Monday, January 8, 2024

Travelog Kashmir: Merentas Lembah Kongdoori dengan kuda (Part 2)

 28 Mei 2023 (Ahad)

Hari ni kami dijadualkan akan pergi ke Gulmarg. Tempatnya agak jauh. Jadi semalam A dah maklumkan lebih awal, kena berada di jeti dalam jam 8.00 pagi. Sarapan pagi disediakan, jam 6.30 pagi di Rumah Bot. Menunya macam biasa, simple je, roti, telur rebus dan minuman panas. Selesai sarapan ada bot yang akan mengambil kami pada jam 7.30 pagi. Bot yang mengambil kami ni memang orang yang sama je setiap hari. Tak perlu bayar tambang. Mungkin dah termasuk di dalam harga pakej. Biasanya dipagi hari, suhu sangat sejuk, jadi kami siap2 pakai baju tebal. Sampai kat jetty di seberang sana, A dah ada. Cuma kami kena tunggu rakan kami yang tinggal di Bul2. Z bercuti dengan keluarga, jadi kami faham, lambat sebab ada kanak-kanak. Sambil2 tunggu tu, aku ambil gambar di persekitaran. Aku nampak perkataan "J & K", yang merujuk kepada Jammu dan Kashmir. Mulanya aku tertanya2 kenapa guna 2 nama. Rupanya itu memang nama negeri tu Jammu dan Kashmir.

Pagi di Tasik Dal
Jammu dan Kashmir biasanya hanya akan di sebut sebagai Kashmir. Wilayah Kashmir yang berada di bawah pentadbiran India. Kebanyakan kawasannya terletak di pergunungan Himalaya. Jammu dan Kashmir terletak bersempadan dengan negeri2 Himachal Pradesh dan Punjab di bahagian selatan India, Pakistan di Barat dan China di Timur-Timur laut. Jammu Dan Kashmir terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, Jammu, Lembah Kashmir dan Ladakh. Ibu negerinya berubah mengikut musim. Srinagar akan menjadi ibu negeri apabila tiba musim panas, manakala Jammu akan jadi ibu negeri apabila tiba musim sejuk. Kashmir memang terkenal sebagai syurga bumi. Ini kerana lanskap pergunungannya yang cantik membentang di Lembah Kashmir. Jammu pula mampu menarik ramai penziarah yang beragama Hindu dan Islam. Manakala Ladakh dikenali sebagai "Tibet kecil", disebabkan oleh keindahan pergunungan dan kebudayaan agama Hindu terletak di sini. Kebanyakan penduduk di Jammu dan Kashmir beragama Islam dan selebihnya adalah penganut agama Hindu, Buddha  dan sikh.
Unik kan rekabentuk rumah ni, kalo dia cat lagi naik seri
Kat sini pun menjalankan aktiviti pertanian juga. Kadang2 disepanjang perjalanan nampak macam sawah padi...tapi bukan padi mungkin mereka menanam tanaman lain.

Cantik rekabentuk rumah dorang ni. Mungkin dorang ni mencari rezeki di luar negara. hasilnya dorang buat rumah di sini. Yang ini dalam perjalanan menuju ke Gulmarg
Perjalanan menuju ke Gulmarg mengambil masa kira-kira 1 jam 33 minit dengan jarak sekitar 56 km dari Srinagar. Gulmarg yang terletak di Banjaran Pir Panjal di Himalaya Barat, merupakan sebuah destinasi pelancongan yang sangat popular. Tanah di Gulmarg terdiri daripada mendapan glasier, lacustrine dan morain dari Zaman Ais yang meliputi syal, batu kapur, batu pasir, schist dan pelbagai jenis batu lagi. Pada musim sejuk, padang rumput semulajadi di Gulmarg akan dilitupi salji sepenuhnya. Manakala pada musim panas dan musim bunga, tumbuhan liar seperti daisies, buttercups dan lain2 akan mengambil tempat tumbuh mekar. Bentuk mukabuminya yang berada berhampiran pergunungan menyebabkan banyak ativiti menarik yang berkaitan salji dijalankan di sini, contohnya bermain ski dan Snowmobile. Sebelum ke sini, I dah maklumkan bahawa beberapa aktiviti tidak termasuk dalam pakej, makanya kena bayar sendiri. Contohnya naik jeep berharga 500 rupee, ski, sledge. horse riding, manakala bermain snowmobile berharga antara 2500- 3500 rupee. Tapi semua aktiviti ni tidak wajib untuk kita join, kalo nak baru bayar, kalo tak nak pun tak pe.
Kelihatan beberapa petempatan "penghijrah" mendirikan khemah di kawasan tanah lapang. A kata, mereka ni bukan orang Kashmir tetapi dari kawasan sejuk di India. Apabila tiba musim sejuk mereka akan datang ke Kashmir kerana suhu di sini lebih panas berbanding di tempat mereka. 
Tiba di satu pekan bas berhenti di sini untuk mengambil guide lain yang akan membawa kami ke kawasan glasier di kaki gunung. Menurut katanya untuk pergi sampai ke glasier memang ada guide khas, makanya sebagai orang luar, A tak boleh bawa kami sampai ke glasier tu. 
Ini guide kami di Gulmarg. Dalam bas ni dia maklumkan kami harga jeep dan snow bike. Aku lupa nama dia tapi kita panggil dia dengan nama Farid la. 
Menurut sejarah, Yousuf Shah Chak, yang menjadi pemerintah di Kashmir pada 1579-1586 sering berkunjung ke Gulmagh bersama isterinya, lalu menamakan tempat ini sebagai Gulmarg yang membawa maksud "padang rumput-bunga". Pada abad ke-19, pegawai kerajaan British biasanya akan pergi ke Gulmarg apabila tiba musim panas di Dataran Indo-Gangetik. Di sini mereka akan menjalankan aktiviti berburu dan bermain golf. Salah satu padang golf yang ada di sini terletak diketinggian 2,650 meter dan ia merupakan padang golf tertinggi di dunia. Selepas berakhirnya pemerintahan British di India, Gulmarg menjadi sebahagian daripada pemerintahan Kashmir dan Jammu yang sudahpun merdeka pada ketika itu. 
Kau pernah nampak tak konvoi segerombolan kambing biri2 berada di atas jalan raya? Kat sini kau akan jumpa moment tu. 
A kata, apabila tiba musim panas, para pengembala akan membawa kambing mereka turun ke kaki gunung. Sebab pada musim panas rumput akan tumbuh kembali dan kambing boleh makan rumput terus di ladang di bawah kaki gunung. 
Kuda dalam perjalanan ke kawasan pelancongan 
Namun Pakistan merancang untuk merebut Gulmarg yang dipanggil sebagai Operasi Gulmarg. Salah satu laluan yang digunakan oleh pihak penceroboh yang terdiri dari puak Pathan, ialah melalui laluan Haji Pir dan Gulmarg. Gulmarg jatuh ke tangan tentera penceroboh, tetapi tentera India yang diketuai oleh Rejimen 1 Sikh, berjaya mempertahankan pinggir Srinagar. Selepas itu India melalukan serangan balas dan berjaya menawan semula Gulmarg. Pada tahun 1948, tentera India menubuhkan sebuah sekolah ski di Gulmarg yang pada akhirnya diubah menjadi Sekolah Peperangan Altitud Tinggi bagi tentera India. Sekolah ini mengkhususkan teknik peperangan salji dan musim sejuk. Info ni aku kutip dari Wikipedia, tak tau sejauhmana kebenarannya. Menurut sejarahnya dulu2 British kata tempat yang ramai penganut Hindu akan berada di bawah pemerintahan India, manakala tempat yang ramai muslim akan berada di bawah pemerintahan Pakistan. Jika ini benar, maka Pakistan tak boleh dikatakan menceroboh, mereka hanya mempertahankan hak yang telah diberikan kepada mereka. Tapi India kata, pada masa tu Maharaja J&K dah sign perjanjian yang mengatakan J&K telah diserahkan kepada India. Tak tau la..... 
Akhirnya kami tiba di kawasan parking. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini sebenarnya ialah bermain ski, snowbike...pendek kata semua yang berkaitan dengan salji boleh dilakukan di sini. 
Pada mulanya kami macam tak nak naik jeep dan main snowbike, sebab sebelum ni kita tak begitu jelas aktiviti yang boleh dibuat di sini. Ingatkan sekadar tengok pemandangan pun ok. Tapi kau tengok la ni, tak ada apa di sini. Makanya kiter perlu juga ke perjalanan seterusnya..
Tadi aku dok cakap pasal glasier kan, tapi mana glasiernya?? Sebenarnya dari kawasan parking ni kita kena pergi ke stesen gondola. Tak jauh sebenarnya boleh jalan kaki. Ramai je yang jalan kaki. Letaknya kira2 1 km lebih la dari tempat parking ni. Tapi ada juga perkhidmatan jeep disediakan. Pada mulanya kami semua dah mula jalan kaki, tapi si Farid, pujuk naik jeep, kawan kami Z sekeluarga pun naik jeep....dia ok la sebab ada anak. Walaupun 1 km je tapi kalo gendong anak, yang dekat terasa jauh. Lepas dia berjaya pujuk Z, maka dia sasarkan pujukan kedua pada kami pula. Kami ni bila tengok Z sekeluarga dah ada dalam jeep maka kami pun naik la juga. Tak mau la kumpulan kami berpisah2 nanti kan. Sebab nak mula dan selesai aktiviti sama2. Kalo terpisah nanti bas pula terpaksa tunggu yang lain selesai aktiviti, baru boleh pegi ke destinasi seterusnya. Tak sempat panas kerusi kita duduk, rupanya dah sampai...Aku pun hairan, ehhhh...dah sampai ke? Kalo tau dekat macam ni baik jalan kaki, kurang2 hilang juga lemak sekilo dua di peha ni....😅Tak ada gambar yang diambil masa naik jeep sebab terlalu sekejap perjalanannya. 
Jeep turunkan kami di sini. Makanya kena jalan kaki sikit lagi menuju ke stesen gondola
Jalan sikit lagi ke bangunan warna coklat berbumbung hijau tu
Ok dah sampai.....
Kena Q pula. Tapi tak begitu ramai sangat sebab orang dah pegi ke atas sana pagi tadi agaknya....
Ok bersedia naik gondola......Kawan aku KH sebenarnya gayat. Berada di dalam gondola dia terpaksa tutup mata disepanjang perjalanan. Hehehheh......
Gondola di Gulmarg ni, merupakan cable car kedua tertinggi dan kedua terpanjang di dunia. Trek Gondola mempunyai 2 tahap operasi dan ia mampu membawa sekitar 600 orang perjam. Tahap 1, trek gondola akan bergerak dari Gulmarg Resort ke Stesen Kongdoori yang terletak di Lembah Kongdoori yang berbentuk mangkuk. Manakala di tahap ke-2, trek gondola yang mempunyai 36 cabin dengan 18 menara, akan membawa para pemain ski diketinggian 3.980 meter, di Gunung Kongdoori. Waktu operasi bagi gondola ialah bermula dari jam 1000 pagi hingga jam 5.00 petang. Itupun bergantung kepada cuaca. Sebuah gondola boleh memuatkan 6 orang dalam satu2 masa. Bayaran menaiki gondola ialah 700 rupee untuk tahap pertama dan 900 rupee untuk tahap ke-2. 
Pemandangan dari dalam Gondola. Cantikkan dengan pokok tirus berdiri megah disepanjang perjalanan. Ini mungkin satu2nya perjalanan (bagi pelancong) untuk sampai ke atas sana menuju ke kawasan glasier. Sesekali aku nampak orang kampung berjalan di bawah sana. Rasanya kalo orang kampung dia boleh je naik kuda, tapi untuk pelancong tak ada perkhidmatan naik kuda untuk ke atas sana. Masa perjalanan bagi gondola sampai ke stesen pertama adalah 9 minit manakala ke stesen ke-2 mengambil masa kira 12 minit.  
Akhirnya kami tiba di penghujung Gondola. Ok turun kat sini
Dah nampak salji kat sana. Teruja gills.....
Pada mulanya aku ingatkan sampai di sini je......Rupanya Farid kata dari sini kita kena naik kuda untuk sampai ke Checkpoint yang ada glasier tu. Apa??? Naik kuda?? Takut wehhh... seumur hidup aku tak pernah lagi naik kuda. Farid pujuk lagi, "Kat sini tak ada apa, kau kena juga pergi ke atas sana". A:"Tak ada ke Gondola untuk naik ke sana? kenapa mesti naik kuda? Gondola yang kat atas ni nak ke mana pula?". F: "Gondola yang ada di atas kepala kita ni dikhaskan untuk pergi ke bahagian atas lagi, khas untuk pelancong yang ingin bermain ski" Farid terus cucuk jarum, "Kat atas sana pemandangan dia cantik gilss, tapi untuk apa kau datang sana kalo kau tak rasa naik snowmobile, kau cuba la satu aktiviti buat kenangan. Kalo naik snowmobile, kau cuma duduk di belakang jadi penumpang, yang bawanya orang lain". Sempat pula kami berbincang2 dengan Tuan Hj dan Kak Nad. Geng satu lagi memang awal2 dah nak main snowbike. Tuan Hj dan kak Nad kata, jom la kita cuba....makanya kami semua setuju naik kuda dan bermain snowmobile...hehhehe. Ini bukan soal duit ye, duit inshaallah cukup je. Cuma rasa takut tu lebih tinggi menguasai diri dari rasa yakin. Gilerr la jarum si Farid ni....
Kat sini ada orang jual buah2an dan minuman panas. 
Cantiknya pergunungan di belakang sana
ambil gambar dulu sebelum naik kuda
Farid pegi cari kuda dulu....
Masing2 dah dapat kuda seorang 1. Aku lagi suka naik kuda besar daripada kuda kecik tu. Bukan apa takut dier tak larat nak mengangkat badan kita yang berat ni ha....😆 Dalam gambar H dah naik kudanya
Z dengan kudanya
KH dengan kuda pony nya. KH memang request kuda kecik ni sebab nak turun dan naik atas kuda ni lebih mudah, kalo dier rendah. Masih mampu tersenyum walaupun takut. 
Salute la dengan budak2 ni, tak gentar langsung. 
Adik tu ambik gambar aku. 
Best rupanya naik kuda ni. 
Selesai semuanya, kami pun memulakan perjalanan. Dalam gambar ialah Tuan Haji dan Kak Nad.
Apa yang menyebabkan kami yakin dan sedikit berani menunggang kuda tu ialah ada orang yang tolong tarik dan kawal kuda kita....😆Baru aku tau macam ni rupanya, kalo tau dari awal tak ada nya menolak. Best gilss menunggang kuda ni rupanya, rasa nak tido pun ada. Macam terbuai2.....Orang yang menunggang kuda di belakang KH tu guide kami. dia naik sekali dengan anak kawan kami. Dalam perjalanan balik si Farid ni balik jalan kaki tau. Jauh juga perjalanannya dengan bentuk muka buminya yang berbatu, kau rasa 1km tu rasa seperti 5km tau...
Diam je kawan kami kat depan ni...fokus dier pegang tali...😆
Aktiviti menunggang kuda hanya tersedia pada bulan mei- oktober sahaja, sebab masa ni salji dah mula cair. 
Pemandangan sepanjang jalan menaiki kuda. Kau tengok orang tu, kuda tu berlari tau. Releks je. Kita ni kuda berjalan santai pun terjerit2 lagi....😅

Akhirnya kami sampai di checkpoint ni. Kuda berhenti di tepi khemah yang tak ada ais. Si Farid menguruskan snowmobile yang akan membawa kami makan angin ke atas sana....😆
Dia bawa kita pusing dari bawah ni sampai nun kat atas sana, yang ada kabus tu. Tapi sampai sana je la...kemudian kita ambil gambar kat sana. ada la dalam 15 minit, kemudian turun balik...
Eh...ehh...tadi bukan main takut, sekarang sengeh macam kerang busuk je dia....😅
KH
Me saat-saat terjatuh. Licin gills ais ni rupanya, sebab kasut aku tak ngam untuk di bawa ke kawasan bersalji. Dah jatuh tu duduk terus la....
Kami...gambar kat bawah sekali ni driver KH....😆
Geng kami juga ni,....Kak Nad, Tn. Haji dan Z sekeluarga...
Selesai aktiviti kami di sini....Jom la balik. Tapi nak cakap memang best gilerr naik kuda dan snowmobile tu. Jadi korang kalo datang sini jangan skip aktiviti ni, memang hilang stress naik snowmobile tu.....Kalo aku datang ke sini lagi di lain waktu aku nak cuba semua aktiviti kecuali ski la. Yang tu aku tak berani takut tergelincir...
Lepas selesai aktiviti di Gulmarg ni kami meneruskan perjalanan balik semula ke Srinagar. Tapi sebelum tu A bawa kami singgah untuk makan tengahari di sebuah restoran masih di kawasan Gulmarg rasanya. Sampai di sana, TH terus muntah...rupanya beliau menahan rasa pening dan loya tu dari atas lagi. Apa yang membuatkan beliau rasa tak sedap badan, sebab jalan raya nyer berliku2.....ala macam kat Kundasang tu. Sampai tak berselera beliau nak makan. KN tapaukan je makanan untuk beliau. Kalo aku pun memang tak larat dah nak makan, bukan apa takut terkeluar balik je segala jenis makanan tu.....

Bersambung....

Rujukan:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Jammu_dan_Kashmir

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...