan B...wah gituuuu...kalo la kan kepingin sangat nak naik steam train. Plan A, agak jimat sket. Naik train tu sampai Menzies Creek saja dengan kos AUD 26- return. Pemandangan biasa2 aje. Asal tak kempunan orang kata. :D... Plan B pula, naik train sampai Lakeside dengan harga tambang AUD 44 return. Dengan harga yang agak mahal, berbaloi rasanyer, untuk menikmati pemandangan semulajadi yang sangat menarik. Tapiiii.....banyak masa terbuang di sini. Setelah di tolak, campur, bahagi....aku kira, lebih kurang jam 5 petang baru kami akan dapat kembali ke Melbourne City. Bincang punya bincang, akhirnya kami memutuskan untuk amik gambar saje di hentian Belgrave tanpa perlu naik steam train. Jimat duit AUD, yang dah sehabis daya aku cuba jimatkan. Hehehhe.....fakir sangat bunyik nyer...:D Bukan apa, aku ader target nak beli perfume...;p

Dari Hotel kami bergerak ke arah kanan menuju ke Flinder's Street station. Sebelum tu singgah 7E dulu beli Myki. Kad: $6 + $10 (topup)= $16. Sempat rembat air mineral dan 2 biji apple. Boleh la... sebenarnyer aku ader bawa bekal. Orang tua la katakan. Bawa air nescafe ye, dan jajan. Dari 7E ke Flinders St. ni tak jauh dah menyeberang jalan aje. Harga tiket train dari Flinders St. menuju ke Belgrave ialah AUD 12 return. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Bila dah touch Myki kami pun turun ke platfm 2@3 (arah kiri), tunggu train d situ. Train akan tiba pada jam 9. 56 pagi. Hentian Belgrave merupakan hentian terakhir, jadi tak yah risau untuk terlajak. Bole sambung tido kalo nak.

kami semua menuju ke platfm 2
menanti train tiba
Tiba di Belgrave. Keluar dari station, ambil arah kiri. Ader arahan disitu dan ader line panjang berwarna biru. Jadi kiter ikut je laluan tu. Apa yang menarik di Puffing Billy??Asal pula tajuk tu ader nama si Thomas pula? aper kaitan?? Aha....Aku suka tengok kartun Thomas n Friends. Bukan aper bila balik kampong, kalo cite pasal TV, mesti kalah ngan anak2 sedara yang suka giler tengok kartun, nak tak nak, aku pun terpaksa join sekali. Lama2 macam best pula, secara tak langsung dier ajar anak2 menyanyi, menari dan ini adelah satu proses perkembangan mental yang positif untuk anak2. Kalo hang penah tengok Thomas & Friends, train dier macam yang ader kat Puffing Billy ni. :)

kalo musykil boleh tanya kat kaunter tu

Beberapa station yang bakal disinggahi oleh steam train
kaunter tiket. kalo nak naik steam train kena beli tiket kat sini dulu
menikmati keindahan alam di Belgrave
Hi Uncle....
Kat sini terjumpa balik ngan Uncle Danny (tour guide GOR), dier bawa pelancong lain. Bila tengok dier terfikir aku, berapa jam ajer dier tido semalam? sebelum dihantar balik ke hostel, kami singgah ke McDonalds. Ader pasangan Chinese nak ke toilet. Lama giler kami tunggu dalam bas, tak kan nak membuang sampai setengah jam?? Rupanyer depa p makan kat McD. Hampehhh.....Uncle Danny pun hantar kami balik dulu. Itu pun jam dah 10++ pm. Lepas tu pastinyer Uncle Danny balik semula ke McD.. Aku agak, dalam jam 12 baru Uncle D ble letak kepala atas bantal dalam keadaan bersih (mandi & makan). Kesian kan....Demi sesuap nasi. Teringat ayah kiter kan, hargailah mereka selagi mereka masih ada. Sob...sob...sob. Sebak pula :(

Kami dan pekerja Puffing Billy
Train dah sampai.....
sonoknyer depa bole juntai2 kaki. Train dah nak bergerak...

Puffing Billy merupakan sebuah kereta api wap yang sangat popular di Australia dan ianya antara salah satu daripada kereta api wap terbaik di dunia yang masih terpelihara. Sampai sekarang pun Puffing Billy masih lagi beroperasi untuk membawa para pelancong yang ingin merasai pengalaman menaiki keretapi wap, bermula dari Belgrave hinggalah ke Gembrook. Train ini akan membawa kita melalui hutan, ladang dan desa (macam lagu sudirman pula...:D) yang sangat menarik. Pada asalnya ia dibina untuk membangunkan kawasan luar bandar. Namun pada tahun 1953, berlaku kejadian tanah runtuh menyebabkan landasan yang menghubungkan belgrave ke Gembrook rosak teruk dan tidak dapat dignakan. Oleh sebab depa mengalami kerugian yang besar maka operasinya ditutup setahun lepas tu. Melihat kepada potensi besar kawasan ini kepada sektor pelancongan, juga atas dasar kepentingan awam, maka laluan ini dibaik pulih dan akhirnya landasan ini dibuka secara berperingkat-peringkat, dari Belgrave- Menzies Creek- Emerald- Gembrook.






Di Sabah pun ader sebenarnya steam train ni. Dari Tanjung Aru menuju ke Papar. Aku tak penah naik tapi pernah nampak. Tiketnya aku rasa agak mahal. Kalo nak rasa naik ble juga tapi aku syorkan kalo bajet seket, tapi nak merasa naik train, elok amik train biasa. Laluannya pun sama aje dan harga tiket juga jauh lebih murah. 

Tu bukan aper, nak update insta...:D
comelnyer si Koala....
tong peti surat. Sekarang ni macam susah nak tengok benda ni kan...
bersama pekerja di Belgrave. Eh macam aku pegang tangan dier kan.....bukan ye, aku pegang kamera tu je. 
Lagi...Yang ini tak bergerak. macam dapur kat sini ni.
Zymah n Thomas...ekekekk...

Vrommmm....Vrommmmm....


Ok dah puas, ketapi pun dah lama pergi, kami pun balik meneruskan perjalanan ke Brington Beach tengok Ikan Duyung...;p 

Bersambung.....

Sunday, March 13, 2016

Travelog New Zealand-Australia: (4) Puisi Cinta Untuk Mu, Si Batu Tunggul...


Si Batu Tunggul

Nun jauh di sana
batu tunggul berbaris sepi
mengalunkan tabik rindu pada musim dingin
yang enak bersantai di hemisfera utara

Dia si batu tunggul
gigih berdiri,
walau perit dipanah bahang
walau kaki terketar-ketar
diusik nakal si ombak yang sengaja menghambat lututnya

Dia si Batu tunggul
tabah bertahan, bertongkatkan tebingan
agar tidak ranap di gigit ombak seperti nasib teman-temannya
yang telah lama bermakam menjadi batu kelikir
terhampar derita di pukul ombak

















Terima Kasih Daun Keladi...atas sumbangan gambar

cc: Kak T/ Azymah/ Kak Nana

Thursday, February 25, 2016

Travelog New Zealand-Australia: (3) Menjejaki Great Ocean Road (GOR)

29 November 2015
Day: 2

Hari yang cerah kini makin jelas....:D, puas aku tunggu sunrise dr bilik hotel. 4.30 masih gelap. Lepas subuh setia lagi bediri tepi tingkap. Emmhhh....lamanyer. Penantian ku berakhir bilamana sinaran mentari sikit demi sikit menyimbahkan cahaya ke alam maya. Tak ada pemandangan yang menarik sangat dari ruang tingkap yang terhad. Aku saja nak tengok cahaya pagi mai dari mana. Tiba2 aku nampak beberapa belon panas....yehaaaa....lucky for me! Holla Melbourne, Morning!


Pagi ni kami akan bertolak awal ke Great Ocean Road. Jam 7.30 dah siap2 turun tunggu bas. Untuk ke sini, kami amik day tour dari http://melbourneaustraliatours.com.au/contact dengan harga pakej AUD 85, termasuk sarapan pagi dan makan tengahari. Yang ini diuruskan oleh Kak T. Dah booking awal dr Mesia lagi. Jarak perjalanan dari Melbourne City ke Great Ocean Road (GOR), lebih kurang 4 jam lebih menaiki bas (1 way). Perjalanan yang agak jauh namun tak membosankan. Kiri kanan perjalanan semua lawa-lawa. Kebanyakan kami yang ada dalam bas ni terdiri dari orang Melayu Malaysia, yang lain ader masyarakat India dan Cina. Dari slang tu aku agak depa pun dari asean.

Isi Minyak dulu, sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Stesen minyak yang luas, bersih dan sistematik. Kat sini Uncle Danny beli air mineral. 
Pemandu pelancong kami hari ni, nama Uncle Danny. Orangnya agak berumur, peramah dan baik hati. Dier sorang aje. Sambil memandu dier bercakap disepanjang perjalanan, menerangkan tentang apa saja maklumat tentang GOR. Kalo kita tengok orang yang mai amik pakej dari Melbourne Australia Tour ni, pemandu depa semua yang dah berumur. Depa ni kebanyakannya dah pencen, bukan kata tak cukup makan sebab tu depa kije. Bukan, jangan salah paham na....depa dah biasa kje, jadi untuk mengisi masa lapang amik la kje sampingan sebagai pemandu. Kalo hang tengok sukarelawan depa di Melbourne City pun ramai yang dah pangkat pakcik2, tapi depa gembira dapat jumpa ramai orang. Mungkin ini lah yang dinamakan terapi diri.

Anglesea Golf Club

Pitstop 1 kami ialah di Anglesea Golf Club. Tak singgah, pusing aje untuk tengok kangaroo....:) Aku tak sempat amik gambo, sbb duduk bukan tepi tingkap. Comel aje kangaroo tu....sakai sket sebab tak penah tengok..;p

GOR Memorial Arch

Ahernyer sampai kat pintu gerbang GOR. Uncle Danny bagi kami setengah jam untuk amik gambo. Tapi macam tak cukup 30 minit tu. Biasa la, kalo berjemaah memang akan terlajak masa punya. Sejarah pembinaan Great Ocean Road (GOR) berlangsung cukup panjang. Diibina sebagai tanda penghormatan kepada tentera Australia yang telah gugur di medan perang. Proses pembinaan GOR sejauh 243 km ini mengambil masa lebih kurang 12 tahun dimana ia dibina oleh bekas tentera yang pernah berjuang semasa Perang Dunia 1.

Kalo tak begambaq kat sini macam tak cop pasport pula rasanyer....wekekekk

Sarapan pagi di Lorne.

Lepas tu kami mai singgah breakfast pula kat Lorne. Uncle Danny bawa semua bekalan minuman, air panas, gula, teh, coklat, biskut dan sebagainya. kalo nak, sila buat sendiri. Aku salute dengan Uncle Danny,  semua dia urus sendiri. Kalo aku, abih tunggang langgang mengendalikan 20 orang dalam satu2 masa. Memang tak ble jadi ketua...Kadang2 dlm kelas tebabas juga part kawalan kelas. Kena keluar suara soprano baru pelajar jadi senyap sket. :D 

Sebelum Breakfast, ramai yang amik kesempatan singgah ke singgingroom. Kat bawah tu ader pantai yang cantik. Kami amik gambar sat sebelum naik semula utk bancuh air. Aku pon menyendeng kat org yg suka selfie....:D
suka suki.....jumpa kawan baru. Cikgu juga. Nama dier Cikgu DD (baju pink) dier pergi GOR sorang aje sbb kwn2 travel dier yg lain tak nak p. 
Kenneth River Vacation Park.

Seterusnya kami mai singgah sini pula Kenetth River Vacation Park. Nak skodeng Kaola dan burung Kakak tua, katanya. Si Kakak Tua ni jinak aje, bagi makan terus dier hinggap atas kepala. Untung la kalo burung tu landing atas hang, murah rezeki....heheheh. Tapi aku syukur sangat dier tak hinggap atas kepala aku, sbb... kalo dier mai bertenggek atas kepala aku, kalo tudung tersenget ok lagi, aku takut tudung aku terbang sekali tersangkut dek kuku tajam dier...:D :D..... Nak sampai sini, mengambil masa kira2 2 jam 30 minit dari bandar Melbourne. Terletak ditengah-tengah antara Lorne dan Apollo Bay.

1. Kafe Kaola, kami tak singgah pun, takut terjebak membeli...:D
2. Nun dihujung sana bas kami tengah baek punya landing.
Uncle Danny tak bawa pun kami sampai hujung nuu, nak menjimatkan masa punya pasal. Kat sini pun ader Kaola tapi tak banyak, ada 2, 3 ekor itu pun malu2 kucing....

Itu amoi baju biru banyak ong ooooo... si kakak tua itu salu hinggap dekat dia. 

1. Tengok, itu burung suka sama itu amoi...
4. Nak cari toilet tapi kunci pula, jadi..begambaq aje la depan toilet...:D

Gembira kakak ni dapat burung hinggap kat tangan..;)
Makan Tengahari Di Iluka

Tengahari tu kami singgah di Iluka. Sebuah restoran halal di sini. Depan pintu restoran memang ada di paparkan sijil halal yang depa dapat dari pihak berkuasa Australia. Tapi kalo dalam hati ada rasa ragu2 adalah lebih baik jangan sentuh makanan yang dihidangkan. Tak banyak pilihan untuk menu halal, ader nasi goreng, ikan goreng yang besar, kacang, kentang & salad. Aku pilih ikan goreng yang nampak sangat menyelerakan, dan ianya digoreng ketika itu juga. Segar dari ladang katanyer... Selesai makan tengahari kebanyakan dari kami mengambil kesempatan untuk solat di ruang lapang. Di ruang parkir yang tak ramai orang, di belakang restoran pun ada...


sporting ajer pekerja restoran tu, goreng ikan pun cekap..
Ikan goreng yang nampak sangat menyelerakan tapi...ya allah tawar sangat!
sebahagian dari kami. 
The Twelve Apostles 

Ini yang ditunggu2. Tempat yang selalu kiter tengok dalam majalah, dokumentari, dalam blog dan sebagainya. Tak sangka hari ni kami berpeluang untuk jejakkan kaki ke sini. Alhamdulillah. Pemandangan yang sangat cantik dengan batu tunggul, tebing tinggi yang berwarna kemerahan, pantai yang terhampar cantik bak emas kekuningan, laut biru dan hijau tumbuhan, sangat menenangkan hati. Menurut ceritanyer, kawasan ini pada zaman dahulu dinamakan sebagai Sow & Piglets, namun sebab nama tu tak glamor, pelancong pun macam nak tak nak ajer singgah.... maka pada tahun 1922, namanya telah ditukar kepada The Apostles. Cuba punya cuba, masih lagi tak sedap ditelinga nama tu, jadi depa tambah lagi perkataan "12" kat depan menjadikan namanya "12 Apostles", agar nampak ader jenama dan lebih umhhhh (macam teh lipton pula...:D). Tapi jangan heran ehh, walaupon namanyer ader perkataan 12 di situ, namun batu tunggul yang terdapat di situ hanyalah 9 buah sahaja. Kemudian pada tahun 2005, salah satunya telah runtuh, diikuti pada tahun 2009, menjadikan batu tunggul yang tinggal berbaki 7.

Kena ikut arahan. 












Loch Ard George (LAG)

Merupakan sebuah kawasan tebing tinggi atau ngarai sempit yg ada di kawasan 12 Apostles ni juga. Bersebelahan aje. Namanya diambil bersempena dengan nama sebuah bahtera yang terkandas di kawasan ini sekitar tahun 1878. Dikatakan bahtera yang terkandas itu sedang dalam proses menamatkan pelayarannya selama 3 bulan dari Inggeris ke Melbourne. Dalam ramai2 anak kapal, hanya 2 yang terselamat. Kami menyempatkan diri untuk turun ke bawah, berjalan2 di pantainya yang cantik. Dikatakan di pantai ini lah Tom dan Eva (2 penumpang yang terselamat) bertemu.



Bole juga ambil pakej naik heli untuk tengok pemandangan GOR dari udara tapi bayarannya agak mahal. Jadi...tak payah!
Dalam Perjalanan pulang
Ladang gandum, serba kuning. 
Selesai pengembaraan ke Great Ocean Road untuk hari ni. Perjalanan yang sangat mengembirakan. Tapi kalo ada ruang, peluang, keberanian, aku sarankan agar kita2 ni sewa la kete dan drive sendiri. Ambil masa 2-3 hari untuk bermalam. Inshaallah akan banyak tempat yang boleh dijejaki tanpa rasa tergesa2. Kalo sewa kete dan bermalam, perjalanan boleh di teruskan ke Philip Island. Kami tak p pun London Bridge tu sebab Uncle Danny kata tak sempat sebab kami tak menepati masa. Heheheeh...bagi masa 45 minit untuk singgah ke satu2 tempat, mesti terlajak masa ke 50 minit. Okey salah kiter....Maaf kan kami...:(. Akhirnya kami sampai di hotel pada jam 9 malam. Beberapa kumpulan yang ada dalam bas tadi akan kembali ke Malaysia malam tu dan depa di turunkan di satu tempat dan akan di bawa ke airport dengan bas lain. 

Jumpa lagi di cerita akan datang....")


Rujukan:
http://jejakvicky.com
blogerpensil

**Terima kasih kepada rakan2 atas sumbangan gambar....


Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...