9hb Dec 2019
Khamis
Kon'nichiwa Nihon....
Kami sebenarnya sudah memulakan perjalanan pada 8hb dari KUL-Hanoi-KIX dengan menaiki Vietnam Airlines. Kebetulan dapat harga promo, iaitu RM 691, pada bulan Mei 2019. Itu saja la yang paling murah pada ketika itu. Bila baca pengalaman orang lain, ader je yang dapat tix lebih murah daripada yang kami dapat, tapi tak ada rezeki. Begitu la...Oleh kerana flight kami ke Hanoi itu bermula pada sebelah petang iaitu pada jam 7.30 PM, (Dari KUL), maka aku mengambil flight dari Labuan pada jam 10.50 AM, (lebih kurang), pada hari yang sama. Sangat menyeramkan sebenarnya, kerana jika ada apa2 berlaku flight deley atau apa saja, maka besar lah harapan untuk kau terlepas flight seterusnya. Kau jangannn....Labuan ni kecik, pernah berlaku kapal tentera ader masalah pada tayar, dier kena pusing2 makan angin di udara untuk menghabiskan minyak dulu agar nanti dier ble landing dengan selamat. Maka pada hari tersebut, semua penerbangan dari-ke Labuan ditangguh sehingga kapal tentera tu selamat mendarat. Jangan tanya kenapa tak ambil flight awal sehari, atau ambil dari KK. Ader la alasan yang munasabah, aku nak citer tapi karang jadi novel, kau juga yang bosan....😅.
Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan pada hari tersebut sampai la kami ke Kansai Airport dengan selamat pada pagi 9hb Dec, jam 6.40 AM. Tapi debaran itu masih ada.....moga2 lepas la kami semua, kalo kiter baca di RTJ tu ader je orang citer pasal pengalaman dihantar balik 24 jam ke Malaysia! Urusan Imigresen berjalan lancar, tinggal KP aje yang tak lepas pada mulanya. Sebab jari dier mesin tak ble detect, (antara ciri2 orang yang rajin turun ke dapur ye.....😜). Akhirnya dier dibawa masuk office, ditanya itu ini, dalam 15 minit juga rasanya baru dier dilepaskan. Alhamdulillah....kemudian kami pergi ambil beg. Sampai kat sana dah lenggang, sebab kami orang terakhir yang pegi collect beg. Ada beberapa pegawai Kastam dier dengan bawa anjing nak angkat beg kami untuk dibawa ke office depa. Ye la lama sangat, entah apa ader dalam beg sampai tak de orang nak ambil kan....Mungkin itu la yang berlegar di minda pegawai kastam tu. Bila depa nampak kami muncul seorang demi sorang maka tak jadi dier nak angkat beg kami, tapi dier p suruh assistant dier p hidu beg kami. Alhamdulillah juga semua barangan makanan kami lepas tanpa diminta untuk buka satu persatu. Ye la depa pun malas dah agaknyer, sebab kami orang terakhir, lagi pun mood pagi ni biasanya masih ok lagi...heheh....Cuma assistant tu tak bergerak langsung pada 1 bungkusan berisi burger. Dier tanya apa ni, kawan kata burger, jadi dier amik tak bagi bawa keluaq. Ok la sebab itu pun yang semalam punya. Heheh.....
|
Gambaq Atas: Jauh kapal landing, kena naik train nak p bangunan satu lagi.....jalan kaki jauh kot naa.....
Gambaq Bawah: Dalam Train menuju ke Terminal 1, Pagi di Osaka. |
|
Keluaq train, ikut arahan untuk pegi tempat collect beg |
|
Selesai urusan Imi, sambil tuggu KP yang dibawa ke Office Imi.... |
|
Selesai urusan KP, terus pegi tempat ambil beg. Lenggang je. Laju KT mengejar A untuk ambil beg 😅 |
|
Masing2 senyum dengan penuh rasa lega sebab semuanya berjalan lancar... |
Urusan Imi dan kastam sudah selesai, maka bermula la tugasan kami untuk menyelesaikan pula urusan penukaran pass yang perlu di selesaikan di Kansai Airport iaitu JR Pass, OAP (Osaka Amazing Pass) dan juga ICOCA (IC Card). Semunya (pass termasuk suica dan USJ Ticket) sudah dibeli sejak di Malaysia lagi melalui Klook. Agak mahal juga, tapi...ya tutup mata saja. Pada mulanya aku agak seram juga nak join trip ni, tambah pula dengar tax Japan naik kepada 10% bermula Oktober 2019. 50-50 perasaan pada ketika itu. Uhhh...tapi kalo tidak kali ni nak pegi bila lagi? Dulu payah nak masuk Japan ni, kalo tak aku dah pegi dulu pada tahun 2011 join KH punya group. Dulu wajib ader visa, dalam akaun bank wajib paling kurang 10K okey.....Itu cerita dulu, jadi sekarang, tutup mata aje la dengan kemahalan kos di Japan.
OK sambung citer. Untuk JR Pass ni kami masing2 beli sendiri melalui Klook. Kalo ko pegi berjemaah adalah lebih baik kau beli sendiri, (buka akaun klook) inshaallah agak jimat di situ berbanding kau minta tolong kawan ko beli. Kami beli pada bulan oktober 2019. Pada ketika itu Klook bagi promo, -RM 100. Kalo ko beli sendiri dapat la kau guna sepenuhnya RM100 tu tapi kalo ko kongsi beli dengan kawan RM100 tu terpaksa dibahagi bersama. Betul kan....? Itu yang aku maksudkan jimat. RM100 tu banyak juga tau, bagi warga marhain macam aku...😅. Kemudian isi borang untuk pembelian JR Pass. Dalam borang tu dier akan minta tarikh bila kiter nak ke Japan. Aku letak tarikh 9 Dec, hari kami sampai ke Osaka. Tarikh yang kiter letak masa beli ni, hanya sebagai rujukan pihak klook, untuk memastikan exchange order yang dihantar kepada kiter nanti sampai sebelum waktu berangkat. Oh ya, JR Pass yang kami beli ni hanya untuk 7 hari. Depa ader jual untuk 14 hari dan 21 hari juga, makin lama tempoh masanya makin mahal la kan. harga untuk 21 hari tu dalam RM 2228/=, Kalo mengembara seluruh Japan dalam masa sebulan berbaloi kot, cuba tanya Tok Jack 😅
|
Ini resit belian JR Pass. Dari harga RM 1104, aku ble dapat harga RM1004. Sekarang harga dier RM1115.00 ye, tapi kalo ko pegi bulan 12/2020 inshaallah dier ble turun lagi kalo klook buat promo. |
Selesai pembelian, Klook akan bagi kiter email, confirmkan pembelian kiter dan dalam masa yang sama klook akan hantar ke alamat kiter: exchange order for JR Pass ni. Sampai dalam tempoh 3 hari berkerja. Dah sampai simpan baik2 naa....benda ni mahal harga nya. Ibarat harga RM1004 yang kiter laburkan untuk membelinya. Sampai Kansai Airport nanti, benda ni la yang akan kiter bawa ke office JR beserta dengan pasport. Depa tak mau terima ye kalo kiter bagi pengesahan email atau voucher klook untuk menebus JR Pass. Itu sebab aku kata ianya berharga. Kalo hilang, aku tak pasti kalo klook akan bagi salinan ke-2 atau kau terpaksa membeli baru. JR Pass ni janya dijual kepada orang luar bukan warganegara Japan. Untung tak kau jadi pengembara? 😅
|
Ok ini dier exchange order for JR Pass yang dikirim oleh Klook. Hanya sah dalam tempoh 90 hari. Sebab tu klook hanya buka pembelian 1 bulan sebelum berangkat. Contohnya aku nak pegi awal bulan 12, bulan 10 baru aku ble beli. Aku dah cuba beli masa matta fair bulan 9 kan, memang butang tarikh tu tak berfungsi. Rupanya tak buka lagi. |
Nak tukarkan nya kepada JR Pass sebenar, kita kena pegi ke level 2. Ini di Kansai Airport ya....Sebenarnya info tentang dimana nak tebus pass, ic card dan lain-lain ni ada di dalam web klook, diterangkan panjang lebar di situ. Tapi aku sajer nak memanjangkan cerita, tahun depan mana tau tiba2 jadi kaya, ble pegi Japan lagi, dan aku ble rujuk citer ni balik. Maklum la, kakak ni makin lama makin dewasa, lepas tu pelupa 😝
|
Tengah tengok kat mana letaknya office JR. Ok naik Escalator itu untuk ke level 2. |
|
sampai atas level 2, ko nampak pintu 2F ni, keluar..... |
|
lalu ikut jejantas tu... |
|
Dari pintu 2F tu tadi akan nampak Kansai Airport Station ni...., jadi kiter pegi la ke arah tu... |
|
Aku dan S, masing2 pegang Exchange order. Nak tukar la ni katanyer..... Dari tempat kami berdiri ni jalan terus ke sebelah kanan ( International-North) tu...jalan terus akan nampak Nankai Ticket Office |
|
Lepas ni akan nampak signboard besar oren- biru |
|
Tu dier JR Line dan Nankai Line. Biru-Oren......Berhadapan dengan gate JR Line dan Nankai line ni la terletaknya office JR |
|
Ini dier.... |
|
Keluarkan siap2... |
|
Q.... |
Kaunter dier banyak so cepat la sampai turn kiter kan. Oleh sebab kami pergi berjemaah maka dipanggilnyer sekali harung 9 orang. Senang keje dier. Dier akan tanya bila kita nak guna JR pass tu? Kiter maklumkan tarikh then dier akan bagi sorang satu borang untuk diisi, borang tu nanti kau letak nama, warganegara, no pasport dan tarikh bila kiter mula guna JR Pass tu, yang ini penting ye, jangan salah letak tarikh. Nanti dier akan tanya banyak kali, are you sure you want to use JR Pass on this date? Kau pun mengangguk macam burung belatuk sambil isi borang 😅. Dier akan maklum borang yang dier bagi tu hati2 isi jangan bagi keronyok. Oh ya 1 lagi, kiter tak boleh pegi tebus exchange order yang bukan atas nama kiter, contohnyer la...aku malas nak Q, jadi aku kirim kat kawan untuk tolong tebus, so tak ble ye.
Location: HIS counter 1F (next to the Northern Exit in the Arrival Hall)
Opening hours: 8:30am-10:00pm
|
Q pula kat sini.... |
Sampai kaunter nanti tunjuk aje bar kod yang ader kat handphone kiter nanti dier akan scan, kemudian bagi kiter kad sebenar. Dalam ICOCA card ni, dalam dier ader isi 1500 yen, 500 yen tu deposit. Jadi boleh terus guna je untuk pegi destinasi tujuan kita.
|
Kad sebenar |
|
Kemudian kami pergi terjah Restoran ni. Mana satu nama restoran, Sanuki atau U-Don? Yang ni viral kat RTJ tu kata sedap rugi kalo tak singgah. Aku sejenis yang tak berapa masuk kalo makan mie, jadi share la dengan Z. Semangkuk mi Udon ni ditambah pula dengan aksesorinya, agak mahal juga la. Mie ni pon aku rasa agak sedap juga, kuahnya yang sedap sebenarnya. Berbeza dengan rasa mie yang ada di China....🙊 Depa kata cukup la sekali asal tak kempunan....hehheh. |
|
Kami lepas makan |
|
Dah kenyang, balik lagi ke Terminal 2 ambil train Nankai menuju ke Shin Imamiya. Mula2 topup ICOCA 3000 yen aje. Kemudian pg masuk Nankai line gate. Aku lupa naik train apa, rasanya hijau Nankai-Kuko Line- 40 minit tempoh masa perjalanan. Kos tambang adalah Y930 sehala. Kemudian turun di Shin Imamiya. |
|
Rombongan Cik Kiah memulakan pencarian Ebisu Osaka Guest House. Katanya 3 minit aje.... |
|
Setelah melalui beberapa blok bangunan dan kemudian lintas jalan, jumpa la kami laluan bawah kolong ni. Atas ni mungkin track train. Sepatutnya kalo tak sesat, lepas aje dari laluan bawah kolong ni, jalan terus ke depan akan jumpa dah apartment tu. |
|
Berhenti pula tengah2 jalan bawah kolong ni, tengok balik maps arah mana nak dilalui, kanan ke kiri |
|
Ini dari tempat kami berdiri bawah kolong.....Bawah kolong okey...marah Tok Jack kiter cakap ini bawah kolong 😂 Kau tengok nama kat bangunan tu? Aku syak nama macam paten nama aku ni asal Jepun kot na....hehhehe |
|
Amboiiii...jauh nau bediri dari manhole tu. Salah 1 dari benda yang wajib ko amik gambar bersamanya, kata Tok Jack....😅 Tok Jack lagi.....tergigit lidah jangan maki naa......😅 |
|
ambil arah kiri pula, map tu kata dekat2 daiso.... |
|
Sebelum sampai Family Mart tu jumpa landasan ketapi ni.... |
|
Lepas landasan jumpa pula Family mart......Sampai hujung bangunan Falily mart tu jalan besar, kalo tak jalan besar mungkin kami akan meneruskan perjalanan pula ke depan. Nasib baik jalan besaq jadi kami belok ke kiri pula, sampai la jumpa Daiso. Sebelah Daiso ni ader 1 bangunan nama Maruhan...... |
|
Wahhhh....besaq bangunan Cikgu Maruhan ye. Tak sangka sahabat kami ader bangunan sendiri di Osaka, diam2 ubi berisi dia kan.... 😅 Kat bawah bangunan tu yang ader orang berbaju kuning adalah laluan untuk metro..... |
|
Jauhnya......sampai Daiso, tak jumpa juga, patah balik ke Family Mart, kemudian melepasi landasan dan baru la masuk ke kawasan bangunan yang agak sunyi, tak ada orang pun. Pergi la kami mengheret beg dari satu bangunan ke bangunan 1 lagi..... |
|
Semasa sibuk dalam pencarian, tetiba je lalu mamat macho lagi gentleman. Lalu dia menanyakan kepada depa 2 orang kat depan tu, cari apa? |
|
Sampai tertunduk2 tu ha nak tengok hp tolong cari mana apartmen kami ni....Kalo itu lagi bukan dikatakan gentleman, aku syak kau jealous 😝 Dier bawa kami pegi cari..... |
|
Akhirnya jumpa juga pintu apartmen kami. Senyum bangga dier dapat menolong wanita ayu bertudung. Aku syak dier baru balik keje shift pagi, sebab tu dier ceria aje....maklum la abis keje... |
|
Arigato....lupa minta no tepon... |
|
penat ye kak?.....😆 |
|
Dapat rumah tingkat 3 jadi kena menapak naik tangga, tak ader lif ye..... |
|
dalam rumah |
Rumah ni ader 4 bilik, 3 bilik untuk 2 orang, 1 bilik pula untuk single. Aku tak de partner so dapat bilik single, huntong! Ruang tamu pula ader 1 sofa besar merangkap katil, jadi 2 orang kat situ. Rumah ni best sangat, lengkap semua peralatan dapur ader, periuk nasi, cerek, microwave, poket wifi (nak bawa keluaq ble juga tapi kalo hilang ko ganti sendiri). Tapi kami tak bawa pun keluar sebab masing2 dah beli simcard hello1010... cuma 1 je, bilik mandi dier kat luar, bukan dalam rumah ni. Masuk aje dari pintu utama tu akan jumpa tangga, sebelah tangga tu sebenarnyer ader pintu rumah (orang sewa juga)- aku tak pasti mungkin juga tuan rumah, sepanjang kami di sini memang tak jumpa tuan rumah langsung. Kasut kena tinggal kat bawah ni dan simpan di rak. Naik tingkat 1, akan jumpa 1 bilik air yang menempatkan washing machine. Semua penghuni boleh guna, dier sediakan semua kelengkapan pencuci baju. Kat tingkat 1 ni pun ader 1 pintu rumah sewa juga. Naik tingkat 2, bilik mandi khas untuk rumah tingkat 3 sahaja. Kemudian naik tingkat 3 tu rumah kami. Makanya kalo ko nak mandi ko kena keluaq rumah then turun kat tingkat 2 tu. Pakai baju siap2 dalam tu, kang sat lagi naik berkemban, tetiba bertembung penghuni tingkat 4, tak naya?..... Rumah ni pun agak selamat, sebab nak masuk kena guna kod, kawasan kejiranan yang senyap sepi, tenang sahaja, dekat sangat dengan train station. Oleh kerana kepenatan mengheret beg maka kami berehat aje petang tu. Malam baru keluar pg tengok apa ader di Maruhan.....Ohhh, tadi aku goggle makna Maruhan. Dalam Bahasa Jepun ia bermaksud aduan.....betul ke tak hanya goggle translate yang ble jawab....😅
Aku rasa kami salah pintu exit tu la sebab tu terasa sangat jauh, padahal......(esoknya) baru tau ader lagi exit paling dekat, keluaq ajer, depan mata Family mart. Tapi tak apa....itu la namanya pengalaman. Ye tak?.......Kalo tak, ko tak kan tau betapa beratnyer beg yang ko bawa! 😅 Ok malamnya kami meronda......saje la pg tengok Daiso.....
|
Aku tak pasti ini nama apartment ni ke aper sbb dier bagi nama apertment dalam Booking.com tu Ebisu Guest House...Nama Ebisu tu kecik cenonet je ha, guna siaz 12 times new roman. Itu pun kat peti surat tu je. |
|
Sebelum meronda amik gambaq dulu. Berdiri tegak dalam kesejukan... |
|
Daiso 2 tingkat banyak juga dier jual. Oleh sebab sejuk aku beli stokin kat sini |
|
Antara barangan makanan yang dijual di Daiso |
|
Yang ini pula kat Family mart, sebelah ajer dengan Daiso ni |
|
Tak jadi nak beli, berat, nanti balik baru singgah family mart balik beli nasi. |
|
Dari Family Mart (Belakang tempat aku berdiri ni), kami mneyeberang jalan menuju ke Bangunan Maruhan....kat situ ader shopping mall, yang dikira agak murah juga berbanding Family Mart, Contohnyer pisang kalo Family Mart 2 biji pisang berharga....Y2000, kalo kat kat kedai kat Maruhan tu pisang 5 biji bersamaan harga Y2000. Tapi aku tak pandang pisang kat Japan ni, sbb dah puas makan pisang kat Malaysia. 😅 Berlagak ko kan!!! Marah Aisha sebab dier suka beli pisang....😅 |
|
Comel Penguin tu bertenggek atas tu ha. Kat sini pun ader Family Mart, kedai yang aku maksudkan tu ader kat Tingkat 2, tapi aku tak berani la pula nak amik gambar, baru sehari aku sampai Jepang ni, nanti kena lempang. Parah! OK Off Camera dulu ye..... |
|
Balik rumah, tibai pula kembara meal. Yang ini nasi tomato ye......Hari ke 4, tak lalu dah makan ayam rendang dier tu. |
Sesungguhnya aku berjanji selepas ini tidak akan membawa bekal kembara meal, Brahim dan sebagainya lagi. Lebih berselera pula makan nasi putih dengan sambal bilis. Hari tu kami semua (masing-masing) bawa bekal ikan bilis, ikan masin, sambal hitam.....banyak lagi la.....memang membuka selera!
Bersambung.......