Tuesday, April 16, 2024

Trip Santai Ke Korea (Part 1)

 4 Mac 2024 (Isnin) 

Trip ni saya namakan Trip santai. Sebab apa? Sebab...kami pegi ni singkat sangat tempohnya. Jarang kami pegi ke luar negara 4 hari saja ni (tidak termasuk 2 hari perjalanan). Macam orang kaya ba kan, padahal, poket tipis..😜Oh ya, oleh sebab trip kami ni dari KK, makanya kali ni saya guna slang Sabahan. Baru la siuk becerita. Oleh kerana 4 hari saja, makanya kami cover area Seoul saja. Walaupun dalam hati tu tamak gills, kalo boleh mau pigi sampai ceruk desa di Seoul ni mau dijejaki... Inda sedar diri ba, yang kami pigi ni 4 HARI SAJA. Sebenarnya kami tidak perasan pun pada mulanya, rupanya perjalanan pegi balik kami tu pada waktu malam. Betul2 tidak perasan. Macamana tu ya? Teruja kali....nda tau la. 😅

Selesai drop bag, kami terus masuk saja la. Si A mau makan dia bilang, sebab dia lapar nda sempat makan di rumah. Lama sudah saya tidak berpergian ke mana2 dari airport KK ni. Lupa sudah saya keadaan di dalam ni. 
Inda puas 1 gambar, hujung escalator, begambar lagi kami. Ehh...escalaor ka nama dia tu? 
Sebenarnya saya tidak merancang ba ni mau pigi Korea. Masa si A war2 kan dalam group whatsapp kami pun, saya tidak me respons. Diam2 saja saya macam tikus. Sebab saya mau simpan duit untuk plan cuti bulan 5 nanti. Berapa bulan saja lagi tu tempohnya. Kalo guna duit sekarang, bila masa lagi saya mau kumpul duit untuk plan bulan 5 nanti?? Beberapa hari berlalu, A PM saya, dia bilang:

A (Kawan) : "N, kau tidak berminat ka p Korea?" Si I mau p, tapi kami mau cari kawan lagi. 

N (Saya): macam tidak kali owh, kan bulan 5 kita mau p jalan2 lagi tu. Siapa lagi yang pigi ni? Dari KL ka? (*Bilang tadi tidak minat tapi banyak betul soalan)

A: Dari KK. AA baru buka route KK-Seoul. Murah tiket dia. RM300 lebih ja one way. Si I mau beli tapi dia cari kawan dulu. 

N: Ohh, dari KK ka? Kamu sudah beli tix? (Na...kau tengok, lain macam soalan si N ni kan.....)

A: Belum. Kalo sudah ada kawan, baru beli. 

Kami Q di zon 3, inda nampak si maskot
Nampak la sipi2 si maskot. Comel ba dia...ada 2 orang ni. Satu lagi nda nampak dalam gambar. Ni ketika kami mau masuk flight. Kana bagi ole2 dari AA
Begitu la lebih kurang sesi me rachun  kami. Saya bilang pada si A, nanti saya tengok tix dulu, kalo saya dapat murah, saya pigi. Makanya lepas tu, saya terus tengok tix, mahal sudah owh. Si I sudah beli tix, dia dapat dalam RM1100++. Return tix, inc. 20kg luggage. Saya tunggu juga 2, 3 hari lagi, mana tau harga tix turun lagi, sambil saya fikir masak2. Saya sebenarnya sudah pernah pigi Korea. Pigi Seoul ni sekali pada tahun 2012. Pigi Busan-Jeju pada tahun 2018. Lama sudah tu kan 2012, jadi apa salahnya kalo saya kembali melihat2 Seoul yang sudah 11 tahun saya tinggalkan. Lagipun trip ini dari KK, bila lagi mau dapat tix murah? Tidak perlu pigi KL lagi. Yang bulan 5 punya plan tu nanti kita fikir kemudian...Duit boleh dicari tapi peluang tidak datang berkali2. Begitu konon saya merachun hati sendiri....😁Makanya selepas itu saya terus beli return tix. Dapat la harga RM1400, inc luggage 20kg. 
Uiii....na, saya ingat abis sudah begambar. ada lagi. Ini masa mau masuk sudah dalam perut kapal. 😅
Dipendekan cerita, flight kami ke Seoul pada jam 6 petang. Saya simpan kereta di rumah kak Lia. Dorang yang hantar saya ke airport. Selepas melalui perjalanan 5 jam, maka sampai la kami di Incheon Airport. Punya la hati ni berdebar2 mau melepasi imigresen di Incheon airport. Ba, mana tidak....viral ba tu cerita di group RTK pasal ramai rakyat Malaysia yang dihantar balik semula ke Malaysia 24 jam.. Segala macam doa saya baca, semoga perjalanan kami ni lancar la hendaknya. Persedian dokumen, jangan cakap.....semua saya bawa. Tag kerja, surat kebenaran keluar negara, travel insurans, itinerary, booking hotel, QR Code, K-Eta.... Semua saya print, kasi masuk dalam fail. Mana tau diminta kan. Inda banyak orang Q di Imi masa kami sampai ni. Rasanya flight kami saja yang baru landing malam tu. Selepas melalui ranjau penuh debar, akhirnya.....Alhamdulillah kami semua lepas imi. 
Teruja kami ada perkataan Bahasa Melayu: "Selamat Datang ke Korea" dalam skrin di belakang tu...
Wajib ambil gambar di sini sebagai dokumentasi 😅
Mana asi gambar ramai2 ja, mau juga gambar sendiri2 ba.....😅Macam kurus sudah saya owhhh....😅
Yahoooooo.......SEOUL AKU DATANG!!! Begitu saya menjerit dalam hati. Heheh....dalam hati saja la dulu. Takut nanti kalo saya menjerit masa tu, inda pasal2 kana tapau masuk bilik, kana siasat. Sudah la speaking pun ke laut. Saya perasan ada seorang lelaki dari Sabah (sama flight), dibawa ke bilik lain. Sebab, kalo berjaya lepas imi, dia pergi ke depan, tapi orang tu di bawa ke tempat lain. Inda tau apa cerita dia lepas tu. 
Sementara tunggu bag sampai, ambil gambar dulu
Nampak pula banner ni, begambar lagi......matai la kana kecam ni!!😅
Selesai. Keluar la kita...
Oh ya I kata selain kami, ada lagi 2 orang rakan yang akan bersama kami. Tapi dorang ambil flight dari KL. Dorang ni pun dari Sabah cuma tix dari Sabah sudah mahal jadi dorang beli tix dari KL. Sambil2 lepak tu kami buka ole2 dari AA. Saya lupa bagitau diawal cerita tadi, oleh sebab ini 1st flight dari KK-Seoul, maka ada la sedikit sambutan kecil meraikan kami2 yang bakal berlepas ke korea petang tu. Ada maskot comel 2 orang. Lepastu kami semua diberi ole2 1 bag. Dalam beg ada topi, beg merah kecil, buku, pin dan T-Money. Alhamdulillahnya ada T-Money, kami inda perlu beli T-Money lagi sebab sudah ada. Tinggal kami mau topup saja lagi. Makanya kami pergi ke U-mart yang dibuka 24 jam, dan topup di situ. Kami topup $ 50000, banyak betul kan. Tamak ba kami. heheh....Bukan apa, supaya inda payah lagi 2,3x mau p topup nanti. 
Kebosanan kami, jadi pigi la jalan2 keluar tengok suasana malam. Punya sejuk....Tu bukan buat sign 1 Malaysia ya, saya tunjuk signboard di atas tu....lupa sudah saya apa tulisan dia tu. 

Baru berkesempatan menengok hadiah dari AA
Dalam ruangan ketibaan
Yang bagusnya di sini ni, dorang sediakan kerusi panjang yang banyak. Lepas tu dia sediakan soket untuk charge hp. Boleh la baring sambil tidur2 ayam.
Di balai ketibaan ni, kami tidak jumpa tempat solat. Kalo kita tanya Cik Goggle, memang ada ni, tapi rasanya di balai pelepasan. Makanya me round la kami mencari tempat strategik. Akhirnya jumpa dekat lift. Ada juga staff airport tu lalu lalang dan tengok kami solat tapi dia ok ja, tidak juga ditegur. Paginya selepas subuh, kami bergerak menuju ke Myeongdong. Ada banyak pilihan pengangkutan untuk sampai ke Myeongdong. Antaranya naik bas, train, limosin bus, dan AREX Express train. Dalam banyak pilihan yang ada ni kami pilih naik train, sebab ini paling murah. Caranya ialah:

Dari Terminal 1: Pergi ke Basement 1 (Naik train (All Stop)- Seoul Station- Transfer ke subway line 4- Myeongdong Station- exit 1. 

Singgah tengok map dulu di mana tu kedudukan train station. 
Ikut ja dia punya signboard. 
Naa...ada di tulis "Basement 1" bermakna betul la jalan kita ni...





Pastikan kita menuju ke arah Airport Railroad (All Stop) ni.....jangan ter pigi pula ke Aiport Railroad (Express), kedudukan dia sebelah menyebelah saja ni. Yang express ni mahal punya, kita mau yang mur-mur ja. 

All Stop Train, ke kiri dia tunjuk....pi la kita ke sana
Nah masuk la kita sini, tidak perlu beli tiket ya, guna saja T-money kita tu. 
Destinasi yang kita mau pigi ni ialah Seoul Station, jadi kita ambi arah ikut signboard
Ok turun ke bawah
Sampai di bawah kita akan tunggu train di sini. Tengok signboard di pintu tu to Seoul Station. Jadi betul la jalan kita ni.
Airport yang kami sampai ni memang di Terminal 1, jadi kami ikut ja signboard yang membawa kami ke stesen train di Basement 1. Boleh guna T-money. Tiket keseluruhan menaiki train ialah $4150 (RM15), subway: $ 1250 (RM5). Train mula beroperasi seawal 5.24 pagi dan berakhir jam 11.39 malam. Kekerapan train adalah setiap 20-30 minit. Selepas menempuh perjalanan kira-kira 1 jam 15 minit, akhirnya kami sampai di Seoul Station. Dari sana kami tukar pula naik subway line 4 (warna biru muda) menuju ke Myeongdong.
Sampai sudah di Seoul Station....keluar la kita sebab kita mau tukar ke subway pula. Pigi line 1. Jangan lupa tap keluar T-Money kita. 
Jalan menuju ke subway line pula. Sabar saja la ya...turun pakai tangga kita. Destinasi kita kali ni, akan pigi ke Myeongdong Station. Makanya untuk ke sana kita kena ambil Line 4 warna biru muda ni. 
Selamat masuk dalam subway. Berdiri saja la....sebab nda jauh juga. Macam ada 2 station saja sebelum sampai Myeongdong.
Di Myeongdong, kami akan menginap di hotel Mizo. Kedudukannya memang kami tidak tau lagi ni. Makanya sampai di Myeongdong Station, kami keluar ja dulu ikut exit paling dekat dan yang paling dekat dengan kami tu pula exit 1. Mengangkut la kami beg naik tangga. Tiada escalator. Saja ni dorang kan, supaya kaki kita jadi runcing macam kaki rusa. Bila sampai di atas, kami nampak Daiso dan Kimseri. 2 tempat ni memang popular di group RTK. I tengok di goggle map, tapi macam jauh kedudukan exit 1 ni menuju ke hotel. Mizo Hotel tu dekat2 dengan bangunan L7, ada di seberang jalan raya saja sebenarnya bangunan L7 tu. Makanya kami turun balik untuk ke exit 9 pula. Lemah terus kami tengok tangga yang tinggi tanpa ada lift/ escalator dengan beban beg yang berat ni. Saya gagahkan diri bawa beg mendaki tangga, ehh tiba2 beg saya jadi ringan. Bila saya toleh belakang rupanya ada ahjuma tolong saya angkat beg tu. Alhamdulillah, baiknya dia. Terus laju saya naik atas. 😀
Sampai sudah kami di Myeongdong. Tinggi betul escalator dia ni. Bayangkan kalo kita bawa bag turun tangga begini tinggi.....? 
Bila sampai di atas, di exit 9 tu, akan nampak bangunan Skypark Hotel di sebelah kanan dan di sebelahnya ialah bangunan Hotel L7. Jalan terus sampai hujung bangunan L7 tu. Di situ ada simpang, ambil arah kanan, jalan terus dan akan nampak hotel Sunshine di depan. Jalan ja terus menuju ke arah Hotel Sunshine. Sebelum sampai hotel Sunshine, kau jumpa persimpangan, ambil arah kiri. Jalan terus, kita akan nampak Korea Mart (K-Mart). Mizo Hotel ni terletak selang beberapa kedai saja dari K-Mart. Signboard hotel kecil ja warna kuning, tapi masih boleh nampak.
Dipendekkan cerita, kita keluar ikut exit 1. Salah rupanya. Eh inda salah juga ba sebenarnya. Cuma dia jauh, kena menyeberang jalan raya ni kita untuk pigi ke hotel Mizo. Hotel Mizo tu ada di area seberang sana yang ada bangunan bertulis "SEJONG". Makanya turun balik la kami. Pigi ke Exit 9. Mungkin ada yang tanya: Kenapa tidak menyeberang saja jalan raya tu, lagi dekat... Ya betul tu, memang lagiiiiii dekat. Masalahnya ada beberapa negara yang tidak membenarkan orang menyeberang jalan raya. Jika ada, silap2 kena saman. Hari ke-2 baru kami tau ada zebbra cross di depan Daiso tu, boleh menyeberang. 
Ini kami keluar dari exit 9 sudah. Kau tengok kawan saya si A pun kana tolong angkat beg oleh kakak tu. Baik ba dorang...ok keluar saja dari tangga ni, jumpa Skypark Hotel kan, di sebelahnya tu ada Hotel L7, jalan terus saja ke depan. Bukan ke depan dalam gambar saya ni, tapi ke belakang dari posisi saya mengambil gambar
sambil2 jalan tu kita tengok2 la dulu bangunan Daiso 12 tingkat tu. Nanti kami pi sana, sabar kau ya Daiso...
Lepas jalan terus dari Skypark Hotel tu tadi, akan jumpa simpang pertama, di sebelah kanan...pigi arah tu dan jalan terus ja sampai nampak bangunan Sunshine Hotel....pigi ke arah itu. Sampai hujung simpang- ambil arah kiri
Sudah ambil arah kiri- dari jauh sudah nampak signboard kuning tu. Itu la Korean Mart. Ok pigi ke arah sana. 
Dari Korean Mart ni sudah nampak signboard Mizo Hotel warna kuning- selang beberapa kedai dari K. Mart ni. Rujukan kita ialah Korean Mart dan Natural Republic  (NR) di depan tu. Mizo Hotel berada di antara kedudukan 2 kedai ni.
Nda nampak ba kan signboard Mizo Hotel tu. Ok, Hotel Mizo ni berdepan dengan Kedai Momo tu. 
Kami sampai ni dalam jam 8.30 pagi, masih sunyi lagi. Orang baru mau memulakan hari. Kami terus pergi ke hotel. Mau simpan barang kononnya. Sekali cari kaunter receptionist, tiada di bawah ni. Kami pun naik lift. Dalam lift tu dia ada tulis Mizo massage L8, barangkali di sana dia punya kaunter ni. Sekali naik, tiada orang, sunyi betul. Tempat masssage tu ada tapi tutup, diluarnya ada balkoni untuk berehat2. Sama macam yang ada dalam Booking.com tu.... tapi mana orangnya? Lama juga kami duduk2 di sana menunggu orang datang supaya kami boleh bertanya. Takut sudah kami ditipu. I bilang mari kita turun sekejap ke Level 7, mana tau di sana ada orang. Jadi kami 2 turun ke level 7, yang lain tunggu di atas. Sampai di level 7, betul la ada pintu bilik2, sama macam dalam gambar di booking.com. Alhamdulillah confirm tidak di tipu. 😅Makanya kami naik semula dan turun ke level 7 beramai2. Lepak la kami di level 7 tu. Sebab di sana, suhunya lebih panas. Di atas tu sebab dia ruang terbuka, jadi sejuk betul. Hotel ni design dia macam style di rumah, bilik semua di tepi. Ruang tengah ni kosong, ada tempat makan2. Dia sediakan juga air panas, microwave, cawan kertas. Itu ja, yang lain sedia sendiri la. 
Ini la dia. Kecil ja. Tapi kecil2 cili padi. Murah, strategik pigi Myeongdong St. Turun ja terus pasar malam. Dekat juga dengan Myeongdong Station exit 1. Dekat dengan Daiso, Kimseri dll.

Tiada Level 7 kan? Itu sebebnya kami terus naik ke L8.
Di sini pun lama juga kami tunggu, sampai la jam 10 ada bunyi alarm. Kuat betul. Tiba2 ada lelaki keluar dari salah 1 bilik untuk tutup alarm tu. Inda lama ada lagi perempuan keluar dari bilik yang sama. Kami berteka teki, mungkin ini la owner hotel, ada gambar suami isteri di pintu masuk hotel ni tadi. Lepas dia tutup alarm tu, I tegur lelaki tu. "I" tu merujuk nama kawan saya ya, bukan saya. 😅 I bilang dia ada booking hotel ni, tapi kami mau simpan barang dulu sebab mau jalan2. Lelaki tu bilang sekejap ya saya ambil dulu fail. Kami tu konon2 mau letak beg saja dulu, kan check in jam 2-3 PM biasanya. Dipendekkan cerita, lelaki tu benarkan kami check in awal. Terus masuk ya jam 10 tu juga. Alhamdulillah....Betul la orang Korea memulakan hari dorang betul2 jam 10. Kami kira macam agak lewat sudah juga jam 10 ni. Kawan kami yang H&W tu sempat makan maggie sebab maggie dia simpan di luar. Sebenarnya kami mau kasi tinggal ja barang tanpa bagitau apa2 dan terus keluar jalan2, tapi kami takut barang hilang. Saya bilang kalo dalam jam 10 tiada juga orang, kita kasi tinggal note la di beg kita supaya dia tidak buang barang kita. Tapi ada pula sudah dia jam 10 tu. Selesai masuk barang di bilik, tanpa mandi lagi, kami tarus jalan....Tidak lagi cuci muka dan cuci gigi sebab sudah tadi di airport 😁 Kalo ikut Itinerary, banyak tempat kami mau pegi hari pertama ni, tapi sebab kami keluar jam 10.30 am, makanya banyak tempat yang kami skip.

DONGMYO FLEE MARKET 

Ini tempat pertama yang kami pigi. Naik subway saja. Lokasi Dongmyo Flee Market ni berada di jalur line 4 sama dengan Myeongdong, makanya senang, tidak perlu lagi tukar line subway. Laluan dia ialah:  

Myengdong Station- Chungmuro- Dongdaemun History & Culture Park- Dongdaemun-(Turun di Dongdaemun: tukar line ke line 1)- Dongmyo Station--> Exit 3

Ok sampai sudah. Tapi kami keluar ni bukan di exit 3. Saya sudah lupa exit berapa. Kami tidak tau ni lokasi market tu. Jadinya kami tanya orang yang lalu lalang. Cara paling mudah kasi tunjuk ja handphone, goggle translate nama tempat ke bahasa Korea. Jadi mudah dorang faham dan tunjuk dimana tempatnya. Dari tangga ni kita pusing ja ke belakang- jalan saja terus.

Dalam perjalanan ternampak si comel ni, begambar lagi kami di sini

Gambar ramai2
Lepas kami bergambar sama si comel, kawan kami bilang, dia lapar...mau makan dulu. Jadi kami singgah la di restorant Turki ni. Kedudukan restoran tu sebenarnya di belakang tangga subway tu tadi. Cumanya kami terus jalan melimpas restoran ni sebab mau pigi begambar sama si comel. Makanya kami berpatah balik, bila si kawan mau makan.

Saya pilih nasi. Biasa la tekak melayu totok. Kalo boleh nasi juga di cari. Sebab saya perlukan tenaga agar saya boleh berjalan tanpa halangan untuk kedepannya. Kali terakhir saya makan nasi adalah petang semalam di dalam flight. 

Lapat betul kali ya, sampai mata pun mau tidur 😅

Lepas makan kami pun meneruskan perjalanan. Kedai pertama kami jumpa ialah Kedai jual basikal
. Hehheh....
Kalo jual basikal pasti la ada juga dijual Pakakas dan aksesori basikal. Nah...pencinta basikal, ke sini la kamu membeli....

Jarak perjalanan menuju ke Dongmyo Market ni dekat saja dengan Myongdong. Mengambil masa kira-kira 15 minit menaiki subway. Kalo ikut itinerary, Dongmyo ni kami mau pigi pada hari terakhir, tapi sebab kami teruja mau cari winter coat, terus kami ubah mau ke sini pada hari pertama di sini. Dongmyo Flea market ni merupakan pasar bundle paling popular di Seoul. Ramai pengunjung yang minat barang2 vintaj pigi ke sini, terutamanya pada hujung minggu. Memang meriah di sini. Kami tau tempat ni selepas nampak status orang di RTK, dia bilang dia dapat winter coat murah di sini. 
Kemudian kami singgah kedai ni. Nampak macam di dalam kedai, ada la juga bau kedai sikit berbanding yang di longgok dari dalam kuntilan guni. 😅 Kawan saya dapat winter coat di sini, di kedai yang ada signboard warna kuning. Husband dia terus pakai baju tu. 
Pelbagai barang ada di jual di sini
Lawa periuk hijau tu. Pakal saja berat beg saya 20kg saja di beli. Kalo inda saya borong sudah ni periuk2 cantik ni...Bunyi macam rajin memasak kan? Sebaliknya......

jam tangan
Mesin jahit. Lawa yang hijau tu kan.....
Kamera DSRL yang lama2
Duit siling
Jam lagi
Arca jam.
Kawasan market ni sangat luas. Tapi kami tidak explore semua... Tiada saya dapat "ikan" di sini. Kawan kami saja borong winter coat, untuk anak dia kali. Kami meneruskan perjalanan ke Itaewon....

MASJID ITAEWON
Datang tempat orang kena la pigi melawat masjid. Itaewon ni kawasan muslim, banyak makanan halal boleh didapati di sini. Dongmyo dan Itaewon ni tempat dia berdekatan saja. Sejalan la. Untuk pigi sini kita naik subway line 6 (coklat). Perjalanan mengambil masa kira2 14 minit. Laluan dia ialah:

Dongmyo- Sindang-Cheong gu- Yaksu- Beotigogae- Hangangjin--> Itaewon

Kita ikut saja kemana orang pigi. Dari Itaewon Station ni kena berjalan sikit. Eh manada sikit, kira jauh juga, keluar juga peluh la. Kami jumpa orang Malaysia di jalanan, jadi kami tanya dorang di mana masjid Itaewon. Dia bilang: " kami pun mau pi sana, mari la sama2 kita ke sana.." jadi mengekor la kami. 
Ini jalan mau pi masjid, tinggi jalan dia
Apa yang saya perasan di area Itaewon ni banyak pub. Masa kami balik mau pi Myeongdong dari Masjid ni, ramai yang kami tengok lelaki berkot hitam panjang, pakai baju kemeja putih, neck tie, slack hitam, kasut hitam. Rambut pula di sisir rapi. Tinggi, putih, smart....memang lengkap la ke handsome-an dia. 
Cantik pintu dia
Bangunan tinggi di depan tu area masjid sudah. 
Masjid Itaewon mula dibina pada tahun 1974 dan siap sepenuhnya pada tahun 1976, merupakan masjid tunggal yang ada di Seoul yang terletak di Hannam-Dong, Yongsan. Sejarah pembinaan masjid Itaewon bermula pada tahun 1962, yang mana Korean Muslim Federation (KMF) mendapatkan bantuan kewangan daripada negara-negara islam. Manakala pemerintah Korea Selatan menyumbangkan tanah seluas 5000 meter persegi sebagai tapak pembinaan masjid. 




Mau masuk dalam masjid kita kena lalu dari gerbang ni. masuk saja. Ini laluan kereta sebenarnya. cuma di selekoh tu ada tangga untuk naik ke atas. Masjid ni kedudukan dia macam atas bukit sikit. 
Itu tangga yang disebelah kiri yang saya maksudkan untuk naik ke atas. Tapi kalo mau jalan terus gunan laluan kereta pun boleh juga ba....
Bila kita sampai di atas melalui tangga tu kita akan nampak bangunan ni. Bilik kuliah kali ya...
Besar masjid dia kan. Tapi tidak boleh solat di atas tu. Ini tangga di tutup, ada tali direntang sepanjang tangga.  Mungkin sedang direnovasi atau diguna untuk solat jumaat saja. Orang lelaki solat di ruangan di bawah tangga. Di bawah tangga sebelah kiri ni ada 1 bilik untuk solat orang lelaki. 
Nah kan....ada lagi muka kami. Wajib ni untuk kenangan begambar depan masjid. 
Ini pula ruang solat untuk wanita. Besar dan selesa. Cumanya, ambil wudhu kena di luar. Inda sempat saya mengambil gambar tempat wudhu tu. Di sana ada tandas dan banyak tempat ambil wudhu yang selesa. Cuma air dia sejuk ya ampunnnn....Mau pikir 2-3 kali kalo mau masuk tandas. 
Selepas puas bergambar, kami p singgah minum kopi di Baraka cafe. Kawan kami si A ni ada cafe di Malaysia, jadi dia suka mencuba kopi di mana2 kami pigi, nanti dia boleh cuba buat buat di cafe dia. 
Harga kopi dan aiskrim. 
Antara kek yang ada di cafe ni
cookies
Cafe ni dimiliki oleh orang Turkey. Makanya semua kek dia manis2. Ini kek pun manis, saya beshare sama si A. Tidak boleh kasi habis seorang owhh...manis!

MANIS KITCHEN

Di area Itawon ni memang banyak kedai, cafe, restoran halal. Jadi kalo mau cuba makanan Korea seperti yang ada di Myeongdong tanpa rasa was2, boleh la mencari di sini. Kami singgah di Manis Kitchen sebab si A mau mencuba makan 1 makanan ni tapi saya inda tau nama dia. Maklum la saya bukan peminat cerita Korea.... heheh. Ehh..apa kaitan minat cerita korea dengan nama makanan????
Ada ba. Kalo peminat drama Korea, dari situ la dorang tau nama makanan. Contohnya Danmuji tu.... Saya pun tidak tau mulanya. Tapi kawan saya ada cakap, dia macam lobak putih yang dijeruk. dia pernah tengok orang Korea makan dalam drama. Naahh...kan....ada fungsi ba juga menonton drama korea tu, kalo kita minat. 
beberapa jenis sos
Tukang masak dia
Siapa tau nama makanan ni? Ini la yang kawan saya mau makan tu....Rasa dia ok juga la. Boleh diterima tekak 
Nah cari sini nama makanan di atas... 
Tekun menunggu makanan siap
Bila dapat makanan, nda pandang kiri kanan ya...

STARFIELD LIBRARY
Seterusnya kami pigi ke Starfield Library. Ini tempat yang wajib kami pigi walauapapun yang berlaku. Hehheh.....Terletak di dalam COEX Mall, jadi kalo mau pigi library, kita kena masuk ke dalam perut mall. Starfield Library ni konsep dia ruang terbuka, siapa saja boleh duduk membaca dengan bebas, tanpa perlu mendaftar bagai. Banyak koleksi buku di sini, dari genre kemanusiaan, ekonomi, hobi dan lain-lain. Kalo mau cari buku2 asing atau buku pengarang terkenal di dunia, di sini la ini tempatnya. Kalo malas mau baca buku hardcopy, kita boleh juga menggunakan iPad yang disediakan di sini untuk membaca. ada 600 majalan di dalam dan luar negara sedia untuk dilayari. Ini la yang membezakan Starfield library Korea dengan library yang lain. Ada kalanya diadakan juga beberapa aktiviti di sini seperti, bertemu dengan pengarang buku, ceramah, membaca puisi, kuliah, konsert buku dan lain-lain lagi. ini laluan yang kami amil untuk pigi sini dari Itaewon tadi:

Itaewon Station (Line 6: Coklat tua)- Sindang- (Turun di sini dan tukar line 2 (Hijau muda)- Seongsu--> Samseong (World Trade Centre Seoul)

Sampai di Samseong Station jalan kaki dalam 5 minit ke COEX Mall. Dari Samseong Station (Line 6) ni dekat jalan kaki ke library. Tapi balik ke Myeongdong kena naik subway line 9....punya jauh. Nanti saya cerita. 
Perjalanan menuju ke COEX Mall
Ini masih di luar belum masuk mall lagi. Pigi library tu jalan ikut laluan biru tu, bukan naik escalator ni. 
Sebelum masuk ambil gambar dulu
Masuk dan ikut arah signboard. Ada sudah ciri2 library tu, di tepi2 dinding ada rak2 buku. Itu buku betul tau
Nah sampai sudah kami
Untuk naik ke atas tu ada 2 escalator. lokasinya berdepanan saja....
Ini satu lagi escalatornya
Pandangan dari bawah
Ini di tingkat atas. Ada nama Library, apa lagi saya pun tidak lepas peluang ambil gambar di sini
Saya ambil gambar dari atas. Berulang alik la ba kami turun naik escalator, demi beberapa keping gambar. Hehehh.....
Berehat sambil menunggu 2 orang kawan kami. Punya sakit kaki kami ni. Kalo si A memang sakit kaki kerana kasut dia, yang kami ni pakai kasut sukan pun sakit kaki. 

Tujuan kami pigi sini bukan untuk shopping di mall, tapi hanya semata2 mau tengok library dia saja. Sangat cantik, moden, selesa....Pendek kata, semua dia punya la. Akhirnya setelah puas mengambil gambar dan ulang alik turun naik escalator, kami pun pulang. Saya rasa macam mau jalan kaki ayam saja. Masaalahnya bukan kerana kasut tapi tapak kaki yang sakit. mana tidak 1 hari dia bergerak tanpa rehat. Tapi ini la ba masanya saya berjalan banyak, cuba kalo waktu kerja, duduk saja yang banyak dari bergerak. 😁
Ini masa balik, mau pigi Samseong Station. Sampai sini baru kami tau line 9 tiada di sini
Kami pun balik semula ke Samseoung Station. Malangnya kami lupa yang di Samseong station tidak ada line 9 untuk memudahkan kami balik ke Myeongdong. Makanya terpaksa lagi kami balik semula ke COEX Mall untuk mencari lokasi Bongeunsa Station, dimana station ini ada subway line 9. Dipertengahan jalan kapten kami tanya orang dimana letaknya Bongeunsa Station. Bagusnya Ahjuma tu tolong kami untuk tanya orang lain lagi. Lalu kami dipertemukan dengan seorang remaja perempuan yang kebetulan mau ke sana juga. Dia cakap mau pi sana, kena jalan kaki 9 minit. Dia jalan santai, tapi kerana kami sakit kaki, macam laju dia jalan. hehheh.....Tapi oleh kerana kami takut kehilangan jejak dia, maka saya dan A jalan laju2 ikut belakang dia. 
Koleksi mesin jahit
Si gadis baju putih tu la tolong bawa kami ke Bongeunsa Station
Baru kami perasan, kita ikut ja line biru ni
Sesekali dia tengok2 kami di belakang. Yang ini dia tunjuk, sikit lagi di depan sana
Akhirnya kami tiba di sini. alhamdulillah....

Laluan yang kami ambil ialah:
Starfield Library (jalan kaki 500 m- 8 minit)- Bongeunsa Station (Line 9) - Dongjag (Turun di sini dan tukar line 4- Myeongdong Station. 

Saya mau bagitau bahawa, dari Starfield Library ke Bongeunsa Station ni adalah jauh bagi kita2 yang berkaki comel. Mungkin orang yang tinggi ok, 1 langkah bagi dia, kita 2 langkah. Boleh dicuba sekiranya kamu mau santai2 menengok pemandangan, kaki pun masih fit......tapi kalo macam kami yang sudah separuh nyawa mau memijak lantai ni, bagus ambil laluan dari Samseong Station. Dari sana pun sebenarnya ada laluan subway untuk sampai ke Myeongdong. Ini laluan dia:

Starfield Library (Jalan kaki 300 meter ke Samseong Station (WTCS)-Sadang Station (Turun di sini dan tukar line 4)- Myeongdong. 

Kenapa kami ke Bongeunsa Station? Sebab dalam rujukan awal semasa membuat Itinerary, untuk balik ke Myeongdong dari library ni kena ikut dari Bongeunsa Station. Ingatkan dekat rupanya jauh. Pada pendapat saya, jika kita dari mana2 destinasi mau pegi ke library ni, dan kita turun di Bongeunsa Station, kemungkinan besar kita akan sesat jika sekadar bertanya tapi tidak ada orang yang membawa kita bergerak ke arah library. Lain la kalo sudah biasa dengan suasana di Seoul, bagi yang baru macam kami, ya...sebaiknya turun di Samseong Station. lebih dekat dan risiko sest boleh dikurangkan. 
Sampai di Myeongdong. Nampai Daiso 12 tingkat.....
Inda ramai sudah orang berjualan. Lewat sudah kami balik ni
Buah-an di dekan K-Mart

Sampai hotel, saya terus mandi dan solat. Lepas solat tu terus mata ni berat sangat mau tidur. Bayangkan kami tidak tidur dari malam tadi. Saya tengok si A masih menyusun2 barang. Saya kata saya tidur dulu. Biasanya sebelum tidur tu saya suka tengok2 hp dulu, sekali, yang ini...ampai ja kepala terus pengsan inda sedar sampai pagi!.....

Bersambung....

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...