Part III
19 Nov 2013
Kami meneruskan perjalanan ke Candi Mendut. Jarak antara Borobudor-Mendut cuma 3 km je. Kawasannya kecil dan hanya sebuah bangunan candi saja yg kelihatan di sini. Kami tak bercadang untuk masuk ke dalam, cukup mengambil gambar kenangan dari luar pagar. Candi Mendut di temui pada tahun 1836, kemudian dibersihkan. Pada tahun 1897-1904 kerja2 membaikpulih bangunan candi mendut telah dijalankan namun hasilnya kurang memuaskan. Maka setahun kemudian Theodoor Van Erp mengambil inisiatif untuk membaikpulih semula dan hasilnya puncak Mendut dapat disusun kembali. Sehingga kini Candi Mendut masih lagi digunakan untuk merayakan upacara agama Buddha Wesak iaitu pada bulan Mei, ketika malam bulan purnama......ketika itu biasanya ramai pengunjung dari masyarakat beragama Buddha yang datang berziarah, bukan saja dari Indonesia sendiri malah dari negara luar juga hadir ke sini.
Aduhhhhh....lapar la pula. Jom Makan....:) Pak Wor bawa kami makan di Rumah Makan Bale Kambang. Banyak2 restoran yg kami pegi selama berada di Jogja, tempat ini la yg paling kami suka. sedap, murah (kata kak Enai la....sbb dia yg bertindak menjadi akauntan untuk trip kali ni. urusan pembayaran makan diuruskan oleh beliau. Di hari pertama lagi kami dah set perbelanjaan makan dan serah pd Kak Enai), sambal juga sedap, tempat pun menarik. harga? ntah lupa...sbb aku tak pegang resit.
tenang aje kan makan atas air... |
amboiiii.....lapar sakan nampak.....:D |
Dari Rumah Makan Bale Kambang, kami meneruskan perjalanan. Awan kelihatan mendung, ada 1 tempat lagi yg akan kami kunjungi sebelum balik hotel. Moga2 hujan tak turun lagi...............
KH : Pak, dimana ya tempat menjual salak madu?
Pak Wor : Oh…..tak jauh bu, letaknya nanti dalam perjalanan ke Parambanan. Nanti saya bawa ibu ke sana…
Di kiri kanan kami nampak pokok salak tumbuh subur. Cantik. Kawasan nya di jaga rapi, bersih. Macam ladang kelapa sawit. Daun salak pon mcm sawit. Ahernyer kami sampai di sebuah rumah, dekat je di tepi jalan. Di hadapan rumah kelihatan banyak buah salak siap untuk di jual. Pak Wor menyapa ibu dan seorang anak muda. Dengan penuh teruja kami ambil sebiji buah salak dan terus merasa kemanisannya. Tentunya dengan izin ibu juga.…..(makaseh Bu...) Buah salak di sini bersaiz besar berbeza dgn yg salu aku jumpa kat pasar KK.
Kakak ku sekalian yang teruja melihat Salak Madu...:) |
Baju merah itu Pak Wordoyo, baik orangnya. Itu abang Ipar kepada Farid...... |
Kak Beth: Bu ini salak madu?
Ibu: Bukan. Kalau mahu ada tapi masih di kebun.
Anak muda: barangkali kalo mau, kalian ikut saja dan petik sendiri di kebun
Aku: jauh tak?
Aku: jauh tak?
Anak muda: ngak, di belakang rumah aja
Ntah kenapa tak jadi. Ahernyer anak muda ambil sebuah raga dan terus berlalu dgn motornya. Tak sampai 10 minit dier dah sampai. “
Ntah kenapa tak jadi. Ahernyer anak muda ambil sebuah raga dan terus berlalu dgn motornya. Tak sampai 10 minit dier dah sampai. “
Hai Farid....;) |
Kak T: sekejap nya dia sampai, kalo kakak tau td dekat, kakak ikut dia
Aku: naik apa?
Kak T: membonceng di belakang dia
Aku: hehheheh…..
Lama juga kami di situ, hampir 20 minit . Sambil2 makan buah salak aku tak lupa klik2 depa yang tgh teruja makan salak. :D. Urusan hampir selesai, kami sepakat beli salak 5kg. aku terus naik kereta sementara depa masih makan salak. Tau nape aku naik awal? Sbb kami salu berebut tempat duduk di hadapan, di belakang pemandu. Hehehheh…….

Sambil layan makan salak madu.......
Anak muda: mbak, ngak mau ambil photo untuk kenang2an?
Aku: ya? Oh mau…..:)
Aku serahkan kamera dan terus ambik tempat. Aku tgk cara dia pegang kamera aku dah tau mmg dier ni minat dlm bidang fotografi. Lagi2 bila tgk dier tukar mode Auto ke manual…hehhehehh….(Malu....**) Farid, (kalo kamu baca blog saya), sebenarnya saya bisa kok guna manual, tapi kamera saya sering bertukar tangan, saya juga mau dong ada kenangan sepanjang di jogja. Lalu saya tukarkan ke auto supaya senang rakan2 tinggal klik2 saja…:D Oh ye, lupa. Mana aku tau nama dier Farid? OTW ke Prambanan Pak Wor sempat cite, yang tadi itu (tempat beli salak) merupakan saudara dier. Err… ble dikatakan ibu mertua pak Wor kot. Farid adik beradik seayah, tak seibu dgn wife Pak Wor. Lalu, Pak Wor cite, Farid tu seorang photografer. Kan….dah agak dah..:)

aku stop sampai di sini dulu ya. Kita jumpa lagi entry Ke Candi Prambanan. Daaaa……(emmmmhhhh….tetiba…:D)