Friday, June 4, 2021

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol. 2-2016: (Part 8) Jalan-jalan di Queenstown

Entry sebelumnya: (Klik sini)
Entry ni dah lama ditulis sebenarnya, cuma tak up lagi sebab tak cukup gambar, External HD aku rosak sampai la ni masih kong lagi. Jadi gambaq ni semua aku minta dari S...So boleh la aku sambung cerita yang tergendala sejak 2017...😆Sementelahan PKP 3.0 ni kan, banyak masa terluang jadi apa salahnya kita meneruskan cerita yang dah basi...ehhhh😆 Kenangan dihari tua kelak, kalo umur panjang boleh belek balik cerita ni....

30 Nov 2016
Hari: 3
Assalamualaikum, Hi semua....
Alhamdulillah hari ke-3 dah. Antara kami KH yang bangun paling awal dan dier yang kejutkan kami. Sayang rasanyer nak tinggalkan rumah comel ni. Sangat selesa, tapi apakan daya perjalanan masih jauh dan perlu diteruskan. Mungkin datang kali ke-3 nanti ble la jalan2 dengan santai dan berlama2 sket di tempat yang kiter suka. Inshaallah satu hari nanti....:) Macam biasa kami sediakan bekalan untuk ari ni. Masing2 tau apa nak buat. Ada yang masak, kemas2 barang, cuci pinggan, satukan sampah, jadi kerja tu siap serentak dan cepat. Kemudiannya kami bersedia untuk keluar dan meneruskan perjalanan. Destinasi pertama kami adalah jalan2 di Queenstown Mall. Malam tadi dah p kan, tapi malam tadi tu versi tengok2 barang dan compare harga. Tapi ada juga terembat 1, 2 barang...😅Jadi siang ni versi membeli pula. 
kat Queenstown Mall
Queenstown atau dalam bahasa Maori dipanggil "Tahuna" adalah sebuah bandar peranginan di Otago. Queenston merupakan bandar ke-2 terbesar di New Zealand kerana mempunyai penduduk bandar seramai 14,300 orang (Jun 2016). Ini menjadikannya termasuk di dalam 27 kawasan bandar yang terbesar di New Zealand. Bandar Omaru merupakan bandar terbesar di New Zealand, di ikuti Queenstown kemudian Dunedin. Bandar ini dibina di sekitar susur masuk dipanggil Queenstown Bay di Tasik Wakatipu (tergeliat lidah tersebut "wa ta tipu" maaaa....). Bandar Queenstown terkenal dengan pemandangan indah ditepian tasik yang berbentuk Z, terhasil akibat proses glasier. Jadi tak rugi jika kiter luangkan beberapa hari di sini sebab Queenstown mempunyai pemandangan pergunungan yang berdekatan seperti The Remarkable, Cecil Peak, Walter Peak dan di atas bandar; Ben Lomond dan Queenstown Hill.
 Jalan2 kat Water Front. Kat sini ader 1 restoran halal. 
Nak p water front
Oleh sebab malam tadi KH belum beli apa2 lagi di Queenstown Mall, maka ari ni kami jejak semula ke sana. Checkout siap2 dan letak kereta dekat dumping area. Dumping tu apa? Dumping ni kalo orang bawa motorhome memang wajib cari. Ni kawasan untuk kita bersihkan tong tandas yang dalam motorhome tu. Itu pun kalo kita guna tandas, kalo tak guna tak payah bersihkan sebab dah memang kosong tong tu. Cuma kena bersihkan tong air kotor dekat singki dapur je. Yang ini setiap kali sampai ke satu2 tempat kena bersihkan, kalo tak...nanti penuh pula. Boleh je kalo nak buang merata, tapi tak bertamadun la pula kan, kotor dan berbau. Nanti orang kata kau pengotor kau jangan sentap pula. sebenarnya tempat ni tak besar pun, saluran air dari tong tu terus masuk longkang besar. lepas tu kat sini ada paip. Jadi senang nak topup air untuk singki, bersihkan apa yang patut. Ini berdasarkan pengalaman tahun lalu sebab kitorang masa tu bawa motorhome. Tahun ni kita guna kereta tak payah buat semua tu.
Terjumpa balik Encik Azli. Ini kali ke-2 terserempak beliau, sebab tempat ni checkpoint Trip kekawan
Bunga dan wanita tak dapat dipisahkan...
Alhamdulillah ader parking kosong. Kat sini parking free tak perlu bayar. Malam tadi aku cuma beli patung utk letak kat kete je. Ari ni bile tengok depa beli T-shirt aku pun terikut sama, sebab tahun sebelumnya aku bel t-shirt 1 je, yang lain semua souvenier, Jadi meh la kiter menghabiskan duit. Kalo nak beli souvenier, elok beli kat sini ye, sebab kat sini memang lebih murah bernading di tempat lain. Kat Te Anau pun sama mahal, walaupun dier cuma sebuah pekan. Biasanya kat pekan lagi murahkan, tapi tidak ye. Jadi memborong la di Queenstown jika taknak kerugian..😀
Sebahagian gambar pemandangan ni dari kamera aku, sebelum ext. HD aku kong.
Pemandangan dari waterfront
Tepian tasik
Nak naik cruise kat sini beli tiketnyer. 
Sebenarnya ada banyak tempat dan aktiviti menarik boleh dilakukan di Queenstown. Jika ada banyak masa boleh lah melawat ke lokasi berikut. 

1. Glenorchy
2. Lake Wakatipu
3. Queenstown Mall
4. Frankton Arm Lake
5. Skyline Gondola Queenstown
6. Queenstown Garden
7. Snow Farm NZ
8. Ben Lomond
9. Lakes District Museum
10. Shotover River and Kawarau River
11. Kelvin Heights
12. Moonlight Track
13. Edith Cavell Bridge

Bergambar kenangan bersama owner kereta antik. Beliau adalah pemilik Million Dolar Cruise. Hebat!
Kami tidak bercadang untuk ke lokasi yang lain di Queenstown kerana kami ingin terus pergi ke Te Anau. Jika ada banyak masa sebenarnya aku teringin ke Moke Lake. Tempat yang cantik, agak sunyi dari suara2 kota, di situ yang ada hanya pemandangan semulajadi yang cantik, ada itik, ada kuda, lembu, padang ragut, gunung ganang.....mendamaikan. Tak percaya? Tengok gambaq ni.....Gambar ni diambil pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2015. Masa tu join trip kekawan kitorang menginap di sini. Semua tidoq dalam motorhome. Tak ada motel, homestay dan sebagainya tak ada. Aku ingat kena bayar NZ5 atau NZ10 je seorang sebab kita guna toilet dia. Sejuk gills...1 je yang tak bestnya, tandas dier ada 2, campur lelaki perempuan. Tandas untuk membuang ye bukan untuk mandi. Jadi pada hari tersebut memang kitorang tak mandi la sebab air yang ada kat dalam tu pun...emhhh, kecik gilerr. Aku terfikir, kalo orang jenis pagi2 membuang, macamana ye, dengan air kecik macam tu? Jenuh la menahan kan....😅Nasib baik aku jenis membuang 1x seminggu.....Ehh?? Asal cerita tahi pulak ni?? Ok...ok sambung cerita....Aku selongkar gambar dari FB, jumpa....yang ini semua gambar dari ext. Hd sebelum dier kong.
Jalan masuk nak ke Moke Lake
Masuk simpang kiri
Pintu Masuk
Owner siap tunggu depan gate amik no plate motorhome yang masuk ke sini
Kambing biri2 meragut rumput. Maaf la kualiti gambar kurang memberangsangkan sebab aku amik dari FB. FB sendiri ya bukan FB orang lain...✌
Itik berenang riang. Oleh kerana Moke Lake ni diapit oleh gunung ganang, maka tempat ni cepat je gelap sebab matahari berselindung di balik gunung. 
Jarak dari Queenstown ke Moke Lake hanyalah kira-kira 14 km sahaja. Lebih kurang 10-20 minit pemanduan dari Queenstown. Kedudukannya bukan dipinggir jalan besar tetapi kena masuk ke dalam sedikit. Aku kira kalo bawa kereta lebih mudah berbanding bawa motorhome. Seperti yang terpamer dalam gambar-gambar yang aku share ni, tidak disangkal lagi tasik ni memang cantik. Emmm....tapi bukan semua ceruk South Island tu indah belaka ye?😍 Tasik yang dikelilingi gunung ganang ini menghidangkan aktiviti santai kepada sesiapa jua, samada kau nak sekadar jalan kaki, berbasikal atau berkhemah, berenang, memancing ikan atau apa saja la... 
Itik sorang-sorang
Padang ragut.. Kalo masa PKP ni kita ada kat sini, tak keluar ke bandar pun tak apa..
Semak pun cantik....
Rumput ni buat aku rindu gilerr dengan NZ. 
Biarpun Moke Lake dengan Queenstown agak dekat, namun kedudukannya yang agak tersorok/ terpencil, menjadikan ia kawasan yang sesuai untuk para pengunjung yang ingin berkhemah di sini. Terdapat tapak perkhemahan kecil dikendalikan oleh Jabatan Pemuliharaan dan di sini juga disediakan kemudahan asas, seperti yang aku nyatakan tadi hanya terdapat 2 tandas sahaja. Diluar tandas tu ada singki, ble ambil air kat situ juga. Aku ingat kalo tak ramai, ok je dengan 2 tandas tapi kau bayangkan kami datang dengan 12 motorhome, 4 kereta..Tak berebut dengan 2 tandas? 😅 Tapi jujur aku cakap kami enjoy je dengan trip kekawan. Best gilerr. Sebenarnya Moke Lake ni dekat dengan Glenorchy tapi aku tak pasti kenapa kami tak masukkan Glenorchy ni dalam itinerary kami. Nampak sangat tak tengok cite LOTR kan....
Hijau...
Lagi padang ragut
KT yang kesejukan
Tuan Tanah...
Geng Sabahan yang join Trip kekawan. 2 Motorhome...
Moke Lake Campsite dari atas bukit
Geng trip kekawan Nov-Dec 2015...Ada yang menginap di motel sekitar Queenstown. 
Ok habis cerita Moke Lake. Perjalanan kami diteruskan ke Te Anau. Sebelum tu kena isi minyak dulu....
atas: parking free utk motorhome. Di sini juga letaknyer tempat untuk dumping site
Skyline tapi kitorang tak naik, saja jalan kaki ke sini. Ni dekat dengan motel kitorang malam tadi.
Bunga-bunga cinta...
Dalam perjalanan ke Queenstown, kami sebenarnya teringin untuk singgah dimana-mana bahu jalan untuk tengok/ ambil gambar Devil's Starcase, tapi tidak ada tempat yang sesuai untuk berhenti. Kat sini bukan boleh suka-suka berhenti tepi jalan, silap-silap nanti ada pak polisi kejar dari belakang..Sudahnya kami ambil gambar dari kereta je.
KH dan S isi minyak
Setengah hari menghabiskan masa di Queenstown, kini tiba masa untuk meninggalkan semua kenangan indah ni.......Sedih. Dah jatuh hati pada rumah comel tu.😢Ok Destinasi terakhir untuk hari ini ialah di Te Anau. 

Bersambung......

Saturday, May 29, 2021

Vaksin Pfrizer

**Sebenarnya aku dah lama tulis cerita ni cuma, aku baru ada masa nak up kan nya.

Salam dan Selamat Pagi....
Alhamdulillah aku dah selesai amik vaksin. Dose 1 pada 23 April 2021 yang lalu. Masa tu hari jumaat, bulan puasa, masa sekolah pula tu. Sempat aku masuk kelas jam 10 baru gerak ke klinik Membidai. Sampai sana, dah ramai orang, terpaksa Q. Tapi nasib baik dia sediakan kerusi. Lepas jam 1130 tu dah ramai cikgu2 datang, dorang datang selepas abis sekolah. Nasib baik aku datang awal sikittt.....agak panas kat luar tu. Dose 1 ni tak berapa nak sakit, lepas cucuk pun ok lagi tak pening, tak sakit kepala, tak loya dan sebagainya..tapi aku terus balik rumah je. Takut nanti kena panas kepala sakit pula, aku ni kan macam lilin, kena panas sikit dah sakit kepala.....😝Jam 12.30 dah selesai..
Bila dengar pengalaman kawan2 yang dah pegi amik vaksin lebih awal dari kami, kata sakit kena cucuk dan pening, aku seram juga. Tapi bila sampai sana, ini menurut pemerhatian aku la kan, ruang tempat pemerhatian (lepas cucuk tunggu 15 minit) tu, agak panas...jadi mungkin itu salah satu penyebab kenapa jadi sakit kepala....sebabnya ialah ruang yang panas, selain dari memang penerimaan badan seseorag selepas terima vaksin. Dalam handbag aku memang ader kipas tangan, jadi aku guna tu, ble la buat penyejuk.

Aku dan kawan sebilik dah mengira hari. Harap2 Jangan kena minggu ni, kena minggu hadapan tak pe, kiranya hari isnin 26hb april sebab kalo kena 23 April dose ke-2 akan kena pada tarikh 14 May. Raya ke-2 tu....Rupa2nya depa tak ikut juga 21 hari tu. Kami yang terima suntikan 23 April tu dapat tarikh 18 May 2021 (Selasa) untuk 2nd dose. 
Tak ada lagi pegawai yang bertugas
Bila dengan pengalaman kawan2 yang dah pegi awal kata sakit kena cucuk dan pening, aku seram juga. Tapi ruang tempat pemerhatian (lepas cucuk tunggu 15 minit) tu, agak panas...jadi mungkin salah satu sebabnya ruang yang panas, selain dari memang penerimaan badan seseorag selepas terima vaksin. Dalam handbag aku memang ader kipas tangan, jadi aku guna tu, ble la buat penyejuk.

Aku dan kawan sebilik dah mengira hari. Harap2 kena la minggu hadapan, kiranya hari isnin 26hb april sebab kalo kena 23 April dose ke-2 akan kena pada tarikh 14 May. Raya ke-2 tu....Rupa2nya depa tak ikut juga 21 hari tu. Kami yang terima suntikan 23 April tu dapat tarikh 18 May 2021 (Selasa) untuk 2nd dose.
aku antara yang sampai awal
18hb May tu aku gerak awal ke Dewan Kompleks Darul Kifayah. Kali ni kat sini pula terima dose ke-2. punya semangat aku datang sebelum jam 7 aku dah gerak dari rumah. Sampai sana baru 5 orang yang datang. Alhamdulillah juga, oleh sebab aku antara yang datang awal maka boleh parking dekat pagar. Dekat nak jalan kaki masuk dalam. Semua kereta tak ble masuk dalam ya, kena parking kat luar. 730 depa dah mula pendaftaran tapi cucuk tu mula jam 8 juga sbb vaksin nya tak sampai lagi. Tapi tak pe dalam dewan ni sejuk. Tempat cucuk perempuan dan lelaki adalah asing, jadi aku dapat no 2 kena cucuk misi...Jujur nak cakap kali ni ada rasa sakit sikit kena cucuk tu 😅Rasa macam kebas kat lengan dia cucuk tu. Lepastu depa minta kita tunggu dalam 15 minit. Alhamdulillah sangat... tak ada rasa sakit apa2 melainkan lengan yang kena cucuk tadi.
Kakak dah amik Vaksin....

Dah selesai misi tu kata Tahniahhhh...sebab sudah menyelesaikan 2 dose hari ni..Lepas tu aku pegi amik gambar kat luar, tapi sayang tak ada pula dia punya slogan "Saya sudah ambil vaksin dose 2"..ke sebab kami terlalu awal sampai, depa pun lupa nak letak slogan tu. Sudahnya aku amik kad kecik tu je buat syarat bergambar...😅 Selesai semuanya aku keluar dalam jam 9...padahal jam 830 tadi dah siap. Ehhh....lepastu boleh pula aku pegi singgah kedai pegi beli barang dapur, sebab hari isnin 17hb tu aku baru sampai ke Labuan. Barang dapur semua kosong sbb aku kan balik kampung.

Esoknya 19hb hari pertama selepas vaksin, bangun tidur, badan rasa lesu, lemah, kepala tak sakit tapi berat kat tenguk. (kakak kata macam orang darah tinggi je kau ni berat kat tengkuk...😅) Sepanjang hari rasa nak baring je. Makan pun tak selera sangat. Hari ke-2, 20hb ada kurang sikit, tapi masih rasa lemah tapi sekurangnya aku boleh bangun cuci baju, ble masak...Hari ke-3, 21hb: Alhamdulillah aku sihat sepenuhnya. Boleh buat pdpr dengan jayanya. Jauh disudut hati, aku bersyukur sangat, sebab tak diuji dengan sakit yang berat-berat, badan boleh terima, alhamdulillah....lepas raya tu kita buat pdpr sahaja dan untuk kali ni kelas aku cuma ada hari selasa dan jumaat sahaja.

So kepada semua rakyat Malaysia (cewahhhhhh....), Mari la kita sama-sama menjadi orang yang berani dan bertanggungjawab menjaga negara kita. Dengan mengambil Vaksin kita mampu menyelamatkan komuniti kita dan membina benteng yang kuat memerangi si covid!!

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...