Sunday, December 20, 2015

Hanoi (9): Meredah Laluan berbatu di Kampung Ta Van


 5 Jun 2015
Bersambung dari part 8

Bas mini tadi tu turun kan kami di tepi kaki lima. Aku keliru, mana pula hotelnyer ni?? Tak nampak pon rupa hotel. Ader banyak. Tapi yang mana 1. Kami tanyakan kat mana hotel harus di tuju. Mamat tu balas dlm bahasa Vietnam sambil tanganyer menunjuk ke satu arah, suh naik bukit, nuhh ataih tu hang punya hotel....lebih kurang itu la maksud kata2nyer. Amboiiii....bukan main bijak aku translate...wekekekke!


Tiket ni dipegang oleh Kak T, rupanyer nama hotel tu ader je dalam tiket ni. Auberge Hotel namanyer. Maka aku jadi pengekor setia ajer la depa nak p hotel mana. Hotelnyer ader kat atas bukit, naik aje. Oh ya, sebenarnyer sejak di Malaysia lagi kak Hasnah dah booking Cozy Sapa Hotel II, kalo ikut pembacaan di blog orang lain kedudukan hotel ni di atas bukit berdekatan dengan gereja. Maknanya hotel Auberge ni kedudukannya dah di bawah bukit. Oleh sebab dah ambil pakej dari Hanoi, maka kami cancel kan aje cozy hotel tu.

Ni dah belok kanan, sampai gerbang tu belok kiri pula. 
Tiba di hotel tu, kami tak tau kat mana receptionistnyer. Yang kelihatan cuma cafe. Kami pun naik tangga yang ader kat situ, dengan harapan mungkin kaunternyer ader kat tingkat 1. Bila naik atas, tak ader apa yg ada cuma bilik2, turun bawah balik. Last2 tanya kat kaunter cafe, laaaaaa.......rupanyer itu la dier kaunter receptionist. Dia kata checkin nanti jam 2, nanti jam 9 pagi akan bermula junggle trekking, sekarang ni guide tengah tunggu kumpulan lain. Tuan punya hotel, minta kami sarapan dulu, bila dia nak amik order kami kata tak nak apa2 kecuali air panas. Dier tau kitorang dari Malaysia. Isterinya pula tunjukkan kami bilik/stor untuk letak beg. Dalam stor tu ader 1 toilet, share dengan semua orang. Kat sebelah tu pula bilik para pekerja untuk berehat dan ader 1 bilik air.

cafe
Tepat jam 9 pagi kami pun berkumpul di bawah hotel. Laluannya senang saja dari hotel ni. Tiba di bawah (tempat bas turunkan kami tadi), belok kiri, jalan terus ikut jalan raya saja jangan menyimpang ikut tangga ke aper, terus aje. Kalo pergi sendiri pon ok rasanyer tanpa guide, bole sewa motor tapi harus diingat laluannya berbukit bukau ye. Nak jalan kaki sendiri pon ble tanpa guide, nak balik nanti kalo larat jalan kaki la, kalo tak minta je orang kampong tolong hantar ke pekan Sapa. Perjalanan yang bakal ditempuh ini adelah sepanjang 17km dengan hanya berjalan kaki. Jadi kalo rasa nak kurus cepat cuba la.....hehehhe
antara kumpulan mat salleh yang bersama kami
kak T berlatarbelakangkan Mat Salleh
Perjalanan kami diiringi renyai hujan. Kami siap beli baju hujan takut nanti hujan turun semakin lebat, celah mana nak selamatkan kamera kalo tak de baju hujan. Sekurang2nya baju hujan akan menyelamatkan pakaian, beg dan yang penting sekali kamera. Geng Mat Salleh semua pakai kasut hiking. Kami 4 orang yang berjiwa kental (Cewahhhh......kental la sangat!!), pakai selipar jepun dan zymah memakai sandle bata. Heheh.....Sebenarnya sebelum perjalanan ni bermula kak Has dah cari kasut getah untuk disewa tapi tak ada. Jadi bantai aje la selipar jepung! Selain si Minah yang menjadi guide kami, ader beberapa orang wanita Hmong juga yang mengiringi kami, lengkap dengan pakaian tradisional mereka. Di akhir perjalanan baru aku ketahui bahawa mereka ini akan memaksa kita membeli sekurang2nya 1 jualan mereka!

Guide kami. Aku lupa namanyer. Kiter pannggil dier Minah. Senang. Laluan menuju ke Kg Ta Van. Ini baru permulaan
amboi lajunyer depa, maklumlah kaki panjang.
Di Pekan Sapa, khususnya kita dapat lihat ramai masyarakat Hmong yang memakai pakaian tradisional mereka. Ini mungkin salah satu dari strategi untuk menarik perhatian pelancong membeli jualan mereka. Walaupun begitu, mereka sebenarnya merupakan kaum minoriti di sini. Mereka hidup bersama suku yang lain seperti Red Dao, Tay, Xa Pho dan Giay dalam keadaan harmoni. Menurut sejarahnya, suku Black Hmong berasal dari China dan kemudian berhijrah ke beberapa buah tempat seperti di Sapa Hanoi, kira2 300 tahun dahulu. Wanita Black Hmong terkenal dengan kemahiran mereka membuat kain dari rami. Apa yang menariknya di sini ialah wanita Hmong sangat dihormati dalam komuniti mereka dan dianggap sama standard dengan lelaki Hmong. 

pemandangan cantik dari atas bukit

kami berselfie





Nasib baik, renyai hujan sudah berhenti, namun suhu tak terlalu panas. Alhamdulillah...kalo tak cepat haus dibuatnya. Laluan semakin menuruni bukit. Dari atas kelihatan beberapa kumpulan pelancong sayup2 kelihatan nun jauh di bawah sana. Si Minah kata, kami juga akan sampai ke laluan itu nanti. Aduhhhh....jauh lagi rupanya perjalanan ini. Beberapa kumpulan Mat Salleh yang bersama kami akan bermalam di rumah masyarakat Hamong. Ini bermakna mereka tidak akan balik bersama kmi petang nanti. Aku jangkakan antara aktiviti yang mereka akan lakukan ialah belajar untuk menanam padi. Kat kampong aku pun ader sawah padi, kalo nak belajaq mai la p kg aku pula....:D





anak Hmong yang berani mati

kami bersama wanita Hamong yang gigih mencari rezeki
di awal perjalanan
laluan yang bakal kami redah nanti











port untuk berehat
Sesekali si Minah akan bawa kami berehat. Perjalanan tak terasa penatnya sebab kami dihidangkan dengan pemandangan sawah padi yang cantik bertingkat2. Disepanjang perjalanan juga kadang2 terserempak dengan lelaki Hamong. Rupa2 nya para lelaki Hamong akan keluar mencari rezeki, manakala para wanita akan keluar menjual barang seperti kraftangan kepada para pelancong. Ini dapat dilihat, di tapak2 sawah padi ramai para lelaki sedang mengerjakan sawah padi mereka, membuat batas, menanam dan sebagainya. Kadang2 ada juga terserempang dengan anak2 masyarakat Hamong. Semuanya pandai berdikari, si kakak/ si abang yang lebih besar akan menjaga si adik sambil sempat menjual barangan kraftangan. Biasanya mereka menyapa para pelancong dalam Bahasa Inggeris yang mudah, rupanya ayat itu sudah dihafal. Bila ditanyakan dengan lebih lanjut, mereka dah tak boleh membalas.











anak2 masyarakat Hamong

si anak yang diberikan gula2 oleh pelancong Mat salleh, ditangannya sedang memegang barangan jualan kraftangan
Dipertengahan jalan si Minah meminta kami meneruskan perjalanan bersama remaja Hamong tadi, yang mana kami akan melalui jalan mudah. Manakala si Minah dan kumpulan Mat salleh tadi akan lalu di petak2 sawah (jalan sukar), sesuai sbb depa pakai kasut hiking. Yang kami ni pakai selipar jepung, masuk selut dah menjerit tetiba ader mat Lintah masuk kaki....:D


uncle yang datang dr Sydney









depa gembira bakal menamatkan perjalanan ni, yang akan berakhir di jambatan di belakang sana



Tamat di Sini. Pondok di belakang sana para pelancong akan di jamu makan tengahari. Kiter Melayu tok sah makan, kami cuma minta diberi buah-buahan. 



Berjaya juga kami akhirnya menamatkan perjalanan. Perjalanan ini akan tamat sebelum jambatan. Di sini ader 1 pondok dimana para pelancong akan dijamu makan tengahari dengan menu khas Sapa. Kami hanya meminta buah-buahan, jika ada. Si Minah membawakan kami beberapa biji pisang dan tembikai. Sebenarnya air sungai di sini jernih airnya, namun disebabkan hujan yang turun, airnya bertukar warna. Di kampung Ta Van ini juga, terdapat kemudahan asas seperti sekolah dan klinik. selain itu mereka juga ada loji memproses air yang datang dari atas bukit. Selesai makan, si Minah menghubungi pemandu van untuk kami di bawa balik semula ke hotel. alhamdulillah......jika tidak berfikir juga untuk meneruskan lagi perjalanan 17km.....

bersambung......

Thursday, November 12, 2015

Hanoi: (8) Welcome To Sapa.....

5 Jun 2015
Hanoi- Lao Cai- Sa Pa

Salah satu pemandangan menarik di perkampungan Ta Van, Sapa
Akhirnya kami tiba jua di stesen keretapi Lao Cai. Horeyyyyy.... Train yang sepatutnya dijadualkan tiba di Lao Cai jam 5.30 am, tiba agak lewat. Jam sdh menunjukkan jam 6.30 am. Hari sudah siang benar. Kami di sambut renyai hujan, Sa Pa. Elok la tu tak payah jalan teraba2 dalam gelap..wekekekek!!

Train yang kami naik semalam, hanya akan berhenti hingga ke Pekan Lao Cai ni saja. Kemudian, untuk sampai ke Pekan Sa Pa kena amik bas mini. Sa Pa ni sebenarnyer merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di barat daya Vietnam. Untuk sampai ke sini (Lao Cai), kiter perlu m'buang amik masa kira-kira, 8-9 jam perjalanan menaiki keretapi. Jaraknya sekitar 350 km dari bandar Hanoi. Jauh tuhhh....ada baiknya ambil ketapi malam, save budget di situ, katanyer.....dan lagi satu 8-9 jam tu tempoh masa tdo paling ideal bg org dewasa, maka ambil la yg ader katil agar tdo anda lebih sempurna. Serius, lepas ni mesti gunakan tenaga yang banyak. Pecaya la... Selain daripada Keretapi, perkhidmatan bas juga disediakan dari Hanoi ke Lao Cai. Boleh pilih, bas yg jenis biasa aje atau hok jenis sleeper. Masa yang diambil sekitar 10-11 jam untuk sampai ke Loa Cai. Bergantung kepada cuaca, kalo hujan.. makin pelahan la driver bawa bas.

Kami turun dari bas
Keluar dari train, kami mengekor je ke mana orang ramai pegi. Kat sini dah ramai Tuan punya bas mini mencari penumpang. Depa akan tegur kiter, terutamanya pelancong luar. Aku tak pasti soal "kejujuran", tapi kalo nak selamat jalan terus je pegi stesen bas Lao Cai yang terletak di luar sana.

Muka tak mandi pagi....wekekekekek (gelak cik ponti...)
Bangunan yang aku tanda dengan anak panah merah tu merupakan stesen keretapi Lao Cai. Kat dalam ni la tempat kiter lepak sementara menanti keretapi sampai. Kalo nak lepak luar ble juga sambil minum2, tapi kitorang malas sbb nak jimat. Opssss.....Jangan silap beb, yang ini hanya lah stesen keretapi Lao Cai yang lama, yang baru ader. Dah siap tapi masih belum digunakan lagi. Mungkin tak dapat CPC lagi kot..Ia terletak di sebelah kanan bangunan lama stesen keretapi ni (kalo kita berdiri menghadap ke bangunan yg aku tanda merah tu). Anak panah warna hijau tu pula.....lorong keluar dari keretapi. Sampai kat Mat Salleh baju hitam yang tengah selongkar beg tu, amik arah kiri, jalannnnnn terussssss......sampai la jumpa stesen bas Lao Cai. Gambar seperti di bawah. Tak jauh...2 minit sampai kalo kiter jalan laju. 5 minit kalo kiter lenggang kangkung....:D

Masa nak keluar dr stesen keretapi ni, entah...sebab mamai ke, atau sebab terlebih teruja, tetiba aku jatuh tesungkur. Dah la ramai gilerrrr org tengok. Uihhhh...malunyer....!!!Bila Check aper punca aku terjatuh, rupanya batu kecik. Rasa nak tendang2 je batu tu, eiiii...geramnyer!! Tapi memikirkan kaki aku ni nak pakai lama, sabaq aje la weihhh...takpe la. kalo jatuh tergolek pun org bukan kenal. Kalo kat Malaysia, wajib aku pencen dari travel ni 1 tahun!! Sungguh!

Depan tu je stesen Bas Lao Cai. Sebelah kiri stesen Bas Lao Chai ni, terletaknya bangunan stesen keretapi yang baru. 
Oleh sebab, kami amik pakej hotel sekali harung dengan transport (jemput dan hantar) dari Lao Cai ke  Sa Pa, maka macam biasa ader la orang pegang spanduk yg ader nama kak T. Kali ni nama kak T elok aje, tak de "buntu-buntu"...hehehh...(org borneo, belah2 selatan je tau apa makna buntu tu...:D). Dah jumpa org tu kami mengekor aje la dier sampai la dier bawa naik bas mini. Bas mini ni akan bawa kiter ke pekan Sa Pa. Perjalanan dari Lao Cai ke Sa Pa mengambil masa 1 jam. Tambangnya adalah berharga 100,000 dong. Lebih kurang RM17. Yang ni kami tak yah bayar sbb dah masuk dlm pakej penginapan. 




Stesen Bas Lao Cai. Kami mengekor je budak baju biru tu sebab dier yg pegang kertas nama Kak T. 

Sekitar pekan Lao Cai
Kami tak sempat nak p jelajah Pekan Lao Cai ni sbb tujuan asalnya memang nak terus ke Sa Pa. Nampak macam besaq juga pekan ni. Kat sini pun ader banyak hotel tapi tak pasti berbaloi ke tidak nak menginap di sini. Tapi aku syorkan kalo tujuannya nak p tengok sawah padi berteres di Sa Pa, elok kiranya ambil aje hotel di Pekan Sa Pa, lebih jimat dan berbaloi sbb dari sini nak ke Sa Pa, makan masa 1 jam juga. Kira bazir masa kat situ.

Oleh sbb hujan renyai2, tak banyak yang dapat di lihat di luar. Jalannya di lereng bukit dan mendaki. Kalo tak tahan ble mabuk. Tapi kalo hang dah biasa naik ke Kundasang, tak de hal punya, serupa ajer malah Kundasang lebih mencabar dier punyer corner baring....:D

Bersambung.......

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...