Tuesday, July 1, 2014

Travelogue Hangzhou-Shanghai-Suzhou: (4) Hangzhou Phoenix Mosque Dan Hefang Road

Sambungan episod: (3)

Sebenarnyer ader miz comunication td maser nak p Xihu. Oleh kerana kami bergerak lewat, kami sepakat nak ke Masjid dulu. Elok la solat dulu, lepas tu takde nak risau dah. Tapi member kata terus turun di Longxiangqiao station, sbb Longxiangqiao n Dingán Station tu adalah station yang sama. Sebenarnya tak, sbb aku yang tulis guidebook tu. Jadi aku yakin ia station yang berbeza. Tapi, malas nak bising. kot la aku yang silap, kadang aku ni blur juga. Jadi ikut je la. Tapi sebenarnya dari Xihu ni ble je jalan kaki ke Masjid tu tp masalahnyer kiter tak tau arah mana nak dijejaki. Sementelahan masalah komunikasi dengan orang tempatan merupakan masalah paling utama, ia menyukarkan lagi misi pencarian. Cewahhh......macam nak cari MH370 aje kan. Jalan punya jalan, cari2 tak jumpa, sampai ader yang dah nak menangis :D, maka tindakan terbaik ialah balik semula ke pangkal jalan iaitu di metro station. Caranya mudah saja.

Line 1: Longxiangqiao Statioan- Ding'an Road--> Exit D

Keluar je dr metro station, jalan terus ke depan, sampai la nampak jambatan yang ada escalator. Jangan naik jambatan tu, benti kat situ, belok kanan sampai nampak masjid. Sayang kan, kami tak explore kawasan tu, bila baca balik blog mymee. Rupanyer kat seberang jambatan escalator tu ader arca 1 group. Menarik sangat.

beli tiket
Leceh nak kena scan bag...:(
Aku beli Fridge Magnet kat sini. Mahal. So beli 2, 3 ketul buat kenangan.
Arca dinding di Ding'an Station. Menarik

keluar dr tempat ni jalan terus ke depan.

jalan terus. nampak tak kubah tu. kat kiri kubah tu ada jambatan yg ader escalator, belok kanan, simpang menuju ke masjid...

Oleh kerana si kawan dah kelaparan, maka singgah makan dulu. bangunan putih depan ni ialah restoran muslim halal. Aku tengok dier ader buat satey kambing, dari Guangzhou dulu dah mengidam nak makan satey, lagi2 bila baca blog Jari manis.....ini kali la, sudah tercapai hajat. 
Nasi daging masak kunyit. Tak sedap. Banyak minyak. # emm...lagi nak mengomel, syukur la cik nanie oiiii......dapat jumpa restoran halal. 

Kak Senth punya mie. Aku memang tak ble masuk kalo mie besaq gedabak chenggini......aku suka bihun je....
Sementara menanti pesanan kami siap dimasak, Kak Lia mengunyah roti yang dibeli di depan tadi. lapar betul dier. Kesian. Aku tengok ruang dalam restoran ni agak bersih sikit dan orang yang datang juga agak "pembersih". Orang yang pernah pergi China mesti tau apa yang aku maksudkan. Kalo yang tak tau tu, meh aku cite sikit. Maser pegi Shenzhen, tengah sedap makan, tiba2 pakcik meja sebelah berludah. Bukan landing dlm longkang, dekat lantai restoran okehhhh.....Terus masing2 hilang selera makan. Sesempoi2 tempat makan kat pasar KK tu, aku tak penah tengok orang berludah, walaupun ia tempat terbuka. Betul. Ia janggal tp bila mengenangkan aku kat tempat orang redha aje la...#sambil suap nasi dengan tekak yang perit.

Orang yang tengah lapaq, menghayati setiap kunyahan roti nan....hehheheh

Satey yang dah diidam sekian lama. Sederhana sedap. Takde kuah. Baca catatan Ved, kata satey dier besaq. aku tgk biasa je....Y10 untuk 5 cucuk. Bayar kat org yang kibar satey tu jugak. 
Sekitar Masjid Phoenix, Hangzhou......

Pintu pagar luar masjid

Ruang dalam masjid



Ruang belajar kot....









Hefang Old Road

Selesai menunaikan kewajipan, kami keluar menyusur jalan di lorong2 luar masjid. Menurut pembacaan aku, (kalo tak silap la) lorong ni dinamakan sebagai Qinghefang (清河坊), juga dikenali sebagai Hefang Street (河坊街), adalah kawasan kebudayaan bersejarah yang terletak di kaki Bukit Wushan indah di selatan Hangzhou dan agak dekat dengan West Lake yang terkenal. Aku ingat kalo kami jalan terus je , mesti jumpa WL.

Hangzhou adalah modal China semasa Dinasti Song Selatan lebih daripada 800 tahun yang lalu dan Hefang Street mempunyai banyak kedai-kedai, restoran dan bar. Hefang Street bukan sahaja menjadi nadi Hangzhou lama tetapi juga pusat perdagangan ketika zaman China purba. Kita ble menyusur jalan sepanjang 460 meter Hefang Street mencerminkan budaya kaum yang menarik yang dikaitkan dengan teh Cina, perubatan tradisional Cina, masakan tempatan, dan kedai-kedai lama yang sangat dihormati dan gerai-gerai menjual barangan runcit yang dikendalikan oleh warga Hangzhou.


Kak Lia yang baru pernah menjejakkan kaki ke wilayah China, begitu teruja membeli ole-ole...
ehhhh....dier ni kan.......beli tak hengat donia. kiter pukul dier dgn belon ni...Tok....Tok....Tok....

ehhhhh....lagi dier.......tak reti ye kiter pukul tadi. Meh...meh kiter pukul dier dgn tahi ni sekali....hehheheh...Toing....Toing....Toing.....

ahhhhh......minah ni memang tak reti org tegah jangan memborong sakan. kiter ni nak p shanghai lagi.....Kak Sent, kita pula amik turn pukul la pakai apa pun.....bunga pun ble...:D

Cantik dekorasi luar kedai dier. Merah itu menawan.....

Payung pun nak sondol jugak ke kak Lia..???? Ishhhhhh....Ishhhh.......






Cantiknyer gerbang ni, rasa macam nak kawen la...hehhe..
kami balik semula ke West Lake. Bila sampai.....air yang menari2 tu dah benti......heheh.....ok tak pe...ko bukan segalanyer. Jom tahan sakit kepala tengok lambakan gambar di sini........

Lagi basikal sewa. Tersusun cantik. kaler sama. 

Cantik bunga ni......tapi tak de bau

Mamat tadi dah blah, ahernyer kami terpaksa mengalah. amik gambar dr kejauhan saje la....

Hamboiiii.....khusyuk tengok apek hensem....:P

me n kak lia

kak lia n kak senth

Aku dah tawar hati nak p bposing kat sini. kak senth masih menaruh harapan.....

Aku yang tak ble kehilangan air kelapa. kemana2 pergi kalo jumpa air kelapa mesti beli. Air kelapa kat sini serius tak sedap. rasa macam basi je. Ingatkan kelapa dier buruk. sekali pg tempat lain pun sama juga rasa air kelapa dier. tak sedap.....
Laluan ke West Lake

Lagiiiii.......

Dan kami Lagiiiiiii.......

Masjid tu tadi sebaris ngan Green Tree hostel. Yang ni pun glamer juga bagi para backpacker....

Bukan kerana namanyer tong sampah, tapi kerana designnya yang unik membuatkan orang tertarik. ...:)



Orang kat sini, suka pelihara si poppy ni......siap hantar trim bulu ok......hehheh










Ok la.....dah puas jengjalan. kami jalan2 dekat2 ni je. tak pg pun Lefang, ladang teh n sebagainyer.....mungkin lain kali. hujan turun renyai2.....kami pun balik...:) Aku ingat nak datang lagi sekali la kat sini. Rasa tak puas. sape nak join, angkat tangan...:)

Bersambung.....

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...