Salam n Hi semua......
Kiter baru je balik dari lawatan koperasi SMKL Berhad ke Sabah pada 12-14 Nov 2018 yang lalu. 6 guru dan 10 orang pelajar. Best juga la sesekali keluar dari Pulau bersama kawan2, lagi2 guna bas JPWPL, tak penat dah bawa kete, dah ader driver. Trip kami bermula dengan melawat Kilang Kopi Tenom. Kat Tenom ni ader 2 kilang kopi yang terkenal iaitu Yit Foh dan Fatt Choi. Kita mula dengan Yit Foh dulu. Kali ni sia guna slang sabahan a....sbb pigi Sabah ba kan 😜
Kilang Kopi Yit Foh
|
Nina tu kilang kupi tapi nda serupa kilang. Lawa ba dalam dia. Dalam dia ada tu kedai jual kupi dan semua la produk jenama Yit Foo. Lepas tu ada ruang untuk dengar taklimat dan minum2 kupi free. Ehhh....nda tau free ka nda tu, tapi kami duduk saja situ terus kana bagi minum kupi sebab kali kami sudah tulis surat awal. Ada 2 tu perisa kupi dia hidang. Satu agak lemak berkrim, satu lagi agak tawar sket....tapi dua2 sadap, tapi yang paling sedap tu yang di cawan merah. Sampai 3 cawan owhhh...sia minum. Sadap telampau. Apa dia kasi masuk tu a....?? hehhehe ...Tapi sia menyesal betul nda beli kupi yang merah tu di sini. Haiyaaaa......sbb sia ingat sama sedja baini sama kilang satu lagi, rupanya nda sama ba pula tu. Sia ingat semua kupi ni sama saja rasa dia. Rupanya tidak. Aduii na....rugi sia owhhh....Nanti sia up tu gambar kupi sadap utk kamu tinguk mana tau ada jual di tampat kamu ble la kamu beli dan rasa. |
Kilang Kopi Yit Foh Sdn. Bhd ni letaknya di Tenom, bilang Pakcik Google, 168km di selatan Kota Kinabalu tampat dia. Jadi kalo mau pigi sini, dari KK la konon kan, ada 3 cara tapi semua pun guna laluan darat, teda laluan laut dan udara, sebab Tenom ni kan sebelah Pedalaman Bawah, jadi teda dia punya airport sebalah2 sini. Ini sia cerita untuk kawan2 dr semenanjung atau Sarawak yang belum tau la kan. Kalo Sabahan, mustahil nda tau ba kan geng....hehehh. Cara pertama tu kalo ada kereta sendiri lagi senang, ko guna waze saja urg bilang. Laluan dia ada 2 juga kalo mo lalu Highway Kiamanis pun ble, lalu dari Beaufort pun ble. Tapi biasanya kalo dari KK org akan ambil laluan Kimanis. Dia akan limpas Tambunan, Keningau baru p Tenom. 3 Jam dari KK kalo laluan Kimanis ni. Sini pun cantik laluan dia, kita akan melepasi Banjaran Crocker, jadi ada satu tempat tu suhu dia sejuk. Sia belum pernah lagi kalo drive sendiri, lalu sini Kimanis. Tapi kalo ikut bas pernah.
Kalo kita dari sebelah2 bawah, (selatan Sabah), macam kami dari Labuan, Ko lalu sini la ba Beaufort, ble jua ko tengok tu Monkey hidung panjang. 😂 Bukan apa sebab dekat guna laluan Beaufort. Kalo lalu Kimanis, biarpun jalan dia cantik, tapi jauh kena bepusing pula tu. Cara ke-2 guna bas. Sia rasa ada tu bas terus dari KK-Tenom. Kalo teda, ambil bas KK-Keningau. Lepastu dr Keningau ambil bas p Tenom pula. 45 minit bilang En. Rafie Keningan-Tenom. Tempat bas ni di Padang Bandaran, KK. Tambang dia nda pasti berapa, nda pernah pula sia naik bas p Tenom, kalo dr KK. Cara ke-3 naik keretapi, KK-Beaufort-Tenom. Yang ini paling murah dia punya kos, tapi perjalanan dia mengambil masa yang panjang. Jadi kalo ko santai2 tengok pemandangan, ble la, tapi kalo cuti ndada, ko ambil cara paling cepat untuk sampai ke Tenom. Ini Keretapi kan, sampai Beaufort dia akan tukar kepada keretapi Thomas and Friend's....Tadi ko pakai aircond kan, sekarang dia pakai original "aircond"...teda tu tingkap. Ble la rasa angin sepoi2 bahasa. Pssttt...jangan ko duduk di tangga ya, bahaya. Ada sudah 2, 3 orang mati sbb kemalangan yang tak terdugakan. Kena kayu la, macam2.... ada tu satu kali kan budak sekolah duduk ditangga. Sekali ada kayu sangkut kali di landasan sekali na terhambat pada dia...terus dia jatuh, meninggal terus tu budak derang bilang. Kesian owhh ....Malang tidak berbau ba kan.
Yit Foh Coffee Factory Sdn Bhd, ditubuhkan oleh Encik Yong Loong Vun sejak tahun 1960. Yit Foh merupakan salah satu pengeluar kopi yang tertua dan paling terkenal di Sabah. Kilang Yit Foh yang terletak di Kampung Chinta Mata, Tenom ni, menghasilkan kopi dengan cara tradisional dengan memanggang biji kopi di atas api untuk mengeluarkan aroma kopi yang sebenar. Sekarang Kilang Kopi Yit Foh diwarisi oleh Encik Alex Yong (anak Encik Yong Loong Vun) dan sebuah kilang baru telah dibina dan mula beroperasi sejak tahun 1993 dan kini beliau berniat untuk memperluaskan pasaran secara global. Uiiina...menyadur sia. Di bawah sia ada letak note, website sia buat rujukan.
|
Me, T. Teo and Kak Ramlah |
|
Mula2 kan sia heran ba.....(na keluar sudah tu Sabahan sia). Apa kena mengena ni kapal dia kasi ampai sana belakang signboard Yit Foh? Hiasan semata2 kaitu aa..?? Rupanya bilang si kawan, itu la 1st logo derang guna untuk Yit Foh....Oooo baru sia tau. Ketara betul ba nda suka tu minum kupi. Hehheheh....Sia beli juga tu kupi serbuk cap daun untuk mama sia kan sbb derang di kampung memang tu fav minum kupi. Sia minum juga, kadang2 kalo di kg, makan nasi tuyung kupi, kan Remy? hehheh....tiba2 timbul nama si Remy sbb dia aritu kasi ungkit tu pasal tuyung kupi di nasi di fb dia. Tapi nda ble owh sia minum kupi banyak sangat. Macam lain tu rasa ulu hati. macam sukar untuk bernafas...Kalo sia kan beli kopi serbuk tu, saya main ambil sedja tu, baa...nda tau mana satu sadapkan, tapi mama sia bilang, jangan beli tu kopi cap kapal, dia nda suka. kasar bilangnya, beli yang cap daun. Jadi sekarang kalo p kedai tau sudah, mesti cari cap daun juga. |
|
Ruang legar Kilang Yit Foh di bahagian luar |
|
Ini jajan nda pasti jenama Yit Foh ka ya? Kurang periksa sia tu ari. |
|
Uiii naaa.......ini Oat Cereal kan sia tinguk2 sudah baitu, tapi lama betul sia menimbang2 mau beli ka tidak, last2 TIDAK bilang hati sia. Nah sekali menyesal. Baru ko tau! Sia ingat di Fatt Choi tu ada rupanya teda. Kurengg betul! |
|
Ini tempat ngopi. Free saja. Dia bagi taklimat sikit sedja lepas tu dia suru kami tingu TV pasal cara penghasilan kopi di kilang derang. |
|
Teda tu kupi merah di sini yang sia bilang sedap tu. Ada dia kasi tunjuk tapi di gambar. |
|
bah baca la sendiri |
|
Mr. Cheah bagi cenderahati pada wakil Yit Foh. Ni Mr. Cheah kami punya PK Kokum, orang Penang, very humble, bagus ni orang. Barisan Pentadbir kami setakat ini semua ok dari Boss sampai PK, Sporting, tapi ya la ko buat kerja, orang pun hormat ko ba kan. Win2 situation urg putih bilang. |
Selain serbuk kopi pelbagai jenis, Yit Foh juga mengeluarkan kopi dalam bentuk botol, seperti Kopi-O (kopi hitam tanpa gula); Kopi-O 2 dalam 1 (kopi hitam dengan gula); Café Latte 3 in 1 (kopi dengan gula & krim); Kafe Latte 2 dalam 1 (kopi dengan krim sahaja); White Coffee and Café Au Lait. Pada harga yang berpatutan, pakej-pakej mudah ini adalah hadiah yang sempurna untuk pengunjung serta cenderahati untuk rakan-rakan dan keluarga mereka. Nah ble la ko beli untuk ole2 pada kawan2 atau keluarga.
|
antara homestay di sini. Ni di depan... |
|
Ni bahagian belakang |
|
Tarikan utama |
|
Nina kopi yang sia bilang sedap tu. Lemak bekrim, tapi agak "berat" sikit dia punya rasa. Sekarang baru sia tau kalo 3 in 1 tu, campuran dia Kopi+ krimer+ gula. Kalo org tengah diet macam nda ngam tu tau...kalo yang 2 in 1 tu campuran dia kopi + krimer saja. |
|
Teh tarik dia ni pun sedap bilang kawan sia. Rupanya derang ni kasi keluar juga produk teh, sia ingat kopi sedja. ini pun bawah label Yit Foh juga. |
|
Kami cgu2 kecuali baju kuning, pelajar kami. Tu kawan sebelah sia mo pindah tahun depan, balik p Selangor dia. 3x apply pindah baru dapat owhh....Kesian. Apapun tahniah Kak Ramlah. Org kuat Kokum ni. Tu sebelah Cgu Ramlah pula Cgu Norah, pun mo pencen tahun depan hujung bulan 1. Cergas ohh... orgnya. kalah sia yang muda ni. Dia pencen awal sbb husband dia sudah pencen ni tahun. Siuk ohhh...Tinggal kami ni berabis berjuang mempertahankan emosi dan jiwa menghadapi cabaran T50, kunu.....😂 |
|
Sia cari mana ni budak2. Siap minum terus hilang. Rupanya derang p sini....sebelah ja sama kilang tu tadi. Sia di bawah payung. Punya banyak payung tetap panas juga. Sampai ada kawan sia tegur tadi, Niena, kenapa tu muka ko? Aihh, kenapa kak? Tekajut sudah sia oh, tarus sia pegang muka, sia ingat bedak sia becapuk2....hehhehe...Nda ba...macam sunburn owh muka ko. Hitam ka kak? nda juga tapi merah ba.... Na mana nda merah, tengok la ni....bepanas. Tapi kalo nda bepanas nda la ko dapat begambar tempat lawa2...hehhehe. Ala seminggu sedja baitu, lepas ni ok sudah. Nanti sia pakai badak sajuk. 😂 |
|
Ini Homestay dia. Nama pun guna nama kopi. Baru la ada aura kopi. Sini homestay dia cantik. tapi nda pula tetanya sudah buka ka belum ni. Cantik owh design dia..macam baru lagi ni. Tapi satu saja, tempat di kawasan tanah rata. Yang satu lagi sana Fatt Choi, kedudukan dia tempat tinggi, jadi lawa la view dr sana, malam2 pun sajuk. apa lagi, masuk bawah selimut la. Nanti sia kasi tunjuk dia punya tempat |
|
Ini sia rasa cafe dia. Tapi macam tengah renovate tu, ada meja2 sudah. Itu la sia ingat tempat ni baru buka kali. Ada buah ni menjalar di bumbung dia. Inda tau buah apa, subur...bikin naik seri tu bangunan. |
|
Ini wajib begambar bilang si kawan...sbb ada nama Tenom sini. |
|
Dapan Signboard Kilang Yit Foh |
|
Nina kami tengah tunggu kana hidang kopi. Macam boss...boss owhhh....hehehheh. Ini saja tu dia punya ruang, sia ingat dia kasi tunjuk tu mana derang proses kopi. Kali di Belakang ni. Itu la sia bilang kilang ni cantik nda serupa kilang. Derang mo jaga tu resepi penghasilan kopi kali jadi, tempatnya tertutup, drg kasi tunjuk ja di TV tu. |
|
Kenapa sia rasa macam bibik ja sini. Aduiii....sia lupa ba kasi jarum tudung kiri kanan. Bida pula kalo kasi biar lepas gitu ja tudung. |
Bah, sudah la..mari kita p Fatt Choi Pula. Berabis sia minum tu kopi dia sampai 3 cawan, kalo nda malu tu, mau lagi sy menambah cawan ke-4 tapi malu sia nanti budak2 ni bilang, rangka juga ni Cgu, balik2 minum kupi.
Kilang Kopi Fatt Choi
Jarak dari kilang kopi Yit Foh p Kilang kopi Fatt Choi ni 3 km saja, kira2 6 minit sampai la. Pakai ja waze nanti dia kasi tunjuk la tu. Ini pun salah satu dari jenama kopi terkenal di Sabah dan antara yang terbaik di Malaysia. Hanya pencinta kopi saja tau tu kan. Kadang2 org sebut Tenom Old Town Coffee, kami2 bilang "Kopi Tenom". Kalo kita tengok sejarah dia, ni kilang sudah wujud sejak 1960-an, sama macam Yit Foh tadi, tapi mula tahun 1986, seorang ahli perniagaan tempatan, nama dia Foong Choon Sang, dia bina kilang dan cafe di bandar. Memang ada ni kedai khas jual produk di bawah label Fatt Choi sebelah Balai bomba, tapi kami nda pigi sana. Harganya sama macam di bandar bilang tu si kawan. Kopi Fatt Choi ni derang masih lagi guna cara tradisional iaitu memanggang kacang kopi di atas api kayu, jadi bila kana panggang tu biji kopi, keluar aroma kacang Robusta. Sama macam Kilang Yit Foh tadi, sini pun derang bagi kita peluang mencicip pelbagai jenis produk kopi. Dari kopi hitam polos, espresso, kopi ais ke Tongkat Ali Tenom Coffee yang terkenal.
Kalo pigi Kilang Kopi Fatt Choi yang lama sebelah Bomba tadi, kita boleh tengok beberapa pengisar kopi antik, keratan akhbar dan gambar menteri terkenal termasuk Tun M yang melawat kedai kopi.
Tingkarumt bawah saja yang digunakan untuk aktiviti perniagaan, di tingkat atas tu tempat tinggal derang, jadi nda ble naik tingkat atas.
|
Ini cafe yang ada di Kilang Kopi Fatt Choi, Tempat ni atas bukit, bukan yang sebelah bomba tadi. Depan dengan cafe ni ada kilang pemprosesan kopi, kami dibawa masuk tapi tidak ble ambil gambar, jadi teda la tu gambar dalam kilang. |
Tu kakak Amoi cakap, derang ada 3 jenis kopi iaitu Arabica, Robistar dan Liabrica. Derang mula proses ni kopi jam 1 pagi setiap hari dan berakhir pada jam 10-11 pagi. Kami tanya kenapa awal gia tu mula kerja. Dia bilang sebab proses memanggang tu panas, jadi kalo buat waktu subuh suhu di luar sajuk jadi seimbang la dengan suhu dalam kilang, kesian tu pekerja dia bilang nanti sakit. Lepas tu dia kasi terang bagaimana proses kopi tu dijalankan. Bermula dengan proses memilih biji kopi secara manual ya bukan pakai mesin. Orang yang tukang pilih ni nda ramai dalam 2-3 orang saja, kerja dia pilih biji kopi saja. Sebab dia sudah biasa buat, jadi bukan alang2 owh dia dapat dalam 1 hari biji kopi yang sudah siap dipilih sampai juga 1 tan owh....sia pun terkejut tu mula2. Kemudian sudah dipilih tu biji kopi baru di kasi bersih. Bila sudah dibersihkan baru mula proses memanggang dan menggoreng buah kopi, goreng tanpa minyak. Kalo masuk sini ada kita nampak tu beberapa tin minyak, tapi sebenarnya dorang tidak guna minyak tu untuk goreng biji kopi, dia guna sikit saja untuk sapu di bekas untuk simpan kopi supaya nanti masa kita panggang tidak melekat tu biji kopi.
Kalo kopi original pula, dorang cuma kasi panggang saja, tapi kalo kopi campuran baru dorang panggang kemudian goreng lagi. Lepas siap, bagu dibawa biji kopi tadi ke tempat menghancurkan buah kopi. Kalo sudah hancur baru dibungkus. Cuma satu sia rasa, sayang owh...derang teda ladang sendiri. Macam sama, dua2 kilang ni teda ladang sendiri, dorang ambil bekalan biji kopi dari pekebun tempatan. Derang ada kebun tapi tak banyak.
|
Add caption |
Kemudian Kakak Amoi bawa kami p tengok kebun kopi. Ngam untuk budak2 ni mengenali macamana bentuk buah kopi. Sebelum sampai kebun kopi tu, kita akan limpas dulu kolam ikan. Sia ingat apa tu bunyi kuat rupanya ni ikan, punya besar. Ikan naga atau ikan pirana Afrika sebab dia datang dari Afrika😁. Jadi kalo kamu lalu sini jangan main tolak2 ya sebab ni ikan pandai makan orang...😂 Selain ikan pirana ada juga labi2, besar. Berat dia kali dalam 50 kg ada ni, Diam2 saja dia dalam air, takut kali budak2 ni bising. hehheh....
|
tanah lapang, ada pokok kopi tapi nda banyak |
|
Buah kopi |
|
Kak Ramlah sama pelajar |
|
Kak Ramlah memborong dia sebelum pindah...hehehh...nda ba. Dia beli ole2 untuk kawan2 dan keluarga dia bilang tu.... |
|
Kami depan cafe Fatt Choi. Kebetulan masa ni ada dia punya bos. Umur sudah 70++ tapi cergas lagi rupanya dia antara Guru Yoga di Malaysia. |
|
View dari puncak. Sini la tempat cabin dia tu. Bilang kawan saya ble buat program juga sini. |
|
Bangku buatan sendiri. simple tapi cantik. |
|
https://fccoffee.com/cabin/room- |
|
https://fccoffee.com/cabin/room-10-13-perfect-10/ |
|
https://fccoffee.com. Cantik katil dia, buatan sendiri ni. Agak selesa juga la. Bilik ni ada aircond, tapi malam2 sejuk. Cuma sia kurang selesa dia punya selimut dan cadar. Nda cuci kali ar....hehheh.... |
|
https://fccoffee.com |
|
Bilik air dia besar gilerr...sangat selesa. |
Lepas kami check in, kami turun lagi p kedai. Sini la kasut sia mula ketawa. Dari kolam ikan tu lagi tadi. Benci sia. Terpaksa sia beli gam, nasib gam tu jenis kuat. Semalaman sia gam, esok ble pakai sudah. Lama tu kasut nda sia pakai. Simpan ja...nah sekali dipakai, ketawa pula dia. Terpaksa sia buang duit beli selipar Jipun, baru saya terkira2 kalo nda lekat ni gam, mo beli kasut atau sandle yang agak formal sikit untuk hari rabu. Nda kan masuk Office MKM pakai selipar Jipun. Aduiii....Nasib ko lekat, kalo nda sia lempar p sungai padas ja ni kasut.
uii nahh panjang sudah sia membebel....esok sia sambung lagi trip ke Ranau pula.
Bersambung.....