Sunday, May 19, 2019

Dari Selatan ke Utara Thailand: Kebun Strawberry, Khao Yai (Part 9)

16 Dec 2018
(Ahad)

Minggu ni kiter cuti 3 hari. Yahoooo......masa untuk merajinkan diri menghabiskan cerita kembara kami. Doakan semoga idea untuk menulis terus datang tanpa dipaksa. 💪💪💪

*********************************************************************************
Minion dan rakannyer.....💚
Pagi yang gelap, kini sudah cerah. Kami bangun awal lebih dari biasa, sebab hari ni kami akan meninggalkan kota Bangkok dan meneruskan perjalanan ke Pak Chong, Khao Yai, bersama Pakcik Harris. Arghhh, agak sayang meninggalkan Monumer ni sebab sangat selesa, bersih dan tenang. Tapi dalam banyak2 tempat kat sini la aku kena cramp kat kaki. Uhhh....sakitnyer, dari mata mengantuk terus celik. Tak tau apa punca, kalo kata kena aircond, tak juga sebab katil aku kat bawah dan terlindung dari terus kena angin. Oh ya, kemarin dulu Pakcik Harris pesan, dier akan amik kami di luar (Jalan besar), sebab kami deal terus dengan dia, bukan melalui pihak hostel. Tak ada breakfast disediakan di hari terakhir ni. Dalam jam 7.45 am, Abg Pok kata Pakcik Harris dah ada kat luar, jadi yang dah selesai bersiap angkut beg memasing menuju ke van Pakcik kat luar sana. Tak de la jauh mana jalan kaki, dekat je dalam 3 minit. Tak sempat keti basah kau dah sampai.....Gitewww ibaratnyer. Sempat pula aku singgah 7E beli Meji. 😋

Dalam Van, Pakcik isi minyak......sempat lagi singgah 7E kat sini pula. Pendek kata asal jumpa 7E je mesti singgah.
Jarak perjalanan dari Kota Bangkok ke Khao Yai ialah 173km, kira-kira 2 jam 30 minit. Jauh juga kan. Orang kata semakin kita menuju ke utara, suhu akan semakin sejuk terutamanya di Chiang Mai. Tapi sepanjang kembara kami aku rasa macam sama je dengan Malaysia. Panas lit2. Mungkin belum  tiba musim gelombang angin sejuk dari China. Khao Yai yang telah dinobatkan sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO,  merupakan bandar ketiga terbesar di Thailand. Terdapat empat wilayah atau daerah di Khao Yai iaitu Saraburi di sebelah barat, Nakhon Nayok dan Prachinburi di sebelah timur, manakala Nakhon Ratchasima pula di sebelah utara. Puncak tertinggi di Khao Yai terletak di Khao Rom dengan ketinggian 1,351 m dari aras laut. Akhirnya kami tiba di destinasi yang dituju iaitu Bann Yang Tree homestay yang terletak di Pak Chong, Khao Yai. Lama kami menunggu, tapi tak de orang. Sunyi je, hari minggu orang pegi sembahyang agaknya.

Tak de orang, macamana nak check in....
Sudahnya kami merayau2 di perkarangan homestay ni. 
Dari luar nampak cantik dan mewah.
besar nyer rumah...
Sempat KT berkenalan dengan Cik Bunga....
Setelah lama menunggu baru la datang pekerjanya, ker owner homestay ni? Tak pasti la, yang penting dah boleh simpan beg. Sempoi je pakai selipar Jepun dengan short pants. Akhirnya kami dapat bilik. KL dengan husband dapat 1 bilik, kami pula geng gegirl dapat 1 bilik ala2 studio. Dalam ni ada 1 bilik kecik lagi, ada 3 katil Queen, ada TV tapi tak pasang pun, ada jajan sikit (Biskut dier manis gilerr), ader ais box, ader kettle dan ada toilet. Tak ada dapur disediakan di sini. Oleh kerana kami bertiga kurus, mulus jadi aku, Z dan A share katil. Cuma aku tak suka kat tengah, macam tak bernafas rasanya.
Bilik kami kat hujung sebelah kiri tu, tingkat bawah. 
Ada 1 bilik lagi dalam ni. Ini tempat KT dan KH. Kami punya kat luar. Sape punya bantal bucuk tu, ngaku cepat!! 😂
Bilik mandi. Tak ada selipar ok.....benci la....😓
Mulanya aku kecewa dengan bilik ni, sebab tak sama macam Monumer. Hehhehe....giler tak aku. Tapi redha aje la untuk 2 hari ni. KH kata tempat ni dekat dengan pekan Pak Chong, dimana di situ ader gerai makan halal di sebelah Pasar Malam. Homestay ni kami dah bayar awal sebelum kembara lagi iaitu sebanyak RM 102 untuk 2 malam. Selesai masukkan beg, kami pun bergerak menuju ke destinasi pertama. Tak tau nama tempat ni sebab ditulis dalam tulisan Thaland, tapi macam kebun strawberry. Mana tau? sebab ader banyak gambar strawberryyyyyyyyy.......Kami 5 orang amik gambaq kat luar ni je. Kalo nak amik gambar close up dengan hiasan kat dalam tu kena bayar. Aku tak ingat berapa. Sebenarnya tempat ni tak masuk dalam iti, tapi Pakcik yang bawa....Ikut je la. Lagipun tak rugi apa, Kalo nak masuk kau bayar, tak nak tak pe. Itu je....

Tuan tanah ala2 model, tapi malu2 kucing 🙈
Depan pintu masuk
gengku yang tak masuk
Cantik kan....
Dengan menyandarkan landskap semulajadi yang subur, lembah, air terjun dan biodiversiti yang kaya dengan flora dan faunanya, menjadikan Khao Yai destinasi percutian sepanjang tahun yang menjadi pilihan pengunjung tempatan mahupun luar negara. Jadi jangan lupa masukkan Khao Yai dalam iti korang tau....

meriah dengan bunga-bungaan
Sape nampak KL??
Bahagia je dier walaupun amik gambar selfie je


Sape ble baca? apa maksud nyer....
💕
Tnggu sikit masa lagi mungkin baru penuh bunga kat sini
Pokok strawberry
Kat luar ni pun cantik juga. 
KT nak minta strawberry tu, tapi minion tak nak.....😹
Hello.....
Dalam setengah jam kami pun bergerak menuju ke saraburi. Misi menjejak sunflower katanyer.....

Bersambung.....

Rujukan:
http://www.thailand-guide.com/khao-yai/

Saturday, May 18, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Chatuchak Weekend Market & MBK Mall (Part 8)

15 Dec 2018
Sabtu

Selamat pagi semua. Hari baru, semangat baru, aktiviti baru... Hari ni adalah hari terakhir kami di Bangkok, maka rencananya melawat ke Chatuchak Weekend Market, Terminal 1 dan kalo sempat ke War Arun....Tapi sbelum tu nak kena tukar tiket train dulu di Hua Lampong. KH beli tiket train dari Ayutthaya ke Chiang Mai melalui 12Go Asia. Dorang emailkan (tiket dummy- jika boleh dikatakan begitu) kemudian, tiket dummy tu kena tukar kan kepada tiket sebenar di Pejabat 12Go Asia yang beralamat di DOB Gallery, Rama 4 road, Bang Rak, Bangkok, Thailand 10500. Office dorang ni terletak bertentangan dengan stesen keretapi Hua Lamphong, 3 minit je jalan kaki. Abg Pok kata tak jauh, jadi kami pun jalan kaki.....

Depan Hostel. 
Di tepi jalan....
Jumpa arca ni. Arca ni terlalu seksi, Jadi tutup ye.....😎
Mall tak buka lagi ni....
Cendawan belakang tu cantik
Senaman pagi katanyer.....
Jalan punya jalan sampai kami jumpa sekolah. Smart School Projek katanya... Hari sabtu sunyi je, Cuti kot, orang tak p sekolah. Tapi ader juga nampak 2, 3 orang yang pegi sekolah, ader extra class agaknya. Aku dah terasa kejauhannya. Haus pun ada juga ni.....

Pengetua kat tengah tu...🙊
kat padang sekolah. Bangunan kat belakang tu menarik perhatian macam mewakili persatuan puteri islam je.... Putih + Pink
Mana2 mesti nampak gajah

Akhirnya tak tahan dah berjalan ni, haus, lapaq, nak ke toilet lagi, kena cari juga stesen metro. Jalan punya jalan, jumpa stesen Si Lom. Lega rasanya, dapat bersejuk2...klo tak kepala ni rasa mencucuk2. Dalam hati aku menitip doa, moga2 dijauhi dari rasa sakit kepala......hehehh. Kami naik MRT dari Si Lom station ke Hua Lamphong Railway station 3. Tambang aku tak ingat berapa. Sampai Hua Lamphong station: Exit 1-Jalan kaki dalam 30 meter sampai hujung blok, jumpa la office 12Go. Asia ni. Sunyi je....KH dan KD p urus pasal tiket di tingkat 1, jadi kami duduk je kat lobi. 

Stesen Si Lom yang menjadi penyelamat. 
Stesen Hua Lamphong
Selesai semua dah dapat tiket masing2, kami pun pegi Chatuchak Weekend Market. Oleh sebab kami ni terlalu ramai, makanya kena naik teksi asing2. Market ni besaq giler dan banyak gate. Pakcik teksi ni turunkan kami di gate 3, jadi KH kata kita jumpa di Menara Jam. Nasib menara ni tinggi, jadi di mana pun kita berada, kiter ble nampak. Menonong la kami ke sana. Kebetulan pula depan menara ni ada satu gerai muslim. Nama dier Saman Islam. Jadi kami pun terus ke sana, sementara menanti geng lagi 3 orang p toilet. Ramai sangat orang sampaikan meja penuh, ye la...dah tengahari, ramai la kan. Oleh kerana lapar, kami setuju je duduk kat tepi gerai. Ni tempat pekerja dier berehat2 ni. Makan kat Saman Islam ni puas hati juga, ketulan ayam besar, kuantiti nasi banyak dan tak kedekut. Harganya macam biasa standard harga makanan di Malaysia. Tak banyak gambar, tak sempat ambil sebab keburu nak makan....🙈. Gelojoh!!

Asalkan bersih tempat dier ok la kan...
Lepas makan kami nak cari surau. Oleh sebab market ni luas, tak terjumpa dek kami surau ni. Cari guna goggle map pun tersesat2 cari. Akhirnya jumpa juga dalam kesesatan tu....hehheeh. Alhamdulillah....

Kena cari bangunan TMB ni dulu. Kalo dah jumpa ia akan membawa terus kita ke arah surau. Masuk pintu yang ada 3 segi putih tu
kalo kita berdiri depan bangunan TMB tu, di sebelah kiri ada bangunan Food Court ni. 
Surau tu terletak di section 27. Sebelah kiri surau sebelah kanan toilet. Selamat menunaikan solat......
Chatuchak Weekend Market ni dibuka dari hari Selasa hingga ahad. Manakala isnin pula ditutup. Tetapi awas. Selasa hingga Khamis hanya dibuka untuk jualan berasaskan tumbuhan. Manakala hari jumaat dikhaskan untuk pasar malam borong. Sabtu dan ahad pula, semua gerai dan kedai dibuka. Jadi masa paling sesuai untuk datag ke sini tentu la pada hujung minggu. Baru berbaloi dan puas hati. Dibuka dari jam 8.00 pagi- 9.00 malam. Berkeluasan kira-kira 35 ekar, dengan 27 bahagian, menempatkan lebih 10,000 kedai dan gerai dengan menawarkan pelbagai produk dari kraftangan Thailand, produk buatan tangan, pakaian, aksesori, seni dan lukisan, hiasan rumah, hingga la ke barangan dapur. Pendek kata apa yang kita nak, Kemungkinan besar boleh diperolehi di sini. 

Selesai urusan wajib baru kami pegi tawaf market ni. Aku sarankan kalo kau nampak benda yang berkenan di hati p beli terus, tak payah servey harga bagai, nanti kau tak kan jumpa balik benda tu. Percaya la...S cari mangkuk tingkat yang warna warni tu. OTW ke surau dier nampak tapi tak dan singgah beli. Lepas solat memang tak jumpa dah mangkok tingkat. Masa yang dicadangkan ialah 3 jam atau lebih. Pendek kata setengah hari la, kalo tak nak rasa menyesal. Dah puas berpanas, kami pun bergerak menuju ke MBK. Masing2 bawa hasil tuaian di Chactuchak...
Menanti KD....
Abg Pok tanya kat teksi tu, muat tak kalo kami 9 orang masuk sekali. Ayoooooo......sambil tepuk dahi, tapi lepas tu dier suruh je kami masuk......heheh.
Kira-kira 20 minit kami pun sampai ke MBK (Mah Boon Krong) Mall, salah satu mall yang terkenal di Bangkok. Bangunan 8 tingkat yang menempatkan 2,000 kedai yang menjual barangan daripada pakaian, aksesori fesyen, beg tangan, skincare, bagasi, perabot, telefon dan sebagainya. Mula dibuka pada tahun 1986, menjadikan ia sebagai tempat bagi pengunjung tempatan menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga. MBK Mall sangat mudah untuk diakses samada menaiki MRT menuju terus ke stesen BTS Skytrain atau menaiki teksi/ grab.




Di tingkat bawah MBK Mall, terdapat barisan kedai menjual pelbagai fesyen kasut dan beg tangan, 
Sama seperti di Chatuchak Market tadi, banyak produk yang boleh didapati di sini tetapi bezanya di sini agak sejuk dan selesa, tak de la keti kau bepeluh kan....Harga pula masih boleh kawtim. Ehhh....manade mall yang boleh tawar harga, ini je bole. Benda bole kawtim kenapa nak kena bayar lebih..... Jadi pandai2 la kau mengayat si penjual. 

Gambar ihsan: www.Bangkok.com
Gambar ihsan: www.Bangkok.com
Gambar ihsan: www.Bangkok.com
Kami bersama si Maja
Arca di sekitar MBK Mall.....limpahan warna warni, persediaan menyambut Krismas

Aku pun terjebak membeli beg ni sbb aku cuma bawa beg galas 1, takut tak muat barang. 
KH kata kalo nak beli ole2, beli la kat sini sebab destinasi seterusnya mungkin kita tak jumpa dah tempat shopping macam ni. Jadi aku pun rembat ole2 untuk keluarga. Lepas tu kitorang pun balik ke hostel naik MRT dari MBK station ke Ratchathewi BTS Station. Ehhhh.....lepas hantar barang, boleh pula terus ke restoran muslim, jalan2 cari makan pula.......hari terakhir katanya jadi puas2 makan tomyam ya......

Bersambung......

Kos Hangus ari ni: 15 Dec 2018

MRT Si Lom- Hua Lamphong: $21 (RM 2.76)
Teksi Hua Lamphong-Chatuchak Market: $150/3= $50 (RM 6.58)
Blous (3) di Chatuchak Market: $180 x 3= $ 540 (RM 71.05)
Makan di Salam Islam: $200 (RM26.31)
Aiskrim kelapa: $60 (RM 7.86)
Grab Chatuchak- MBK= $405/9= $45 (RM 5.92)
Pakaian (2): $100 (RM 13.16)
Durian Pulut: $80 (RM 10.53)
Ole2 : $99 x 8= $792 (RM 104. 20)
Seluar: $199 (RM 26.18)
MRT MBK- Ratchadewi= $23 (RM 3.03)

JUMLAH: RM 277.60

*Jumlah sudah dibundar ke sen paling hampir

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...