Thursday, July 23, 2015

Hanoi: (3) Ke Sung Sot Cave...

3 Jun 2015
Hari yang sama....

Akhirnya kami sampai jua ke "Star Cruise" kami...ehekheheheh...Lalu aku menjerit "HALONGGGGG BAYYY.....AKU DATANG!!!" #sambil melompat2 kegirangan, pastu Mat Salleh tu pandang semacam, dlm ati dier mesti cakap..."sakainyer la si Minah ni"...Terkejut bila si kawan tepuk bahu, aku toleh kiri kanan, rupanyer angan2 je...sib baik. Malu org tengok....:D

Sampai aje kami terus naik ke tingkat atas untuk menjamu selera. Dari hostel lagi kami dah req. mohon dihidangkan seafood saja. Dalam geng kami ni ader juga yang vegetarian. So geng vege dikumpul 1 meja, yang makan apa saja 1 meja. Sebelum makan, Tuant bgtau lepas makan kami ble berehat sebentar. Kira2 Jam 2.30 nanti bersedia untuk sesi lawatan.

Ohhhh...maaf bukan itu bahtera kami ...:D
lunch
Kak T berlatarbelakangkan bahtera Galaxy Premium...
Ruang bilik dalam Junk Boat ni, boleh tahan. Ok. Selesa. Ada toilet. Buka tingkap, cantik ajer pemandangan. Cuma satu. Satu je masalah dier....panas. Dalam bilik ader 1 je kipas dinding yang ble pusing2, tapi tak cukup power. Aircond ader tapi tekan2 remote tak fungsi......Kesian...Rupa2nya Tuant kata, waktu siang depa memang tak on aircond sebab kuasa enjin kurang power. Waktu malam je ada, sebab masa tu bahtera berlabuh so enjin diguna sepenuhnya untuk aircond. Emmm....patut lah.  
Ruang dalam dan luar bahtera...tak banyak gambar rupanyer untuk part ni.




Lepas solat, kami lepak kat dek boat. Uhhh....Ingat nak tido lah kejap kan, nan hadooo.....panas dlm bilik ni. lagipun dah p jauh2 belayar ni tak kan nak teperap aje dlm bilik kan. 

lepak bawah tangga pon ble, asal tak panas....:D



panas ka pok? hehehh....

konon la relax jemur bawah mentari, paduhal peluh berceceran.......

Mat Salleh tu selamba aje dok bawah panas, kami sume berebut cari tempat berbumbung...hehhehe





Tepat jam 2, kami naik bot kecik semula dan terus menuju ke destinasi pertama iaitu ke Sung Sot Cave. Sebelom cite panjang lagi, meh belanja banyak gambo pemandangan dan gambo muka menyemak kami, :D sepanjang perjalanan menuju ke Sung Sot Cave.....

Wajib pakai life jackets...
Kedai runcit atas boat 
si Tuant yang sporting

I tau kak T....u nak fokus pd mamat tu kan....hehehhe

ehemmmm....amboi Kak T......
Tangan sape nakal tu???
cantik
saujana mata memandang

Unik 
Indah
naga turun ke bumi, katanyer....
Sung Sot Cave..

Akhirnya kami tiba di jeti Sung Sot Cave. Dengan ketinggian sekitar 25m dari aras laut, maka eloklah kiranya kiter buat senaman ringan dulu agar urat2 kaki dan otot kian longgar untuk mendaki 100 anak tangga...uiihhhh.... Jujur aku katakan trip kali ni memang bagus untuk sape2 yang ingin menurunkan berat badan tapi tak pernah nyer nak berjaya. Sering gagal dalam sesi diet harian. Cuaca sangat panas...tapi bila masuk saja ke dalam gua terus macam disiram salju. Dingin. Rasa macam depa pasang aircoand je dalam ni, tapi memang sejuk ori. Keadaan dalam gua agak lembap tapi masih selamat dan agak selesa untuk ditelusuri.....

Dah sampai....
Gua batu kapur ni sama macam gua kat tempat lain, cuma ditambah lampu berwarna agar menaikkan lagi seri wajah. #Cehhh...mcm iklam Q-Puteh la pula......Apa yang unik nya di sini terdapat banyak stalaktit dan stalagmit pelbagai bentuk dan rupa. Tuant sering minta kami alihkan perhatian pada satu2 batu yang mirip sekian2 benda, haiwan dan sebagainya. Contohnya ada rupa monyet, kura2, naga dan sebagainya. Kadang2 ader nampak bentuk sesuatu tapi banyak kali juga la mata ku gagal melihat kemiripan batu tu yang salah satunya, katanya seperti "Mahagu yang sedang bertapa", tp tang mana tak tau. Iye kan aje la.....janji ko bahagia kan Tuant...:D. Tapi percaya la adik2, semua bentuk yang mirip seperti "sesuatu itu", terbentuk atau terhasil secara semulajadi, hasil daripada proses pelarutan air di kawasan batu kapur secara berterusan. Lama kelamaan larutan itu akan terus mengalir melalui batuan hinggalah ke hujung dinding gua, lalu berhenti dan menitis dari bumbung gua ke bawah. akhirnya terbentuklah stalaktit. Koloborasi antara hakisan air dan angin, maka akhirnya secara tak dirancang, semulajadi, bergerak bebas membentuk "rupa2"sepertimana yang kita lihat hari ini.  Ia memakan masa berjuta, malah berbillion tahun yang lampau.

ramai dah pelancong mai....
Tuant menerangkan sedikit semacam keistimewaan Halong Bay....
handsomenyer mamat kat belakang tu....
ehem.....
aku saje je jepret 2, 3 kali, yang sebenaqnyer aku nak fokus pd mamat baju merah tu.....ehekehekkkkkk....#gelak cik ponti






Dalam gua....Ader tak korang nampak mirip rupa "sesuatu"?












Rasa macam nak kebas je duit tu ditengah pokai dengan duit usd...depa main buang je. ishhhh.....


























Ok, Cukup lawatan ke Sung Sot Cave. Kaki dah mula rasa sakit. Esok nak naik gunung Kinabalu, elok la mai sini dulu bagi kaki mantap dan kuat, baru p naik kinabalu. Maaf naa.....banyak sangat gambaq kami :D.....Lepas ni destinasi kami mandi manda pula. Eh mandi??? aku bawa baju renang ka? .......:D Jumpa lagi.....

Note:
Tq Kak Has/ Kak T/ Zymah atas sumbangan gambar...

Wednesday, July 8, 2015

Hanoi: (2) Menuju ke Halong Bay dan belayar bersama "Star Cruise".....Teruja!! :D

3 Jun 2015 (Rabu)

Cerah pagi di sini agak awal. 5:40 pg dah agak terang, macam jam 6.00 pg di Sabah. Teruja sangat ari ni nak naik Star Cruise (***** Cruise la sangat kan...:D :D) sambil menikmati keindahan batu2 yang muncul dari balik air di Halong Bay....Selain dari Sapa, Halong Bay juga menjadi kegilaan ramai bagi pelancong seluruh dunia.

Janjinya semalam jam 8.00 kena berada di lobby hotel. Tak bawa banyak barang, cukup bag galas kecik je. Yang lain kami tinggalkan dalam stor hostel. Tunggu punya tunggu akhirnya org tu pun sampai. Untuk ke Halong Bay ni kami amik pakej lawatan 2D1N dengan bayaran USD 100. Agak mahal kata si kawan tu. Tak pe la, bukan rezeki dapat yang murah. Bak kata org mengembara ni adalah untuk kita mengutip pengalaman. Lepas ni, inshaallah kalo ada misi "balik kampung" ke sini lagi, ble la cari yang lagi murah. Belajar dari pengalaman katanyer. Awak nanti ble la cari yang lagi murah dari yang kami dapat ya...:) Ada lagi yang lebih murah untuk day trip: usd 20-35. Jauh lebih murah berbanding yg awak gugel, USD 50 ye untuk day trip?? ;)

Perjalanan menuju ke Halong Bay memakan masa lebih kurang 3 jam dengan jarak kira2, 170 km dr bandar Hanoi. Tour Leader kami memperkenalkan diri dengan nama "Tuant" dari AST Travel. Orangnya boleh tahan handsome (ehekkkkkkk....ehehehkkkkkk- gelak cik ponti), tinggi dan fasih berbahasa Inggeris. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan panorama indah sawah padi nan hijau. Di sini tidak kelihatan padi berteres, masih lagi di tanam di kawasan tanah pamah. Sesekali......bukan sesekali, kerap kali juga la, kelihatan beberapa kuburan di tengah sawah. Barangkali kepunyaan tuan tanah.

Ok kat sini aku sertakan depa punya info. Boleh online booking kat website depa. Kat situ ble tengok pakej yang ditawarkan sekali dengan harga. Kami ari tu booking dari hostel je, depa arrangge kan. Dengarnyer kalo amik dari hotel dapat discount. Ye la kot, sebab aku tengok kat website AST ni harga pakej utk 2D1N= USD110. Kalo amik dari hostel dapat USD100. Beza USD 10 je pon.....Ehhhh.......Lebih kurang RM 30++ juga tu.....Bajet kena jaga..

AST TRAVEL
ADD: 56 Cau Go Str., Hoan Kiem District, Hanoi, Vietnam
24/7 Service: (+84-4) 39262628
Hotline: +84 983103197
Email: info@asttravelvietnam.com
Web site: http://www.asttravelvietnam.com/



#Salah buh watermark (WM): Pemandangan di sekitar jeti di pelabuhan Halong Bay
Halong Bay juga dikenali dengan nama "Vinh Ha Long"oleh masyarakat Vietnam merupakan sebuah teluk yang terdiri daripada 2000 pulau batu kapur. Ini lah yang bertanggungjawab merachun kami untuk bertandang ke sini. Selain di Halong Bay, Pulau batu kapur juga boleh kita temui di Guilin China, pastinya hampir sama bentuk muka buminya tapi berbeza dari segi budaya dan cara hidup. Guilin, mu tunggu kami datang....:D. Inshaallah bila nilai RM semakin kukuh di pasaran dunia. :D. Menurut Tuant, Halong Bay bermaksud Naga yang sedang turun ke bumi. Dikatakan ketika Vietnam berperang dengan China, maka turunlah segerombolan Naga ke bumi untuk membantu orang2 Vietnam. Cerita rakyat ini diikat kukuh lagi, bila mana kita melempar pandang ke arah bukit bukau batu kapur yang beralun-alun seperti badan naga. Keunikan bentuk muka bumi berkoloborasi dengan air laut nan hijau, mengangkat Halong Bay jmenjadi salah satu dari Tapak Warisan Dunia yang telah diiktiraf oleh UNESCO sejak 1994.

kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan, bas akhirnya berhenti rehat di satu bangunan kedai menjual pakaian tradisi, kraftangan Vietnam dan sebagainya. Tapi tujuan paling besar bas tu berhenti di sini untuk memberi laluan kepada sesiapa yang nak berkunjung ke "singing room"...

Berselfie di hadapan bangunan singing room...hehheheh
Biasa kita lukis guna pensel dan warnakan, yang ini dijahit mengikut warna. Menarik!







Sementara menanti geng lain melepaskan hajat. yang ini kat luar bangunan di bahagian belakang. ader jual buah2an dan jajan. Kat belakang kami tu si Tuant :)

Perjalanan diteruskan yang berbaki 2 jam lagi. Kali ni aku melelapkan mata sekejap. Tau2 dah sampai pun ke Pelabuhan Balong Bay. Semua bayaran masuk, boat dan sebagainya diuruskan oleh si Tuant. Dari jeti ni kami diminta naik bot kecil menuju ke "star cruise" nanti...:). Rupanya boat kecik ni pun kepunyaan tuan punya junk boat. Tau sebab di subuh ari keesokkan arinya, aku nampak depa tidoq atas boat kecik tu. Lagi sepanjang kami p dari satu destinasi ke satu destinasi di sekitar Teluk ni, mesti guna boat kecik tu.

Geng 1 kapal. sume Mat Salleh yang datang dgn partner masing2 kecuali yang tengah berdiri boy n girl tu. Depa tak kenai sebelum tu, pastu si Tuant arrangekan bilik depa share 2 orang. Mat Salleh tak pe la, dok bedua wpon tak kenai. 
#Salah buh watermark. Halong Bay sebenaqnyer...Bot kecil yang akan membawa kami ke "Star Cruise"
Halong Bay City dari kejauhan

lagi junk boat


Bot meninggalkan jeti Halong Bay

Antara junk boat yang membawa para pelancong menyusuri teluk Halong Bay. Yang ini nampak besar yang boleh memuatkan 20-30 org dan untuk trip lebih dari 3 hari.


Sebahagian Bandar Halong Bay yang dijepret dr atas jambatan
Untuk ke Halong Bay ni, terdapat pelbagai pilihan samada nak amil day trip aje atau bermalam. bermalam pula nak pilih bermalam atas junk boat atau kat hotel sekitar Halong Bay City. Kalo aku better pilih tdo atas boat. Kalo nak bermalam atas boat pula, ader beberapa pilihan samada nak pilih 2D1N, 3D2N atau lebih lama lagi. Terserah, sambil tengok poket cukup lagi tak duit....hehehhe.

emm....mcm penat la,  sikit masa lagi, nak kena masuk kelas. So, aku sambung kendian, okkk......
"OK BAHHHH... KALAU KO"....

Bye..

Note:
Tq: K. Has/ K. T/ Zymah atas sumbangan gambar

Rujukan: 
http://backpackology.me

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...