Wednesday, January 1, 2014

Hello Jogja: (4) Ke Candi Prambanan

Part IV
19 Nov 2013

Sambungan Part III

Kami meneruskan perjalanan ke Prambanan. Pak Wor guna jalan potong atau di sini kiter panggil jln kg. Hujan mula turun….renyai2. Harap2 sampai di Prambanan nanti hujan berhenti….Bas pelancong juga guna jalan ni, rasanya nak mengelak macet teruk di jalan utama...;)

Uihhhhh.....hebat adik ni...:D




Urusan pembelian tiket diuruskan oleh Pak Wor. Harga tiket masuk: IDR 117.000. Ramai juga pelancong. Di pintu masuk kami diberikan sehelai kain batik jawa, siap diikatkan lagi dipinggang. Mulanya malu juga, ingatkan pelancong luar je yg kena pakai, rupanya semua. Katanya utk menghormati kawasan tersebut. Pakai aje la. Kami di sapa pemandu pelancong sekiranya berminat, dgn bayaran…ntah aku tak ingat samada Rp 10.000 atau Rp 100.000. aku blur sket bila tgk banyak kosong,  kosong, kosong.....seolah2 aku jadi kaya sekejap. Padahal kayap! Hehheheh……Kami setuju, sebenarnya tak perlu ambil pun ok. Cuma sambil2 nak membantu beliau, ble juga dengar citer pasal prambanan.





hehehheh....nakal Kak Beth....

Menurut bapak (guide), Candi Prambanan ni untuk agama hindu. Kalo tengok dr senibinanya pun kiter dah tau candi prambanan ada unsur hindu. Sebenarnya Candi prambanan sudah tidak di gunakan untuk aktiviti keagamaan atas factor keselamatan. Namun setiap tahun, dlm bulan2 tertentu iaitu antara mei-julai akan ada masyarakat hindu dari serata dunia datang ke sini untuk upacara keagamaan. Tidak ada halangan untuk itu kerana mereka ada memohon kebenaran dr pihak berwajib. Dulu masyarakat hindu ramai yang tinggal di sini. Setelah berlakunya kejadian letusan gunung berapi, berlaku kerosakan teruk pada candi Pramnbanan, maka, sedikit demi sedikit masyarakt hindu meninggalkan kawasan ini dan berpindah ke tempat lain seperti di Bali. Oleh sbb itu sehingga sekarang tak ramai masyarakat hindu yang kiter ble nampak sekitar daerah Jogja. Mungkin ada cuma bilangannya minoriti saja.

Tiga candi utama disebut Trisakti dan dipersembahkan kepada sang hyang trimurti Batara Siwa sang Penghancur,Batara Wisnu sang Pemelihara dan Batara Brahma sang Pencipta.



Menurut sejarah, (aku baca kat internet) Candi Prambanan merupakan sebuah candi Hindu terbesar di Indonesia dan terletak di pulau Jawa iaitu 20 km ke timur Yogyakarta, 40 km barat Surakarta dan 120 km selatan Semarang. Pendek kata ia terletak diantara sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta. Dibina pada abad ke IX oleh raja-raja Dinasti Sanjaya. Ketika ditemui, terdapat tulisan nama Pikatan pada candi Prambanan, maka depa menyimpulkan pendapat bahawa, candi ni dibangunkan oleh Rakai Pikatan dan kemudian diselesaikan oleh Rakai Balitung. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada ukiran berangka 856 M “Prasasti Siwargrarha” yang dilihat sebagai agenda politik untuk meneguhkan kedudukannya sebagai raja yang besar. (Kalo nak tengok ukiran “Prasasti Siwargrarha” bertarikh 856m tu, ble p Muzium Nasional Jakarta). Tidak lama setelah dibangun, candi ini ditinggalkan dan mula mengalami kerosakan akibat perubahan cuaca dan berlakunya beberapa kali letusan gunung berapi. 


Khusyuk mendengar cerita bapak...


Candi Prambanan ditemui semula oleh C.A.Lons (Orang Balanda) ketika beliau mengunjungi Jawa pada tahun 1733 dan melaporkan bahawa beliau menemui reruntuhan candi yang ditumbuhi semak belukar. Oleh itu pada tahun 1885 Ijzerman berinisiatif menyelamatkan candi Prambanan dengan membersihkan bilik-bilik candi dari reruntuhan batu. Pada tahun 1902, kerja2 pembaikpulihan bermula dengan dipimpin oleh Van Erp untuk candi Siwa, candi Wisnu dan candi Brahma. Aktiviti pembaikpulihan candi ini hingga sekarang masih belum selesai, bangunan utama telah diselesaikan pada tahun 1953. Banyak bangunan candi yang dibaikpulih menggunakan batu baru. Ini kerana batu-batu asli banyak yang dicuri atau diguna semula di tempat lain. Sebuah candi hanya akan dibaik pulih sekiranya 75% batu asli masih ada. Oleh sebab tu, kalo kiter tengok banyak candi-candi kecil yang tak dibangunkan semula dan yang kelihatan hanya tapaknya sahaja......



Duduk di atas runtuhan candi akibat letusan gunung berapi


 Kini, Candi Prambanan adalah sebuah warisan dunia yang dilindungi oleh UNESCO bermula tahun 1991. Candi Prambanan adalah candi Hindu terbesar di Asia Tenggara, tinggi bangunan utama adalah 47 m. Kompleks candi ini terdiri dari 8 kuil atau candi utama dan lebih daripada 250 candi kecil.

untuk naik dan masuk ke bangunan candi kena pakai topi keselamatan....(dah macam pekerja petronas dah aku tengok) wakakakka.....

sebenarnyer tak ader la kiter naik sampai puncak bangunan candi tu....tingat bawah ni je. Tengok tu ader pagar berkunci. Dibuka pagar tu hanya semasa upacara keagamaan masyarakat hindu pada bulan antara mei-julai. Ramai masyarakat hindu dr seluruh dunia mai kat sini. Sebelum sampai pagar tu, ada ruangan yang ble kiter masuk untuk ke sebelah tangga sebelah sana pula.


Ader 1 cerita rakyat pasal Prambanan ni. Menurutnya, Candi Prambanan ni ader nama lain iaitu candi Lara Jonggrang atau Roro Jonggrang, diberi nama oleh penduduk setempat berdasarkan kepada arca Durga Mahisasuramardini yang terletak di ruang utama sebelah utara candi Siwa. Pemberian nama Lara Jonggrang yang bermaksud “Gadis yang semampai” ini dikaitkan dengan cerita rakyat tentang asal usul terbinanya candi Prambanan. Lara Jonggrang, merupakan seorang puteri raja Baka. Beliau dilamar oleh Bandung Bandawasa, namun beliau tidak berminat karena pemuda tersebut telah membunuh ayahnya.

Bandung Bandawasa mendesak terus.....maka Lara Jonggrang mencari tipu muslihat. Ia berpura pura menerima lamaran dengan syarat agar Bandung Bandawasa dapat membuat candi/arca seribu dalam satu malam. (macam cerita klasik Puteri Gunung Ledang, minta buatkan Jambatan Emas, Darah nyamuk sekuali....nak minta darah nyamuk buat ape, elok minta buah doyan selambak ble gak makan...wakakkak....) Menjelang tengah malam ternyata candi/arca hampir selesai, Bandung Bandawasa telah berjaya membina 999 buah candi dengan bantuan jin. Maka cemas lah Lara Jonggrang, lalu beliau meminta penduduk kampung agar menyalakan obor sebanyak mungkin, dan beberapa gadis menumbuk padi, sehingga ayam jantan mulai berkokok. Ingatkan dah pagi, maka hilanglah kekuatan Bandung Bandawasa, maka  tak terrealisasi lah pembinaan 1000 candi/arca. Namun ketika Bandung tahu tipu muslihat sang puteri Lara (nama bukan main romantik..:)) , Bandung sangat murka dan Lara Jonggrang dikutuk menjadi arca batu untuk menggenapi candi/arca sesuai permintaannya. Sekian...........:D (dah jd batu tak ble kawen dah.....)

yang bentuk macam botol susu tu, ader yang dah tergolek jatuh ke bawah akibat letusan gunung berapi. ketika kami berkunjung, masih dibiarkan di bawah. Uihhhh...nak angkat sendiri guna kudrat manusia 10 orang pun belum tentu batu tu bergerak. kalo digolek  ye la ble, tp kalo nak angkat letak semula ke tempat asal mmg tak ble, perlu guna kren br ble angkat. 

pak guide tu yg tolong amik gambar. kami minta dier tolong pegang kamera. kalo aku yg pegang, sah2 la muka aku tak ader kat sini....Rugi owhhhhh.....(Pandai pula dier close up eh)

kami posing dengan batik jawa......ader rupa org nak p cuci kain kat sungai tak...? hehehheh



Beransur pulang......di depan tu pintu keluar

Runtuhan akibat letusan gunung berapi. mungkin tak di baiki/dibangunkan semula kerana hanya candi yang mempunyai 75% batu asal sahaja yang hanya dibangunkan/dibaikpulih kembali

abaikan horizontal aku yang senget.....wakakkaka....


kami tak bergambar mmg tak sah......wakakkaka


ehhhhhh....aku lagi....:D



bangunan candi ni dibangun tak pakai simen tau, dah cakap kat entry candi borobudor, depa guna sistem interlock. tengok betul2 rekabentuk batu tu.. dan bayangkan permainan lego


Dulu kawasan ni merupakan sebuah kampung. kemudian setelah Candi Prambanan menjadi salah satu wisata maka penduduk kampung tersebut di pindahkan ke kawasan lain. Tentunya disediakan rumah lain oleh pihak kerajaan. 

Pak, mau kemana naik kuda tu?
Bila kami mula meninggalkan Kompleks Prambanan hujan mula turun. Kmi berkongsi payung yang sememangnya tak cukup untuk 2 orang dan berlari terus ke Musolla. bagi pengunjung muslim, jangan risau disetiap wisata ada disediakan musolla, iaitu di luar kawasan wisata. Di luar kawasan prambanan juga ada banyak kedai2 menjual barangan cenderahati, kain batik, telekung, beg dan banyak lagi. 





Mussollah....

Kembali ke Malioboro......
Selesai program untuk hari ni. 3 candi yang kami lawati, borobudor, mendut dan Prambanan dan menikmati salak madu di rumah Farid :)......alhamdulillah hujan hanya renyai2 sesekali berhenti terus, membolehkan kami selesa berjalan di kawasan candi. Terus pulang hujan mula lebat....ngak apa-apa2, sdh di dalam kereta....hehehe

Tinggal dulu ya, jumpa nanti di entry akan datang....naik ke Dataran Tinggi Wonosobo

Credit Info: http://www.kakiteng.com. http://www.jagadkejawen.com/. http://wisataprambanan.wordpress.com/

Tuesday, December 31, 2013

Hello Jogja: (3) Bertemu Farid dan Salak Madu selepas singgah di Candi Mendut.........


Part III
19 Nov 2013

Sambungan Part II....

Kami meneruskan perjalanan ke Candi Mendut. Jarak antara Borobudor-Mendut cuma 3 km je. Kawasannya kecil dan hanya sebuah bangunan candi saja yg kelihatan di sini. Kami tak bercadang untuk masuk ke dalam, cukup mengambil gambar kenangan dari luar pagar. Candi Mendut di temui pada tahun 1836, kemudian dibersihkan. Pada tahun 1897-1904 kerja2 membaikpulih bangunan candi mendut telah dijalankan namun hasilnya kurang memuaskan. Maka setahun kemudian Theodoor Van Erp mengambil inisiatif untuk membaikpulih semula dan hasilnya puncak Mendut dapat disusun kembali. Sehingga kini Candi Mendut masih lagi digunakan untuk merayakan upacara agama Buddha Wesak iaitu pada bulan Mei, ketika malam bulan purnama......ketika itu biasanya ramai pengunjung dari masyarakat beragama Buddha yang datang berziarah, bukan saja dari Indonesia sendiri malah dari negara luar juga hadir ke sini. 




Aduhhhhh....lapar la pula. Jom Makan....:) Pak Wor bawa kami makan di Rumah Makan Bale Kambang. Banyak2 restoran yg kami pegi selama berada di Jogja, tempat ini la yg paling kami suka. sedap, murah (kata kak Enai la....sbb dia yg bertindak menjadi akauntan untuk trip kali ni. urusan pembayaran makan diuruskan oleh beliau. Di hari pertama lagi kami dah set perbelanjaan makan dan serah pd Kak Enai), sambal juga sedap, tempat pun menarik. harga? ntah lupa...sbb aku tak pegang resit. 



tenang aje kan makan atas air...

amboiiii.....lapar sakan nampak.....:D
Dari Rumah Makan Bale Kambang, kami meneruskan perjalanan. Awan kelihatan mendung, ada 1 tempat lagi yg akan kami kunjungi sebelum balik hotel. Moga2 hujan tak turun lagi...............

KH : Pak, dimana ya tempat menjual salak madu?

Pak Wor : Oh…..tak jauh bu, letaknya nanti dalam perjalanan ke Parambanan. Nanti saya bawa ibu ke sana… 


Di kiri kanan kami nampak pokok salak tumbuh subur. Cantik. Kawasan nya di jaga rapi, bersih. Macam ladang kelapa sawit. Daun salak pon mcm sawit. Ahernyer kami sampai di sebuah rumah, dekat je di tepi jalan. Di hadapan rumah kelihatan banyak buah salak siap untuk di jual. Pak Wor menyapa ibu dan seorang anak muda. Dengan penuh teruja kami ambil sebiji buah salak dan terus merasa kemanisannya. Tentunya dengan izin ibu juga.…..(makaseh Bu...) Buah salak di sini bersaiz besar berbeza dgn yg salu aku jumpa kat pasar KK.


Kakak ku sekalian yang teruja melihat Salak Madu...:)



Baju merah itu Pak Wordoyo, baik orangnya. Itu abang Ipar kepada Farid......

Kak Beth: Bu ini salak madu?

Ibu: Bukan. Kalau mahu ada tapi masih di kebun.
Anak muda: barangkali kalo mau, kalian ikut saja dan petik sendiri di kebun

Aku: jauh tak?
Anak muda: ngak, di belakang rumah aja

Ntah kenapa tak jadi. Ahernyer anak muda ambil sebuah raga dan terus berlalu dgn motornya. Tak sampai 10 minit dier dah sampai. “

Hai Farid....;)
Kak T: sekejap nya dia sampai, kalo kakak tau td dekat, kakak ikut dia

Aku: naik apa?

Kak T: membonceng di belakang dia

Aku: hehheheh…..


Lama juga kami di situ, hampir 20 minit . Sambil2 makan buah salak aku tak lupa klik2 depa yang tgh teruja makan salak. :D. Urusan hampir selesai, kami sepakat beli salak 5kg. aku terus naik kereta sementara depa masih makan salak. Tau nape aku naik awal? Sbb kami salu berebut tempat duduk di hadapan, di belakang pemandu. Hehehheh…….





Sambil layan makan salak madu.......

Anak muda: mbak, ngak mau ambil photo untuk kenang2an?

Aku: ya? Oh mau…..:)


Aku serahkan kamera dan terus ambik tempat. Aku tgk cara dia pegang kamera aku dah tau mmg dier ni minat dlm bidang fotografi. Lagi2 bila tgk dier tukar mode Auto ke manual…hehhehehh….(Malu....**) Farid, (kalo kamu baca blog saya), sebenarnya saya bisa kok guna manual, tapi kamera saya sering bertukar tangan, saya juga mau dong ada kenangan sepanjang di jogja. Lalu saya tukarkan ke auto supaya senang rakan2 tinggal klik2 saja…:D Oh ye, lupa. Mana aku tau nama dier Farid? OTW ke Prambanan Pak Wor sempat cite, yang tadi itu (tempat beli salak) merupakan saudara dier. Err… ble dikatakan ibu mertua pak Wor kot. Farid adik beradik seayah, tak seibu dgn wife Pak Wor. Lalu, Pak Wor cite, Farid tu seorang photografer. Kan….dah agak dah..:) 


aku stop sampai di sini dulu ya. Kita jumpa lagi entry Ke Candi Prambanan. Daaaa……(emmmmhhhh….tetiba…:D) 

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...