Sunday, June 16, 2013

Shenzhen_Mac 2013: Melancong di WOW

Salam....
Dah masuk Jun eh? Yang ni citer Mac x abih lagi.....:D 
Cepattttttttt........Citer Mei dah nak masok nihhhh......ok sambung.....

ari ke-2 kami dijadualkan akan mengembara di WOW (Window Of The World, Shenzhen). Ini la yang menyebabkan aku balik semula ke sini. kali 1 aku datang, 60% negara je sempat aku jengah. tp posing puas ati. tapiiiiiii.....(ader tp lagi) gambar sume ilang...Hdisk rosak. nangis xbeair mata aku! waaaaaaa.......

Pintu masuk. Cantik tangga dier. Masa ni dah tiba musim peralihan. aku tak nampak matahari. kabus aje....

WOW kat Shenzhen ni adalah sebuah taman replika. Terletak di luar bandar, Shenzhen. Naik subway jer. Senang. Kali pertama dulu datang sini, naik bas sbb guna agent travl. Kat sini kiter bole melihat replika beberapa keajaiban dunia, warisan sejarah dan tempat-tempat yang indah yang terkenal. Dalam masa satu hari je, kiter boleh mengembara diseluruh dunia....aaaa.....ko mampu?? Doraemon je ble. Sume nyer ader di sini  WOW... 

Wajah gembira memulakan pengembaraan......



Arca tu seksi giler.......yg ni sampai bile2 pun tetap kekal di situ.....hanya beberapa elemen je akan berubah mengikut musim....

gigih mendaki tangga.....
Kat sini juga kiter ble tgk lanskap terkenal dari negara-negara yang berbeza. Contohnyer, kiter ble nampak Pagoda Mahamuni dari Mandalay dan Angkor Wat di Kemboja di sini. Splendors seni bina Eropah, seperti Menara Eiffel, Athens Purba, Menara Condong Pisa dan Menara London akan membawa kiter kembali ke zaman budaya Eropah klasik. Kepada pencinta sejarah dunia, mungkin ble duduk sebentar di Roman Colosseum, mesti teringat kembali adegan kejam dan berdarah yang pernah berlaku disini. Menikmati pemandangan yang indah dengan menyusur di sepanjang terusan Venice. Misteri Afrika sentiasa penuh dengan kehidupan dan bersemangat. Di sini, Piramid dan Sphinx secara senyap menunggu untuk lawatan....:)

Jom layan foto sambil bercerita......
Semua Tiket masuk diuruskan oleh Safira n Tony......So, sementara menunggu tiket dibeli kami mengambil kesempatan bergambar di halaman WOW....kat bawah ni free je xyah bayar. 




Kak T, bergambar kenangan di perkarangan WOW....




benda bulat mcm bumi tu ble terbuka bila ada persembahan diadakan....biasanya pada waktu petang/mlm....ada jadualnyer.


Kami memulakan perjalanan dengan berjalan kaki menghala ke kiri.....dari jauh kami nampak bebayang negara Thailand...:)

Eh, masih di lobi wow lagi......nasib baik amik gambar awal, kalo maser balik tu mmg tak ble sbb hujan lebat...:(










dapat tiket.....yeahhhhhh.....



cop pasport dulu......bayo RMB20



ok dah sampai ke Thailand....Jepun, Korea, Indo same area...













ramai betul tentera....




yang ini tandas ok.....perghhhhh.....cantik
Tiba mencuba pakaian tradisonal Jepun dengan bayaran RMB20....


alahai......dah cukup cantik dah tu sekali tgk kaki pakai selipar kayu.....:) (Juga disediakan di sini)








hujan dah mula turun......



eh...sorry, x ready lg eh? hehheh....




























kehujanan......kami duduk kat gerai2. makan xble jd kami order kelapa saje......(kelapa lagi....)....oh ye, muzic tu aku bawa dr Mesia....:)










cantek tempat ni....bile la ble sampai....





























Hujan dah mula lebat.............kami terkandas dekat sejam



Dah teduh sket kami pun meneruskan perjalanan balik......masih banyak negara yg belum sempat dijelajahi sbb hujan.....


































China mencadangkan agar kiter melawat pada musim perayaan mereka. sebabnyer masa tu akan diadakan beberapa pertunjukan. Semasa Festival Cherry, mengembara di taman sakura di Jepun kiter disajikan dengan secawan teh yang menyegarkan. 

Selain itu WOW juga  mengendalikan banyak program sepanjang tempoh bercuti. Pada cuti musim panas, Beer Festival Antarabangsa adalah satu tarikan pelancong yang besar. Mungkin, Festival Muzik Pop adalah kegemaran orang muda. Ini diadakan pada Hari Kebangsaan China. Pada bulan Disember, Santa Claus mengalu-alukan pendekatan Tahun Baru. Berikutan ini Tarian Dunia dan Gala Nyanyian diadakan semasa Festival Musim Bunga. Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti hiburan melengkapkan rancangan perjalanan.

Pengembaraan kami hanya suku negara je sbb hujan turun dengan lebatnya. kami tak ble bergerak ke mana2. nk beli payung mahal. kami mengambil keputusan untuk bergerak balik. Masing2 menyimpan rasa tak puas hati....aku sendiri, menyimpan azam akan ke sini lagi. Kawan2 yg lain xtau......

ok tamat untuk pengembaraan di WOW.....jumpa lagi pada entry akan datang....kiter akan menyusur ke  kedai barangan elektrik pula. bye.....:)



Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...