Friday, February 13, 2015

Mengembara ke bumi Kampuchea: Sekali harung dengan USD20, jadi laa....(2)

9 Dec 2014
Selasa

Masih lagi hari yang sama. Sementara depa abih mandi sempat aku kerling bilik ni. Tak de tingkap, tapi sebenarnya boleh je request nak minta tukar bilik ader tingkap dan ader balkoni. Tapi nak buat aper, buang masa la. Harga juga rasanyer berbeza, yang ader balkoni tu lagi mahal sket kot. Satu ari je kat sini. Ble la... Bilik agak selesa dengan 2 katil besar & kecik. So aku pilih single bed, depa share. TV ader, aghh...tapi sape nak tengok tv? Baik aku tido Charge energy untuk ari ni dan juga esok, dan juga seterusnyer. Dengar khabar 6 jam naik mini bus. Emm.... Kiter tunggu. Oh! satu tak de. Kettle!! Aku ni dah la hantu nescafe...:(

Kami ke Lobby guesthouse, tinggal kunci dan keluar. Di luar sudah menunggu Tuk2 yang memang sudah sedia menunggu pelanggan di setiap/semua tempat penginapan. Aku lupa nama driver tuk2 ni. Kiter panggil dier si John la. Senang. Si John ni tunjuk pakej yang dier ada. USD 20 untuk 5 tempat yang dah disenaraikan dalam poster yang dier tunjuk. Ader beberapa pakej. Nak tukar2 tempat yang kiter suka pun boleh. Janji tak jauh2 dari satu tempat ke satu tempat. Sebenarnyer kami nak kurang lagi dari $20 tu.. tapi si John ni kata tak boleh.....*Sambil dier buat muka kesian..;D.

Sebelum meneruskan perjalanan yang agak jauh, singgah dulu beli minyak. Perjalanan lebih kurang 30 minit ke killing Fields. Eh kat sini kan, aku keluar kan kamera. Biasa la kiter kan, mesti nak amik gambar di setiap perjalanan. Bila si John tu nampak dier suruh aku masukkan dalam beg. Siap tunggu okeh....Aku ingat peringatan biasa untuk pelancong, kena hati2 di setiap masa. (Setelah sampai di Seim Reap, baru aku tau sebabnya. Nanti aku cite kat entri laen...). Begitu la seterusnya, setiap kali keluar dari tempat yang di lawati, naik tuk2, dier akan pastikan kamera di simpan dulu. Tapi kadang2 aku keluarkan juga. Snap...snap, pastu sembunyi bawah tudung. Wahahahhha....Degil!


Tuk Tuk di Phnom Penh lebih luas dari Tuk Tuk di SR

Stesen minyak

Dalam perjalanan menuju ke Killing Fields, sempat aku membuang pandang ke luar tuk2. (Cewahh....ayat macam nak buat novel...wekekekke..*gelak Cik Ponti). Apa yang aku boleh simpulkan Kemboja agak ketinggalan dari negara jiran mereka Vietnam. Setakat yang aku nampak tak ada bangunan pencakar langit di Phnom Penh. Alahh.....baru lagi, mungkin ada tapi di kawasan lain. Sistem jalan raya juga sedang dalam pembinaan dan tak heranlah habuk berterbangan di sana sini. Sesekali mata masuk habuk, memaksa aku menutup keseluruhan muka dengan selendang. 

Kampuchea yang lebih dikenali sebagai Kamboja, terletak di semenanjung Indochina. Berjiran dengan negara Thailand di sebelah barat, Vietnam di sebelah timur dan Laos yang berada Utara-timur laut Kamboja. Sebahagian besar rakyat Kemboja dari etnik Khmer menganut agama Buddha dan sebahagian kecil beragama islam dari keturunan muslim Champa. Pada tahun 1975, Pol Pot mewar-warkan kepada dunia bahawa Kamboja bakal lahir sebagai sebuah negara baru, yang bangkit membangun dari semua aspek, yang bebas dari cengkaman rejim Lon Nol yang jahat. Namun pengakhirannya, Pol Pot menipu rakyat yang terdiri dari bangsanya sendiri dengan menerapkan pemerintahan komunis yang ekstrem dan radikal. Rakyat Kamboja yang bekerja sebagai Doktor, guru, peniaga, pensyarah dan lain-lain dipaksa untuk meninggalkan semua pekerjaan mereka dan dengan kekerasan mereka dipaksa menjadi petani. Inilah pengawalan dan penyebab kenapa Kamboja agak terkebelakang dari jiran mereka Thailand dan Vietnam.

Pada ketika itu, Kamboja terputus hubungan dengan dunia luar. Sekolah ditutup, wang hilang dari pasaran semasa, undang-undang dihapuskan, rakyat kelaparan, penyakit pula mula merebak. Rakyat dipaksa bekerja dalam sektor pertanian. Mereka yang tidak setuju dengan fahaman mereka dan orang yang dianggap masih mempunyai hubungan dengan pemerentah lama akan ditangkap dan diseksa oleh tentera rejim Khmer.



Choeung Ek Genocidal Center/ Killing Field.

Destinasi pertama kami ialah ke Killing Fields iaitu di sebuah perkampungan Cheoung Ek, di Selatan Phnom Penh. Harus la kan sebab dier paling jauh. Orang kata kalo pergi ke Kampuchea, tak sah kalo tak melawat ke Killing Fields. Sebuah tempat yang menjadi saksi bisu sejarah hitam Kamboja. Salah sebuah tempat di mana hampir 2 juta rakyat Kamboja dibunuh, lalu dikubur di sini oleh rejim Khmer Rouge dibawah pimpinan Pol Pot a.k.a Saloth Sar.  Sebuah nama yang tak akan pernah dilupakan oleh mana-mana rakyat Kamboja. Siapa Saloth Sar? Nanti kiter sembang pasal dier. Pada asalnya, kawasan ini digunakan sebagai tempat perkuburan masyarakat cina Kemboja, namun setelah Pol Pot berkuasa, maka kawasan ini digunakan sebagai tempat penyiksaan dan membunuh rakyat Kemboja yang tak berdosa.


Di pintu masuk Killing Fields. Bayaran masuk USD6 termasuk audio.
Menara yang menempatkan tengkorak mangsa kekejaman pol pot. Ada 7 tingkat kalo tak silap dan setiap tingat menempat kan tulang mangsa. 
Masuk saja di kawasan ini, ada banyak stesen, yang mana setiap satunya mempunyai cerita yang tersendiri dan kita boleh berhenti di sini mendengar sambil menghayati kepedihan yang dirasai rakyat Kamboja. Dalam tempoh 4 tahun pemerintahan pol pot, hampir 2 juta rakyatnya dibunuh tanpa mengira tua, muda, kanak-kanak, remaja, dewasa apatah lagi. Sesiapa saja yang dicurigai mempunyai hubungan dengan pemerintahan sebelumnya pasti dibunuh dengan kejam. Satu kerugian bagi Kamboja dimana para ilmuan, bijak pandai juga turut dibunuh. Alangkah baiknya sekiranya kebijakan mereka ini digunapakai untuk membangunkan Kamboja. Lihatlah apa jadi pada Kemboja hari ni? Kita amik pengajaran dari kisah depa ni.

stesen 2
Mauk di Sini, tidak dibenarkan untuk bercakap dengan suara yang kuat untuk menghormati mereka yang tertewas


Menurut penerangan (dlm audio), setelah 2-4 bulan di soal siasat dipenjara S-21, para tahanan akan di anggap sudah tidak ada kepentingan akan di bawa ke Killing Field pada waktu malam. Beberapa buah lori akan membawa mereka ke sini, mereka ditipu kononnya akan dibawa ke satu tempat dimana mereka akan dibebaskan, wal hal mereka dihanar untuk mengali kubur mereka sendiri.







Di sebalik pagar berduri, teratai nan hijau tumbuh segar




bot...

Pakaian terakhir para tahanan dikumpul di satu tempat


kanak2 juga dibunuh. dibantai saja di pokok ni. nampak tak baju di akar pokok. itu antara pakaian mangsa. 
Bayi dan kanak-kanak sengaja dilempar dan dihempas ke arah pohon besar ni. Sangat kejam dan yang pedihnya penyeksaan ni dilakukan dihadapan ibu bapa dan keluarga kanak-kanak ini sendiri. Kononnya supaya tahanan membuka mulut semasa disiasat dan yang keduanya ia sengaja dilakukan untuk memusnahkan satu generasi agar dewasa nanti kanak-kanak ini tidak membalas dendam kepada pemerintah.


antara tulang mangsa dikumpul di sini dan di laluan pejalan kaki kadang2 masih kelihatan tulang manusia. 

Antara pakaian mangsa.
Si gadis nyata mengalirkan air mata kesedihan
Muzium
Penjara S-21 (Tuol Sleng)

Kami meneruskan perjalanan ke Tuol Sleng. Kawasan ini pada asalnya merupakan sebuah sekolah bernama Ponhea Yat yang kemudiannya diubah kepada Tuol Svay Prey High School pada zaman pemerintahan Lon Nol. Bila saja Penom Penh jatuh ke tangan Pol Pot, maka sekolah ini ditukar fungsinya menjadi penjara bagi tahanan yang dituduh sebagai musuh politik.

Di sini, para ilmuan yang dipenjara tadi akan di soal siasat dan diminta menyebutkan 15 nama orang orang yang berpendidikan yang lain, jika gagal mereka akan diseksa. Kuku dicabut dan kemudian direndam dalam cairan alkohol. Ada yang di rendam kepalanya ke dalam air, wanita pula dirogol. Uhhh......Kejam!! Selepas disiasat 2 hingga 3 bulan, mereka seterusnya akan dihantar ke Killing Field. Yang dilihat masih berkepentingan akan terus ditahan untuk disiasat untuk 6-7 bulan lagi.







Katil Penyeksaan
Bangunan penjara S-21 yang dulunya sebuah sekolah




Muzium Negara

Yang ni tak masuk sebab mahal.....:D Usd5. So amik gambar dari luaq ajer itu pun mokcik guard tu tak bagi masuk, sekalipun diperkarangan. eheleh ko ni mokcik....




Royal Palace

Pun tak masuk, sebab mahal. Gambo luaq je. Usd6. Merupakan kompleks bangunan istana yang berfungsi sebagai kediaman rasmi Raja Kamboja dan keluarga Kerajaan. Pada mulanya pusat pemerintahan kerajaan Khmer dijalankan di Angkor. Kemudiannya dipindahkan pada abad ke-15 kerana kota Angkor diserang dan dihancurkan oleh siam. 

Ada banyak bangunan bersejarah lagi dalam ni tapi tak nampak dari luar. Bersebelahan dengan Royal Palace ni terletaknya Silver Pagoda. Tak heran la kalo kiter nampak ramai sami kat luar ni.








Ahernyer kami lepak di sini....dekat je berdepanan dengan Royal Palace tadi.

Banyaknyer burung merpati....









Uhhhh...panasnyer. Moh le kiter sejukkan mata di Central Market. :D.....aku perlu beli beg di sini. 


Bersambung......

Rujukan: 

http://www.asal-usul.com/2009/04/khmer-merah-lembar-sejarah-kelam.html
http://www.elitha-eri.net/

Sunday, January 4, 2015

Mengembara ke Bumi Kampuchea: Phnom Penh (1)

9 Dec 2014 
(Selasa)

Tido tak lena malam tadi. Sejuk Gilerr….aku usha juga capsul hotel tu, punye mahal, takyah la. Numpang tdo kat surau tingkat 1. Bila Kak Senth sampai jam 11pm, Kami pindah ke Tingkat 3. Keadaannya lebih santai dan kurang sejuk. Ingat nak sambung tdo2 ayam kat surau Tingkat 3, tapi bau kasut la pula. Tengok ader 3 org je kat situ yang sedang tido. Aha….kasut sape tu?? Sudahnyer lepak kat luar sementara tunggu subuh. Masuk waktu, balik semula k surau, tukar apa2 yg patut, solat n berkemas. Ya..ya...ya… I ngaku tak mandi…:D...:D...:p


teka mana cikgu sejarah?
Trip kali ni macam biasa hanya kami bertiga. Di anggotai oleh seorang guru sejarah. Dua lagi, tukang mengekor pencinta alam :D. Aku sebenarnyer tak ada teruja sangat nak ke Kemboja. Cuma Angkor Wat dan Tonle Sap yang sering di sebut2 dalam sesi PDP, sedikit menarik minat untuk berkunjung ke sini. Nak tengok macamana rupa Tonle Sap yang katanya tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara! Yang mengembang menjadi 6 kali ganda lebih luas apabila tiba musim hujan...WOWWW....itu sesuatu yang mengujakan!

Perbezaan masa antara Malaysia dan Kemboja ialah 1 jam. Malaysia jam 5, depa baru jam 4. Sama seperti di Indonesia. Jadi kita gembira dapat jimat masa.....:D. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dan kami memang sengaja membeli tiket awal pagi supaya masa yang berbaki boleh digunakan untuk ronda2 Phnom Penh. Ayuh jangan buang masa. 

Melewati kaunter imigrasi (tetiba jadi indonesi, dah kenapa?? wekeke...) prosesnya ringkas, mcm biasa, tengok muka, scan jari, cop: selesai. Sebelum keluar dari bangunan airport, kami singgah ke kaunter informasi, bertanyakan berapa kos (biasa) untuk tuk2 dari airport ke bandar PP. Si gadis mengkhabarkan untuk tuk2 tambangnya USD7. Teksi pula tambangnya USD 9. Jarak antara Aport dengan bandar PP ialah 9km dan perjalanan mengambil masa kira2 30-40 minit. Nasib baik tanya tadi tau, kalo tak hidup2 dikenching dek si driver tuk2. Tuk2 berdaftar tu bukan tuk2 sapu. Sebelum naik kita tanya berapa tambang, dia kata USD9. ek eleh...Kak Sent kata kalo USD9 baik kami naik teksi. Dah terkantoi baru la si mamat tuk2 tadi cakap "ok la USD7". Ketika kami sampai jalan memang jam, orang nak p kerja kot sbb baru jam 9 lebih. Hon kedengara di sana sini. Sama macam kat HCM, Indo juga. kami tak de nak beli sim kad, tukar duit Riels juga tidak. Badang betul rasanyer... :D kalo tak, ble juga merasa duit berkepuk2 dalam poket. Sbb kami dah ada Iti, maklumat yang dikumpul rasanya cukup. Lagipun kat guesthouse nanti ader wifi free :D 

Oh ya kalo mampir ke sini pastikan anda membawa spec, juga mask. Oleh kerana aku rasa diri ini jelmaan Badang, maka aku tak bawa semua tu. Natijahnya dalam perjalanan menuju ke guesthouse, terpaksa jadi minah sepet dan tutup muka guna tudung. Nasib baik, tapi padan muka juga! :D baru kau tau betapa kura2 itu lambat berjalan sama seperti tuk2..:D Eh, aku perasan tuk2 tu lari tak selaju kuda. Aku tau la jalan jam.. tp dier mengaum macamana pun tetap lambat. ke sebab kami ni Badang, sebab tu dier jadi kura2...heheheh.

Hampir 35 minit berlalu kami pun sampai ke destinasi...si mamat Tuk2 bertanyakan andai kami ingin menyewa dia untuk 1 hari. Kak Sent kata, tak pe nanti kami cari sendiri. Setelah bersantai di bilik, kak sent sempat mengutarakan alasan kenapa dia menolak pelawaan si mamat tuk2. Sebabnya dia menipu soal harga tuk2 di airpot tadi. Ya betul juga.


Velkommen Guesthouse Phnom Penh 

18 Street 144, Daun Penh, Phnom Penh, Cambodia



http://www.velkommenguesthouse.com
+855 (0) 7775 7701

Harga semalam USD35= RM 68++
Masuk saja di sini kami di sapa dengan baik oleh receptionist. Kebanyakan masyarakat Kemboja boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. Soal grammar toksah sentuh la yang penting masing2 boleh paham. Yang ini aku tabik hormat, biarpun negara mereka jauh lebih mundur dari negara China. Tak lama kemudian kami di sapa oleh Mat Salleh handsome, tinggi, stylo yang mengalu2kan kehadiran kami, yang kemudiannya baru aku tau beliau merupakan pemilik jenama Velkommen Guesthouse (GE). Berhadapan GE ni ni pula terletaknya Velkommen Backpackers, yang pastinya menjanjikan harga yang lebih murah. Terpulang kepada masing2 punya keselesaan...:)
Rajinnyer...tapi bang nampak spiderman la.....
Dapat bilik tak de tingkap. Jadi la untuk sehari kan. kalo berhari2 mau kejang minda terkurung macam tu. Emm.....Ok sebab tadi me tak mandi, so sekarang me nak mandi. OK? Mesti u rasa I busuk macam durian kan??? :D :D :D

Janngan lafazkannya....(KRU)

Jangan persoalkannya
kenapa aku tak mandi, 
sebabnyer sangat leceh
nak kena ambil tuala dan mandian
lagi2 dalam airport
ahh persetahkan bau busuk
letak aje perfume berkati2....
Harum la jadinyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.......

Bersambung..............



Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...