Sunday, June 16, 2013

Shenzhen_Mac 2013: Melancong di WOW

Salam....
Dah masuk Jun eh? Yang ni citer Mac x abih lagi.....:D 
Cepattttttttt........Citer Mei dah nak masok nihhhh......ok sambung.....

ari ke-2 kami dijadualkan akan mengembara di WOW (Window Of The World, Shenzhen). Ini la yang menyebabkan aku balik semula ke sini. kali 1 aku datang, 60% negara je sempat aku jengah. tp posing puas ati. tapiiiiiii.....(ader tp lagi) gambar sume ilang...Hdisk rosak. nangis xbeair mata aku! waaaaaaa.......

Pintu masuk. Cantik tangga dier. Masa ni dah tiba musim peralihan. aku tak nampak matahari. kabus aje....

WOW kat Shenzhen ni adalah sebuah taman replika. Terletak di luar bandar, Shenzhen. Naik subway jer. Senang. Kali pertama dulu datang sini, naik bas sbb guna agent travl. Kat sini kiter bole melihat replika beberapa keajaiban dunia, warisan sejarah dan tempat-tempat yang indah yang terkenal. Dalam masa satu hari je, kiter boleh mengembara diseluruh dunia....aaaa.....ko mampu?? Doraemon je ble. Sume nyer ader di sini  WOW... 

Wajah gembira memulakan pengembaraan......



Arca tu seksi giler.......yg ni sampai bile2 pun tetap kekal di situ.....hanya beberapa elemen je akan berubah mengikut musim....

gigih mendaki tangga.....
Kat sini juga kiter ble tgk lanskap terkenal dari negara-negara yang berbeza. Contohnyer, kiter ble nampak Pagoda Mahamuni dari Mandalay dan Angkor Wat di Kemboja di sini. Splendors seni bina Eropah, seperti Menara Eiffel, Athens Purba, Menara Condong Pisa dan Menara London akan membawa kiter kembali ke zaman budaya Eropah klasik. Kepada pencinta sejarah dunia, mungkin ble duduk sebentar di Roman Colosseum, mesti teringat kembali adegan kejam dan berdarah yang pernah berlaku disini. Menikmati pemandangan yang indah dengan menyusur di sepanjang terusan Venice. Misteri Afrika sentiasa penuh dengan kehidupan dan bersemangat. Di sini, Piramid dan Sphinx secara senyap menunggu untuk lawatan....:)

Jom layan foto sambil bercerita......
Semua Tiket masuk diuruskan oleh Safira n Tony......So, sementara menunggu tiket dibeli kami mengambil kesempatan bergambar di halaman WOW....kat bawah ni free je xyah bayar. 




Kak T, bergambar kenangan di perkarangan WOW....




benda bulat mcm bumi tu ble terbuka bila ada persembahan diadakan....biasanya pada waktu petang/mlm....ada jadualnyer.


Kami memulakan perjalanan dengan berjalan kaki menghala ke kiri.....dari jauh kami nampak bebayang negara Thailand...:)

Eh, masih di lobi wow lagi......nasib baik amik gambar awal, kalo maser balik tu mmg tak ble sbb hujan lebat...:(










dapat tiket.....yeahhhhhh.....



cop pasport dulu......bayo RMB20



ok dah sampai ke Thailand....Jepun, Korea, Indo same area...













ramai betul tentera....




yang ini tandas ok.....perghhhhh.....cantik
Tiba mencuba pakaian tradisonal Jepun dengan bayaran RMB20....


alahai......dah cukup cantik dah tu sekali tgk kaki pakai selipar kayu.....:) (Juga disediakan di sini)








hujan dah mula turun......



eh...sorry, x ready lg eh? hehheh....




























kehujanan......kami duduk kat gerai2. makan xble jd kami order kelapa saje......(kelapa lagi....)....oh ye, muzic tu aku bawa dr Mesia....:)










cantek tempat ni....bile la ble sampai....





























Hujan dah mula lebat.............kami terkandas dekat sejam



Dah teduh sket kami pun meneruskan perjalanan balik......masih banyak negara yg belum sempat dijelajahi sbb hujan.....


































China mencadangkan agar kiter melawat pada musim perayaan mereka. sebabnyer masa tu akan diadakan beberapa pertunjukan. Semasa Festival Cherry, mengembara di taman sakura di Jepun kiter disajikan dengan secawan teh yang menyegarkan. 

Selain itu WOW juga  mengendalikan banyak program sepanjang tempoh bercuti. Pada cuti musim panas, Beer Festival Antarabangsa adalah satu tarikan pelancong yang besar. Mungkin, Festival Muzik Pop adalah kegemaran orang muda. Ini diadakan pada Hari Kebangsaan China. Pada bulan Disember, Santa Claus mengalu-alukan pendekatan Tahun Baru. Berikutan ini Tarian Dunia dan Gala Nyanyian diadakan semasa Festival Musim Bunga. Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti hiburan melengkapkan rancangan perjalanan.

Pengembaraan kami hanya suku negara je sbb hujan turun dengan lebatnya. kami tak ble bergerak ke mana2. nk beli payung mahal. kami mengambil keputusan untuk bergerak balik. Masing2 menyimpan rasa tak puas hati....aku sendiri, menyimpan azam akan ke sini lagi. Kawan2 yg lain xtau......

ok tamat untuk pengembaraan di WOW.....jumpa lagi pada entry akan datang....kiter akan menyusur ke  kedai barangan elektrik pula. bye.....:)



Wednesday, May 22, 2013

Shenzhen_Mac 2013: Jalan-Jalan di Dongmen Street

sambungan....

Masih lagi hari 1 di Shenzhen.....setelah berehat2 sebentar, menunaikan perkara wajib. kami pun turun ke lobby hotel. Tony ajak kami makan malam...tak jauh, seberang jalan je dr Garden Inn Hotel tempat kami menginap. Jalan2 santai malam ni sebenarnyer ada 2 agenda. 1, nak mencari tempat makan halal, untuk makan malam, lapooo beb....ke-2, Tony nak kami suai kenal jalan2 dr hotel ke Dongmen Street, supaya nanti ble pg sendiri bila2 masa kalo nak.

amik gambo dulu sebelum memulakan perjalanan....berlatar belakangkan Dongmen Street

Dongmen yang akan kami susuri nanti adalah sebuah  kawasan membeli-belah utama/ popular di daerah Luohu Shenzhen. Ala2 Petaling Street la kiranyer......kalo kat Sabah macam kat Sinsuran n Segama gitu....tapi Sabah kawasannyer tak luas. Menurut sejarahnyer, Dongmen merupakan salah satu tempat yang tertua di Shenzhen. Diitubuhkan kira-kira 300 tahun yang lalu.

Kalo nak mai sini, kiter boleh sampai ke Dongmen Street ni dengan menggunakan metro/ subway. (Bas pun ble kot, tp xpenah lg naik bas) Turun kat Laojie Stesen dan ikut Exit A. Terletak di utara Shenzhen Dong Road. Tidak ada makna lain untuk "Dongmen", ia hanyalah sekadar  "Jalan Dongmen". Merangkumi seluruh siri yang menghubungkan jalan-jalan komersial. Dulunyer jalan ni jalan raya, kete ble lalu, tp sejak 99' Jalan-jalan ini telah ditutup kepada lalu lintas kete.

sahabat aku bergaya spontan di laluan utama Dongmen Street...
Kepelbagaian membeli-belah di Dongmen lebih luas daripada Luohu Commercial City, tapi fokus nyer sama je iaitu pada barangan buatan China dan tiruan. Perkhidmatan salon kecantikan yang sangat popular di Dongmen dan gedung Maoye pun ader. Lokasinyer terletak di kedua-dua hujung jalan ajer. Walaupun lalu lintas untuk pejalan kaki sangat terhad, Dongmen boleh menjadi sangat sesak pada waktu malam, hujung minggu dan cuti, ia memberi rasa seolah2 kiter berada di Nanjing Road, Shanghai. Lambakan jenama tempatan yang dijual di shopping cmpx besar hingga lah ke kedai2 kecil, semuanya ada di sini. Banyak barangan "copyright" dari yg gred A hingga ke gred c ada di Dongmen....Sila la memilih mana yang berkenan di hati..:)

Baru nengok2, belum beli lagi....

kami bersama penolong ketua darjah....:) Safira Rashid



Jalan punyer jalan......Ahernyer...kami bertemu restoran muslim.

Tuan Punyer restoran pakai baju putih, macam Ustaz Azhar Idrus. Kelihatan sahabat aku Cikgu Azizie n rakannyer terkagum melihat roti bakar ori From China...hehheh..itu belum lagi pekerjanyer menebar mie....;) makan sampai tak bersuara beb....:)


sebelah ustaz tu ader meja utk menebar mie....hehheh...aku xsempat amik gambo....
selesai sesi makan2, hari dah gelap malam. kami pun mula menyusuri Dongmen Street....
Itu juga gerai makanan halal. dier jual satey cucuk. Sambil membakar satey dier menari mengikut irama muzik. Aku tak makan sbb maser tu cukup was-was...(sbb br 1st time datang sana). dah balik sini ramai mengatakan ianya sedap....baca blog naramas pun dier makan. sebenarnyer ia cuma sotong panggang. nanti nak cuba la....

sambil berjalan santai ternampak restoran ni, "MODERN TOILET"....hehheh.....kalo nak tgk perkara pelik, aneh, ajaib.....semuanya ada di sini......:) sape nak makan? khas di sini aje....:D
Bangunan ni unik, aku suka. unik pada aku sbb lampu tu, dia akan bergerak macam muzik....

Mercu tanda Dongmen.........hehehhe.....(main2 je la) tp kat sini mmg banyak mercu tanda. Tiang  (kat gambar atas), ader arca.....banyak la. aku xpaham tulisan cina kalo tak ble translate.
1 yang aku terkagum sangat ngan masyarakat china ialah budaya bangsa mereka masih kukuh terpahat diminda, dihati, seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Contohnyer bangunan KFC ini masih lagi mengekalkan identiti masyarakat China walaupun dikiri kanan dikerumuni oleh bangunan tinggi bereka bentuk moden. Namun ia tetap berdiri megah. Salute!

Arca timbul mengambarkan tentang sejarah masyarakat China di zaman dinasti.....dinasti aper? jangan tanya.... aku pun xtau....hhehehh...ader dier punya penerangan tp dlm tulisan cina. aku tak paham..








Bergambar kenangan dengan kete polis peronda. Polis tu pun sporting, bagi kami amik gambo kat  kete dier....

aku heran ngan kwn aku sorang tu, suka sgt amik gamba sendiri2...tgk,.....dier tgh amik gambo dier sendiri la tuh...:D

Malam itu, sebelum pulang ke Hotel penginapan, kami bertemu penjual mug. Seorang muslim. Ada 2 troli, rasanyer troli 1 lagi ada hubungkait saudara dgn wanita ini. Sahabat aku kak enai membeli. Dier mmg suka mengumpul mug untuk disimpan di rumahnya. 

Wanita bertudung unggu adalah penjual Mug. Aku sekadar melihat2....Mug itu setelah tiba di bilik digunakan untuk minum2 oleh kak enai...

Kak Enai dengan mug nyer...


belakon ni......hheheh
okehhh.....jumpa lg pd entry akan datang.............bye...

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...