16 Dec 2017
Hari 3
Pasar Buah Berastagi
Alang2 ke Berastagi jangan lupa singgah ke Pasar Buah. Kat sini la tempatnyer untuk kiter cari ole2 khas Berastagi untuk dibawa balik ke Malaysia. Pasar atau dalam bahasa Medan disebut pajak ini terletak di seberang Tugu kota Berastagi (jika dari arah Medan, pasar terletak di sebelah kanan tugu Berastagi). Macam2 dijual kat sini dari pakaian hingga la kepada buah-buahan. Tapi kat sini kiter lagi tertumpu kepada buah-buahan. Ader pisang kaki, (ehhh...aku baru penah nampak buah pisang kaki kat sini), Jauhnyer la sampai ke Medan baru jumpa Pisang Kaki...., bunga-bungaan, keropok, jus dan macam2 lagi. Nama je pasar buah tapi 2 dalam 1. Itu la keunikan Pasar Buah Berastagi.
|
Kak D memilih Pisang kaki |
|
si Comel.... |
Berastagi yang bermaksud "kedai beras", adalah sebuah kota dan daerah Kabupaten Karo yang terletak di persimpangan jalan utama yang menghubungkan dataran tinggi Karo Sumatera Utara ke kota pesisir Medan. Pekan Berastagi terletak sekitar 66 kilometer (41 batu) selatan Medan dan kira-kira 1,300 meter (4300 kaki) di atas paras laut. Kawasan ini menjadi penting apabila peneroka Belanda di Sumatera membuka sekolah asrama pada tahun 1920-an.
|
Hijau... |
|
Kak D beli benih bunga......aku tukang amik gambar bunga...heheh |
|
Ble naik kuda juga kat sini... |
Berastagi yang terletak di kawasan Gunung Barisan mempunyai suhu tahunan sekitar 18 ° C (64 ° F). Pada siang hari suhu naik lebih dari 25 °
C (77 ° F) tetapi pada waktu malam hingga awal pagi ia boleh turun
hingga serendah 12 hingga 16 ° C (53 hingga 61 °), ia juga boleh
mencapai 9 ° C ( 48 ° F) semasa musim hujan. Cuaca boleh menjadi cerah pada waktu siang tetapi mungkin menjadi berkabut dan
kadang-kadang dengan hujan lebat pada waktu senja hingga malam. Oleh kerana kawasan ini terletak di kawasan tanah tinggi maka sumber ekonominya tertumpu kepada sektor pelancongan dan pertanian iaitu buah-buahan dan sayuran suhu sederhana. Tanah subur dari letusan gunung berapi ribuan tahun lampau menghasilkan tanaman yang subur buat penduduk di sini.
|
Ahli pengakap muda....hehe |
|
Buah-buahan tempatan mewarnai pasar buah Berastagi |
|
Buah salak, aku cinta banget ni buah salak |
|
Selain bijak mengatur ayat, seorang peniaga kena pandai memainkan ekspresi wajah, |
Kebuh Strawberry
Ok yang ini kitorang singgah tumpang begambar je. Hehehh... Kesian kan. Macam tak mampu je kekdahnyer. Tempat ni cantik, hijau, katanya kalo nak makan, kau petik sendiri....tapi jangan lupa bayar... aku tak minat sangat makan strawberry ni tapi kalo limau manis, ok jangan ditolak, itu mmg aku cinta banget, tapi malangnya perjalanan balik ni langsung tak jumpa kebun limau. Bukan rezeki namanya....
Ok itu je 3 gambar.....aku ketandusan idea nak menggoreng citer ape dah ni. Tolonggg.....
Bersambung....