Saturday, March 14, 2015

Mengembara Di Bumi Kampuchea: (3) Dari Phnom Penh Ke Siem Reap...

10 Dec 2014
Rabu

Awal bangun pagi ni. Aku set alarm jam 3 am. Marah Tuk ketua...awal katanyer. Hehehe....Harus la kan, sebab aku ni jenis lambat bersiap, jadi mandi kena awal. Kalo mandi paling last, sudah semestinyer aku kena tinggal.

Malam tadi kapten dah contact salim, tanya pasal bas dah uruskan ke belum. (Sebab dier janji (menerusi emel sebelum tu) akan tolong belikan tiket bas dari Phnom Penh- Siem Reap, sebab kalo dier beli kiter dapat harga USD10, murah sket). Kalo belum beli pun tak pe, kami ble beli sendiri. Aku tengok iklan kat lobi hotel ni pun memang tambangnyer lebih kurang USD13. Ader miscommunication sket di sini. Itu la kan padahnyer, bila terasa diri ini Badang, makanyer kami tak beli sim kad Cambodia. Malam td call Salim tu, guna hp Kak Lia line Mesia. Bising akak tu sebeb abih duit dier. hehhe... Salim dah cakap dier akan belikan tiket. Bas akan amik depan lobi hostel (tak yah bayar sebab Salim dah tolong bayar-nanti bayar kat Salim je), jam 6.30 am! ok noted. Terus line terputus. Nak call balik, duit pula abih. Sedihnyer pula dr bilik kami ni wifi tak sampai. Bukan tak sampai tapi tak cukup power untuk menerima sebarang emel. ok tak ayat tu? Jadi kami anggap perbualan tadi dah difahami oleh pihak kami dan juga Salim. Kira Confirm la, walaupun agak tergantung!

Pagi tu kami la orang paling awal turun. Siap tolong kejut mamat receptionist tu. Kiter panggil dier Boby la. Senang. Gelap tak nampak, jalan teraba2. Sekali si Boby dengar bunyi bising2 tepisat2 dier bangun. heheh....Nasib ko pakai baju dik. Kalo tak nampak wayang free....OooooOOOO.....ko tdo kat kusi ye??Tapi bagus juga hostel ni, selamat. Sebab malam dier kunci gate. Dipendekkan cerita, tunggu punya tunggu bas tak sampai2 juga. Jam dah melewati ke angka 7am. Sampai dah siap kje si Boby setting balik lobi hostel, susun2 kusi, sapu2 sampah...walaupun dier tak berus gigi dan cuci muka pun lagi. :D ;D :D..Uhh.....tak ble jadi ni. Si Boby tanya kalo kami tau nama syarikat bas tu, dier ble tolong call. Tapi nama bas pun kami tak sempat nak tanya pd salim. Dan2 maser tu juga baru terfikir, asal kami tak pinjam hp si Boby ni kan? Kapten tanya ble tak kalo dier tolong call si salim. Ok.



Suasana pagi di Phnom Penh. Hujung sekali tu pasar. kalo jalan terus lagi akan jumpa Restoran The Gulai. 
Bila dapat call Salem, dier kata dier call banyak kali ke nombor Kak Lia malam tadi, tapi tak dijawab. Dan dier email banyak kali untuk Confirm kan pun tak dibalas. So dier cancel la. Adoiiiiii.....laaaa, cemana nak dijawab kalo kreadit abih Salem oiiiii.....Kapten tanya, so cane dgn bas ni? Salem kata tunggu nanti dier call balik. Dalam 10 minit Salem call, katanyer tunggu bas amik dalam jam 8.30. Arahan sama, takyah bayar-nanti bayar kendian pada Salem. Ahernyer ader tuk2 amik untuk bawa kami ke stesen bas. Bas mini. Dapat duduk belakang sekali. Ok. Bersedia untuk dilambung ombak!!!

Pemandangan sepanjang perjalanan menaiki Bas Mini dari Phnom Penh ke Seim Reap......
Ini bukan jalan raya utama- simpang nak masuk ke satu tempat....
Pemandangan yang cantik dibelakang sana. 
Perjalanan menuju ke Siem Reap mengambil masa kira-kira 7 jam dengan 2 kali berhenti. 1 kali berhenti di tandas awam. Lagi 1 kali berhenti di sebuah restorant untuk lunch katanyer....diawal perjalanan ini sedikit sebanyak dapat disimpulkan bahawa mereka sedang dalam proses menaiktaraf lebuh raya. Jalan raya masih lagi tanah kuning yang sudah ditabur dengan beberapa lapisan batu. Inshaallah lagi 2, 3 tahun akan datang tempoh masa perjalanan dari PP-SR dapat dipendekkan. Rata2 driver memang bawa kete laju termasuk la para bas mini mahupun giant bas. Semuanya mengejar waktu agar sampai tepat pada masanyer. Itu sebab ramai yang kata naik bas ni bagai dilambung ombak, segala bapak lubang dier langgar. kami yang dok belakang ni jangan cakap la, memang bayak kali juga betulkan duduk, dan banyak kali jga betulkan tudung sebab tersenget ketika kepala terhantuk kat cermin. Haa...padan muka tido lagi!!

Bila melalui perjalanan begini, aku teringat zaman kecik2 dulu. Di zaman 90-an. Bila nak balik kampung begini la perjalanan dari Menumbok- Beaufort, yang terpaksa dilalui dengan jalan tanah kuning, batu besar2, lubang d sana sini. Situasinya sama. Dulu nak sampai ke Beaufort mengambil masa 2 jam lebih. Sekarang 1 jam lebih dah boleh sampai dah. Jalan dah elok bertar. alhamdulillah. Kemajuan akan sampai juga walaupun agak lambat tapi ada nak ditunggu.

Rumah dan kedai ditepi jalan, tingkap sentiasa ditutup untuk mengurangkan debu2 tebal masuk ke dalam rumah.
Rumah bertiang tinggi
Stesen Minyak
Lihat pohon di sana....
Cantik

Tumbuhan hijau kelihatan sayu tak berseri bilamana debu bertakhta di kulit mereka....:( 

Pasar sehari
lagi pasar pagi. payung dah sama kaler ngan tanah..debu tebal owh...
Klasik. Kereta kuda pun ada
Tandas awam
Supermeng, tandas depa dah upgrade sket. Takyah dah membuang kat semak....hehehe......aku tak masuk pun tapi kapten kata bersih juga la dan yang penting ada air. Bas berhenti di sini dalam setengah jam. Sambil tunggu penumpang nak membuang, driver bas sempat p sembur bahagian enjin yang diselaputi penuh debu. Walaupun bas mini ni ader aircorn, tingkat tutup rapat tapi debu masih boleh masuk. Jadi guna la aper2 benda untuk menutup hidung memasing. Geleng kepala driver tuh tengok cermin bas depan dier retak terkena batu.

Checkpoint ke--2
Ini pula tempat ke-2 bas berhenti, di Restoran Arunras. Untuk makan tengahari kepada penumpang yang "berkebolehan" untuk makan. Aku ingat memang di sini pilihan para driver untuk makan tengahari sebab bas2 silih berganti berlalu pergi. Kami memilih untuk makan roti yang dibawa dari malaysia. Sebelah kiri Restoran Arunras ni ader gerai2 makan. Pastinya harga lebih murah. Juga ader dijual jajan dan buah-buahan. 


Bergambar kenangan dengan jajan eksotik Cambodia


Lai.....Lai.....Lai........murah....murah.....
Lipas, labah2, kala, cengkerik pun ada. pilih2 mana mau.....
Bas mini KAMI.....

Kapten

Bersambung........

Friday, February 13, 2015

Mengembara ke bumi Kampuchea: Sekali harung dengan USD20, jadi laa....(2)

9 Dec 2014
Selasa

Masih lagi hari yang sama. Sementara depa abih mandi sempat aku kerling bilik ni. Tak de tingkap, tapi sebenarnya boleh je request nak minta tukar bilik ader tingkap dan ader balkoni. Tapi nak buat aper, buang masa la. Harga juga rasanyer berbeza, yang ader balkoni tu lagi mahal sket kot. Satu ari je kat sini. Ble la... Bilik agak selesa dengan 2 katil besar & kecik. So aku pilih single bed, depa share. TV ader, aghh...tapi sape nak tengok tv? Baik aku tido Charge energy untuk ari ni dan juga esok, dan juga seterusnyer. Dengar khabar 6 jam naik mini bus. Emm.... Kiter tunggu. Oh! satu tak de. Kettle!! Aku ni dah la hantu nescafe...:(

Kami ke Lobby guesthouse, tinggal kunci dan keluar. Di luar sudah menunggu Tuk2 yang memang sudah sedia menunggu pelanggan di setiap/semua tempat penginapan. Aku lupa nama driver tuk2 ni. Kiter panggil dier si John la. Senang. Si John ni tunjuk pakej yang dier ada. USD 20 untuk 5 tempat yang dah disenaraikan dalam poster yang dier tunjuk. Ader beberapa pakej. Nak tukar2 tempat yang kiter suka pun boleh. Janji tak jauh2 dari satu tempat ke satu tempat. Sebenarnyer kami nak kurang lagi dari $20 tu.. tapi si John ni kata tak boleh.....*Sambil dier buat muka kesian..;D.

Sebelum meneruskan perjalanan yang agak jauh, singgah dulu beli minyak. Perjalanan lebih kurang 30 minit ke killing Fields. Eh kat sini kan, aku keluar kan kamera. Biasa la kiter kan, mesti nak amik gambar di setiap perjalanan. Bila si John tu nampak dier suruh aku masukkan dalam beg. Siap tunggu okeh....Aku ingat peringatan biasa untuk pelancong, kena hati2 di setiap masa. (Setelah sampai di Seim Reap, baru aku tau sebabnya. Nanti aku cite kat entri laen...). Begitu la seterusnya, setiap kali keluar dari tempat yang di lawati, naik tuk2, dier akan pastikan kamera di simpan dulu. Tapi kadang2 aku keluarkan juga. Snap...snap, pastu sembunyi bawah tudung. Wahahahhha....Degil!


Tuk Tuk di Phnom Penh lebih luas dari Tuk Tuk di SR

Stesen minyak

Dalam perjalanan menuju ke Killing Fields, sempat aku membuang pandang ke luar tuk2. (Cewahh....ayat macam nak buat novel...wekekekke..*gelak Cik Ponti). Apa yang aku boleh simpulkan Kemboja agak ketinggalan dari negara jiran mereka Vietnam. Setakat yang aku nampak tak ada bangunan pencakar langit di Phnom Penh. Alahh.....baru lagi, mungkin ada tapi di kawasan lain. Sistem jalan raya juga sedang dalam pembinaan dan tak heranlah habuk berterbangan di sana sini. Sesekali mata masuk habuk, memaksa aku menutup keseluruhan muka dengan selendang. 

Kampuchea yang lebih dikenali sebagai Kamboja, terletak di semenanjung Indochina. Berjiran dengan negara Thailand di sebelah barat, Vietnam di sebelah timur dan Laos yang berada Utara-timur laut Kamboja. Sebahagian besar rakyat Kemboja dari etnik Khmer menganut agama Buddha dan sebahagian kecil beragama islam dari keturunan muslim Champa. Pada tahun 1975, Pol Pot mewar-warkan kepada dunia bahawa Kamboja bakal lahir sebagai sebuah negara baru, yang bangkit membangun dari semua aspek, yang bebas dari cengkaman rejim Lon Nol yang jahat. Namun pengakhirannya, Pol Pot menipu rakyat yang terdiri dari bangsanya sendiri dengan menerapkan pemerintahan komunis yang ekstrem dan radikal. Rakyat Kamboja yang bekerja sebagai Doktor, guru, peniaga, pensyarah dan lain-lain dipaksa untuk meninggalkan semua pekerjaan mereka dan dengan kekerasan mereka dipaksa menjadi petani. Inilah pengawalan dan penyebab kenapa Kamboja agak terkebelakang dari jiran mereka Thailand dan Vietnam.

Pada ketika itu, Kamboja terputus hubungan dengan dunia luar. Sekolah ditutup, wang hilang dari pasaran semasa, undang-undang dihapuskan, rakyat kelaparan, penyakit pula mula merebak. Rakyat dipaksa bekerja dalam sektor pertanian. Mereka yang tidak setuju dengan fahaman mereka dan orang yang dianggap masih mempunyai hubungan dengan pemerentah lama akan ditangkap dan diseksa oleh tentera rejim Khmer.



Choeung Ek Genocidal Center/ Killing Field.

Destinasi pertama kami ialah ke Killing Fields iaitu di sebuah perkampungan Cheoung Ek, di Selatan Phnom Penh. Harus la kan sebab dier paling jauh. Orang kata kalo pergi ke Kampuchea, tak sah kalo tak melawat ke Killing Fields. Sebuah tempat yang menjadi saksi bisu sejarah hitam Kamboja. Salah sebuah tempat di mana hampir 2 juta rakyat Kamboja dibunuh, lalu dikubur di sini oleh rejim Khmer Rouge dibawah pimpinan Pol Pot a.k.a Saloth Sar.  Sebuah nama yang tak akan pernah dilupakan oleh mana-mana rakyat Kamboja. Siapa Saloth Sar? Nanti kiter sembang pasal dier. Pada asalnya, kawasan ini digunakan sebagai tempat perkuburan masyarakat cina Kemboja, namun setelah Pol Pot berkuasa, maka kawasan ini digunakan sebagai tempat penyiksaan dan membunuh rakyat Kemboja yang tak berdosa.


Di pintu masuk Killing Fields. Bayaran masuk USD6 termasuk audio.
Menara yang menempatkan tengkorak mangsa kekejaman pol pot. Ada 7 tingkat kalo tak silap dan setiap tingat menempat kan tulang mangsa. 
Masuk saja di kawasan ini, ada banyak stesen, yang mana setiap satunya mempunyai cerita yang tersendiri dan kita boleh berhenti di sini mendengar sambil menghayati kepedihan yang dirasai rakyat Kamboja. Dalam tempoh 4 tahun pemerintahan pol pot, hampir 2 juta rakyatnya dibunuh tanpa mengira tua, muda, kanak-kanak, remaja, dewasa apatah lagi. Sesiapa saja yang dicurigai mempunyai hubungan dengan pemerintahan sebelumnya pasti dibunuh dengan kejam. Satu kerugian bagi Kamboja dimana para ilmuan, bijak pandai juga turut dibunuh. Alangkah baiknya sekiranya kebijakan mereka ini digunapakai untuk membangunkan Kamboja. Lihatlah apa jadi pada Kemboja hari ni? Kita amik pengajaran dari kisah depa ni.

stesen 2
Mauk di Sini, tidak dibenarkan untuk bercakap dengan suara yang kuat untuk menghormati mereka yang tertewas


Menurut penerangan (dlm audio), setelah 2-4 bulan di soal siasat dipenjara S-21, para tahanan akan di anggap sudah tidak ada kepentingan akan di bawa ke Killing Field pada waktu malam. Beberapa buah lori akan membawa mereka ke sini, mereka ditipu kononnya akan dibawa ke satu tempat dimana mereka akan dibebaskan, wal hal mereka dihanar untuk mengali kubur mereka sendiri.







Di sebalik pagar berduri, teratai nan hijau tumbuh segar




bot...

Pakaian terakhir para tahanan dikumpul di satu tempat


kanak2 juga dibunuh. dibantai saja di pokok ni. nampak tak baju di akar pokok. itu antara pakaian mangsa. 
Bayi dan kanak-kanak sengaja dilempar dan dihempas ke arah pohon besar ni. Sangat kejam dan yang pedihnya penyeksaan ni dilakukan dihadapan ibu bapa dan keluarga kanak-kanak ini sendiri. Kononnya supaya tahanan membuka mulut semasa disiasat dan yang keduanya ia sengaja dilakukan untuk memusnahkan satu generasi agar dewasa nanti kanak-kanak ini tidak membalas dendam kepada pemerintah.


antara tulang mangsa dikumpul di sini dan di laluan pejalan kaki kadang2 masih kelihatan tulang manusia. 

Antara pakaian mangsa.
Si gadis nyata mengalirkan air mata kesedihan
Muzium
Penjara S-21 (Tuol Sleng)

Kami meneruskan perjalanan ke Tuol Sleng. Kawasan ini pada asalnya merupakan sebuah sekolah bernama Ponhea Yat yang kemudiannya diubah kepada Tuol Svay Prey High School pada zaman pemerintahan Lon Nol. Bila saja Penom Penh jatuh ke tangan Pol Pot, maka sekolah ini ditukar fungsinya menjadi penjara bagi tahanan yang dituduh sebagai musuh politik.

Di sini, para ilmuan yang dipenjara tadi akan di soal siasat dan diminta menyebutkan 15 nama orang orang yang berpendidikan yang lain, jika gagal mereka akan diseksa. Kuku dicabut dan kemudian direndam dalam cairan alkohol. Ada yang di rendam kepalanya ke dalam air, wanita pula dirogol. Uhhh......Kejam!! Selepas disiasat 2 hingga 3 bulan, mereka seterusnya akan dihantar ke Killing Field. Yang dilihat masih berkepentingan akan terus ditahan untuk disiasat untuk 6-7 bulan lagi.







Katil Penyeksaan
Bangunan penjara S-21 yang dulunya sebuah sekolah




Muzium Negara

Yang ni tak masuk sebab mahal.....:D Usd5. So amik gambar dari luaq ajer itu pun mokcik guard tu tak bagi masuk, sekalipun diperkarangan. eheleh ko ni mokcik....




Royal Palace

Pun tak masuk, sebab mahal. Gambo luaq je. Usd6. Merupakan kompleks bangunan istana yang berfungsi sebagai kediaman rasmi Raja Kamboja dan keluarga Kerajaan. Pada mulanya pusat pemerintahan kerajaan Khmer dijalankan di Angkor. Kemudiannya dipindahkan pada abad ke-15 kerana kota Angkor diserang dan dihancurkan oleh siam. 

Ada banyak bangunan bersejarah lagi dalam ni tapi tak nampak dari luar. Bersebelahan dengan Royal Palace ni terletaknya Silver Pagoda. Tak heran la kalo kiter nampak ramai sami kat luar ni.








Ahernyer kami lepak di sini....dekat je berdepanan dengan Royal Palace tadi.

Banyaknyer burung merpati....









Uhhhh...panasnyer. Moh le kiter sejukkan mata di Central Market. :D.....aku perlu beli beg di sini. 


Bersambung......

Rujukan: 

http://www.asal-usul.com/2009/04/khmer-merah-lembar-sejarah-kelam.html
http://www.elitha-eri.net/

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...