Sunday, August 16, 2015

Hanoi: (4) Berenang di Pulau Ti Top & Berkayak di Desa Terapung, Halong Bay

3 Jun 2015
Ti Top Island.

Kami meneruskan perjalanan menaiki bot kecik menuju ke Dao Ti Top/ Pulau Ti Top. Nak berenang katanyer….Ader bawa swimsuit tak?? Terletak kira2 14km dari Bai Chay Wharf (antara beberapa pulau di sini). Pulau ni kecik aje sebenarnyer, berbentuk bulan sabit dengan hamparan pasir nan putih kekuningan. Hang patut mai sini sebab di sini kita dijanjikan dengan pemandangan yang indah dari puncak menara tapi dengan syarat wajib mendaki 500 anak tangga dulu. Aha....syarat bukan alang2. kalo berjaya, hang bakal dapat penurunan berat badan kaw2 punya, paling tidak 1kg harus hilang. :D

Aku tak sempat amik gambaq Tip Top island. Amik dr blog ni, Creadit Photo: http://eatinguntildiee.blogspot.com/....
Million Thanx to u blogger eatinguntildiee.blogspot.com :D :D
Jeti
Sampai sini kiter diberi pilihan samada nak berenang atau nak mendaki ke menara tinjau. Kami pilih mendaki, aku dah puas berenang. Kat labuan ajer sekeliling pulau ader pantai, pilih ajer mana part nak mandi...amboii, berlagak!! heheh...aku tak penah pun berenang kat Lbn. Agak tak berbaloi bagi kami yang bertudung nak berenang bagai dalam masa 30 minit kat Halong Bay. Heheh...Tapi kalo hang nak ble ajer, tak dak masaalah. Ok jom mula mendaki.....Kami berhenti di check point 1..




Nampaknyer kawan2 aku dah mula penat dah tak larat naik atas lagi. Tengok la depa, rasa macam nak tidoq aje atas ni. :D :D. Kalo larat hang naik sampai puncak menara sebab dari situ view cantik. dapat jepret 360* sekitar Halong Bay. Sambil2 jepret, aku teringat macaman pulau ni dapat nama, Ti Top pulak tu, tak alang2 letak nama...Rupanya depa bubuh nama ni ader sejarahnyer. Kira2 53 tahun yg lalu (1962) ader seorang angkasawan dari Kesatuan Soviet Union iaitu  Ghermann Titov datang berkunjung ke pulau ni. Kunjungan beliau di sertai oleh President Ho Chi Minh, dan untuk memperingati lawatan ini President Ho menamakan pulau ini dengan nama "Ti Top", mengambil nama angkasawan tersebut. Mr. Titov ni pula, 35 tahun selepas tu, dier mai sini semula nak tengok aper jadi pada pulau yang namanyer tercatat di sini. Mai2 tengok, pulau ni dah jadi terkenal di kalangan pelancong. Dia pun happy la lalu menulis dalam buku hadiah pada Lembaga Pengurusan Halong Bay, menyatakan rasa gembira atas kegemilangan pulau ni...

kepenatan....Air pula tak de. Bagus sekal.....
Dengan tak ada air, terasa sekali kepenatannya. Kami turun, kononnyer nak minum air kelapa. Sekali turun, hampanyer.....sebiji kelapa pun tak de. :(( Jom la kiter jelajah pulau ni, depa tengah syok berenang tu. Kalo ader sesiapa yang teringin nak berenang tapi tak bawa swimsuit, tak pe.. sebab Ti Top Beach Bar ada menyediakan pakaian renang, pelampung dan pancuran air suam. Segalanya di bayar. Kalo nak free, bawa sendiri la. Selepas berenang, kalo nak makan boleh order makanan laut segar dari teluk katanyer.

senja di Pulau Ti Top
Kalo jalan terus di belakang zymah tu ader tandas, sila la kalo nak membuang....:D
nampak tak orang berenang tu? Depa cuma ble berenang dalam kawasan yang ader pelampung tu je, Lebih dari tu tak ble. Kalo tak de had kang ader pula yang berani berenang sampai kat batu belakang tu. 
mari berjemur



Tak ramai kiter nampak org mandi kan, tapi sebenarnyer ader satu2 masa kawasan tu penuh dengan orang bila kebetulan bot pelancong datang sekali serbu pantai ni.

Sebelum masuk bot kena cuci kaki dulu, kaci buang pasir2 yang melekat kat kaki.
Pemandu bot baru...:)

petani dari Sapa, mai sini ....:D
aunty, tutup sikit nanti nampak spender hang....



Pemandu bot yang baik hati...

 Berkayak Di Desa Terapung....

Ini aktiviti yang sangat menarik dan di tunggu2. Aku sebenarnyer tak nak masuk dalam kayak tu nak tinjau dari daratan je kononnyer. Bukan aper kalo masuk dalam tu mesti jeans basah dan kotor. Jeans ni dah 2 hari guna..ingat kan sampai Sapa nanti baru tukaq jeans. hehehe....Sepanjang hidup ni, nak kata berkayuh/ berdayung tu, bohong la kalo cakap tak penah kan. Masa kecik2 dulu rumah aku dekat sungai, salu juga la main perahu, kayuh main2 tepi2 sungai, tapi kalo nak mengendalikan perahu tu bagi dier balance aku tak berapa nak terer sangat. Tapi berkayak dengan bot dier ni seumur hidup aku tak penah buat.

memulakan perjalanan....
Ok Sudah sampai
Aku ingat di sini banyak terdapat perkampungan terapung. Dan ini salah satunya yang mengendalikan aktiviti berkayak. Ader juga perkampungan yang lain akan buat aktiviti memancing. Penduduk di sini memang akan tinggal di sini, bekerja dan anak2 juga di hantar bersekolah. Pernah tengok dokumentari tentang Halong Bay, anak2 remaja sudah pandai mengendalikan perahu sendiri untuk datang ke sekolah. Sekolah juga di bina di atas air. Biasanya orang lelaki akan turun ke laut menangkap ikan manakala para ibu/ wanita akan menjual makanan ringan dengan perahu kepada kapal2 pelancong yang berlabuh di sekitar Halong Bay.

Perahu kayak..
Sape nak berkayak, amik pendayung dr bot. 
Tengok kawan2 ni buat, sonok la pulak. Eh, kalo tak buat sekarang bila lagi kan. Lagi pun kawasan berkayak ni nampak selamat, kalo agak2 takut kayuh dalam nije, kalo berani, p keluaq dr teluk kecik ni. 30 minit aje masa untuk berkayak. 




amboi, laju depa kayuh






Uihhhhh....best nyer!!
 Senja dari atas bahtera....

Akhirnya kami pulang membawa sisa2 tenaga, kepenatan, keseronokan, gelak ketawa ke atas bahtera. Kalo nak honeymoon tempat ni agak bagus juga untuk bajet ciput. Tapi sebenaq nyer yang paling penting masa & kenangan. Mana2 pun sama je..:)



















Hidangan makan malam.... Semua berasaskan seafood katanyer.





Malam tu ader aktiviti mencandat sotong. Ngam la dengan bulan penuh. Orang kata kalo bulan penuh memang banyak sotong. Mencandat sotong dari tepi bilik pun ble. Aku tengok mamat tu kasi kiri kanan dier punyer pancing. Betul ke tak dier buat. Tapi aku tak nampak dier dapat sotong. Bot lain pun aku ingat sama je buat aktiviti mencandat. Ader juga buat karoke. Aku lepas mandi, solat dan sebagainyer terus bermalas-malasan atas katil. Lagi2 dah ader aircond, sedap tidoq. Keluaq pun depan pintu je amik angin malam sat.




-Tamat-
Untuk cerita 3hb....
sambung entry lain, 
hari lain plak. 
Jumpa lagi...:)
Million thanx:

http://eatinguntildiee.blogspot.com/
Photo: Kak Has/ Kak T/ Zymah

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...