Saturday, February 15, 2014

Mimpi

Assalamualaikum dan Hi.....



Tadi, tengah godek2 FB, jumpa vid ni. Pasal mimpi terkena sihir. Aku, pasal mimpi ni kadang2 pecaya, kadang2 anggap ajelah ianya mainan tidur. Dalam keluarga, ader sorang kakak aku yang sangat pecaya dgn mimpi.....sket2 dier cite pasal yg dier mimpi sekian...sekian. Pastu kdg2 dier kaitkan pula dgn kejadian2 yg berlaku dlm hidup dier yg menjurus kepada mimpi tu. Aku sebagai pendengar, selalu nasihatkan dier, bahawa mimpi dier tu sebenarnya wujud sbb sblm tdo dier sedang mengingatkan sesuatu perkara. jadi bila minda penuh dgn segala macam perkara, maka dier masuk dlm mimpi....cewah....aku kan mcm pakar motivasi....:D Tapi, tak ble gak sombong sangatkan, sampai semua pun tak pecaya.

ok yg ni aku dapat dr internet:

Tanda-tanda orang tu kena gangguan, yang mana tanda-tanda tu dapat dilihat dalam tidur atau dalam jaga. Antaranya:

Dalam tidur:-

Mimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut.
Mimpi berada di kawasan kotor atau kawasan perkuburan.
Mimpi ular. Kalau kena belit atau patuk, konfirm terkena sihir.
Mimpi benda-benda tajam.
Mimpi budak kecil, diriba atau menyusu.
Mimpi salib.
Mimpi tengok lembaga dan ketakutan.
Susah tidur malam.
Mimpi berada di kawasan sunyi, pengantara angkasaraya atau di tengah lautan.
Mimpi orang yang dah mati terutama kaum kerabat, bagi benda kat kita dalam mimpi tu (mewariskan).
Mimpi binatang.
Mimpi dikejar binatang, kalau tak sempat dikejar, selamat. Kalau dikejar binatang, then orang tu kejar balik, orang tu ada kekuatan.

Dalam jaga:-

Berdebar tanpa sebab.
Bangun tidur ada kesan lebam atau cakar pada tubuh.
Ada penyakit, tetapi bila pergi hospital, doktor periksa dan kata tak ada penyakit.
Sakit belakang, rasa berat belakang.
Lenguh sendi-sendi utama.
Mengantuk dalam majlis ilmu.



Balik pd ceramah ustaz ni. Aku macam tertarik la pula....ader beberapa yg ustaz cakap tu, aku pernah lalui.

1. Mimpi U***.
Berlaku, baru ni juga. seingat aku dalam bulan 1 2014. emm....aku mimpi bendalah tu p**** ibu jari kiri aku 2x. Orang dulu2 kata, kononnyer kalo mimpi U***, ader org yg nak datang minang. Tang tu, aku tak caya. Tapi yg ustaz ni cakap aku caya la juga. Mula2 ingatkan, aku termimpi bendalah tu sbb aku kan takut tahap TEGAR benda tu, sampaikan kalo ada gambar dan dokumentari pasal tu pun kalo ble aku tak nak tengok. Jadi aku ingat sbb aku takut maka dier masuk dlm mimpi.

2. Susah Tido malam
Yang ini pun sedang berlaku dalam diri aku sekarang. Tapi aku ingatkan sebab 1, aku kan takut U***, jadi sblm tdo tu aku sentiasa was2, takut benda tu masuk rumah. sbb rumah sewa aku ni cermin tingkap tak rapat. aku takut je dier masuk celah2 tu. Dah bertahun kebiasaan aku tdo dalam terang. Lampu kena buka, kalo tak, mmg tak leh tdo...terbayang2 H****.

Tahun lalu, dalam bulan puasa, 2 minggu lagi nak raya. Aku kena penyakit gatal2. Mula2 dr ketiak. kiri dan kanan. Aku ingatkan sebab diadorant yang aku pakai. Kebetulan aku baru tukar jenama diadorant baru enchanteur jenis roll. Biasa aku guna Nivea, entah cemana hari aku beli tu, abih la pula nivea. terpaksa beli enchanteur. bila dah gatal2 tu aku benti pakai diadoran tu. aku beli yg lain pula...masih juga gatal. makin teruk. Selain diadorant, aku ingat kena gatal tu sbb hama. Rumah sewa aku ni, rumah kg separuh batu, separuh kayu. Jadi selalu semut masuk, kdg2 masuk dalam lemari pakaian aku. Maka aku bersihkan semua pakaian aku, lemari, cuci cadar, sarung bantal..kot la pasal semut yg kena gatal ni.

Lama2 gatal2 tu melarat, dari ketiak dia turun ke bawah. kiri dan kanan. Yang menjadi pelik, gatal-yg dah jd kudis tu tak p ke tengah badan. bahu, leher tak de....kudis tu kat tepi badan je. kalo pegi keje (siang) dier tak gatal. tapi balik keje je petang, dah mula gatal....tapi aku masih lagi ingat mungkin kena peluh. Minggu teraher puasa, nak raya dah aku g klinik. Masa tu kudis tu dah mula merebak ke tengah badan, perut, tangan, peha. kat klinik aku cuma tunjuk gatal yg kat tangan. Dier bg ubat makan n sapu.

Sampai la raya. Masa raya tu aku tak p jalan2 sgt. p sebelah umah pun malas. 1 hari cousin aku tengok. dier kata macam semaie. Semaie ni sejenis penyakit gatal yg kena buatan org. Dier mcm kelimumur, garu2, pastu ader putih2 jatuh. dier tak ader kudis berair. kakak ipar pun kata semaie. kebetulan ader Pak cik tu pandai ubatkan org. aku pun p berubat ngan dier. mandi. pastu tu balik lbn nanti dier suh mandi dgn limau nipis, ibu kunyit n tuba (akar tuba, racun utk bg ikan mati). aku praktik kan....alhamdulillah ok.

Tgl yg kat ketiak ni je lagi. paling teruk masa p jogja bulan 11 tu. yg kat ketiak ni balik pula. malah makin teruk. tak tahan aku beli ubat sapu dan detol. ok dier baik. la ni yg kat ketiak ni dier tak baik sepenuhnya. tp aku tak anggap dah kena org tp mungkin diadorant. kan org kata kita tak leh pakai satu2 produk lebih dr 3 bulan eh...pastu kena tukar. Seminggu yg lalu gatal kat ketiak ni balik pula. Berair. sampai satu tahap aku rasa ader bau yg tak menyenangkan. Ahernyer aku pg farmasi, beli diadorant baru yang tak ader bau. dan ubat sapu. murah je arga RM8. diadorant tu Rm9....ni dah ok da.....harap2 tak de yg makin teruk lagi.


ni aku dapat dr internet. Ustaz Kazim ajaq bacaan doa utk yg kena penyakit.... sama2 kita praktikkan....
Moga2 sembuh, dengan izin Alla SWT jua....in sha allah.




Saturday, January 11, 2014

China_Mei 2013: (6) Sepetang di Pearl River, Guangzhou

31 Mei 2013

Assalamualaikum n Hello.....

Balik je dr Beijing Lu, kami tak bercadang untuk kemana2 lagi melainkan balik ke Haizhu, mencari restoran muslim. Masing2 dah lapar...Seperti biasa dr Haizhu Station kami berjalan kaki balik ke hotel. Lalu kot tebingan sungai. Masuk ari ke-2 ni, rasa mcm tempat sendiri dah. Jalan dah hafal dlm kepala n rasanyer lalu tak ikot sungai pon kami masih boleh tau jalan balik hotel. cewahhhh....verlagak!

Tangga semua tinggi, siap2 je stamina korang kaci mantap

ader 3 jambatan merentangi sungai mutiara

ader gak org mancing ikan










tenang

nampak tak yg pakai baju putih tu? yang tu pesakit tau, petang2 depa jalan2 di tebingan ni, utk ambil angin, aku ingat sbg terapi minda. hospital tu dekat je, seberang jalan dah sampai











kedai ni jual brgan elektronik, hp, pendrive, aksesori hp, laptop sume ader tp.........panas giler dalam tu....

Mamat ni saiko sket.......sebelum dier betenggek kat sini.......aku duduk di tembok sambil makan kacang....sekali dier jerit aku.....aku ingat dier marah org, rupanya aku. Shitt!! hehhehehh....... dier tak bg aku duduk kat tembok tu sbb dier nk lalu, takut tak muat beskal dier kot. nsib baik dier tak libas aku ngan coti dier....wakakaka........

nampak tak peti merah tu? sebenarnyer ader org OKU di sini sdg menyanyi. sora depa sedap. kalo nak bg sedekah masukkn duit dlm peti tu. kalo ader org masuk duit kat peti tu, org tua saiko tu akan ucap terima kasih, sambil buat sign sembah2.....aku rasa dier tak der kaitan pon ngan org OKU tu, saje nak menyibuk jd polis pencen. kalo ader org nek basikal dekat2 kawasan org menyanyi tu dier buat2 nak rotan org nagn coti.....cehhhh....

sehari lg nak balik, aku ngan kak sent nak sewa basikal tu, mcm bez lak tengok org naik beskal. sekali punya la kami cr dr hujung ke hujung tak jumpa org kc sewa beskal........padahal biasa, ader je belambak. mcm tau2 je ari tu kami nak nek beskal......uhhhh



sepanjang sungai ni juga, banyak permainan kalo nak cuba. salah satu nya ini. 

bayo 10 yuen. baling bola masuk baldi tu dlm 5 biji kot. kalo masuk tak lantun balik, dapat patung, kalo lantun balik tak dapat la.....

aku nak patung katak hijau tu......tp nipu je games ni, tak masuk2 aku buat.....(padahal aku tak tau teknik...hehhehehh)


haaaa....tengok nyibuk betol la depa ni. aku main depa pon tgk, patut la tak masuk2......ggggrrrrrrrrr...........







Sekian...............:)

Sunday, January 5, 2014

Hello Jogja: (10) Hari terakhir naik kereta Kuda mengelilingi Yogyakarta.......

Part XI
22 November 2013

Hari terakhir kami di sini. Flight ke KL jam 3pm. Dan hari ini juga setelah 4 hari di sini baru la merasa sarapan pagi di hotel. Takut kelewatan kami check out lebih awal dan simpan beg di dalam stor dan keluar.






buku ni banyak gambar yg ble digunakan utk PDP psv....tu yg depa dok gambar
Kreatif.....ader kat dinding lorong 1001 malam hotel

Program pagi ni hanya melawat wisata yang berdekatan. Kami cari kereta kuda. Setelah berbincang soal harga, kami setuju dengan harga yang ditawarkan iaitu Rp. 50.000. Oleh sebab kami ramai, kami amik 2 kete kuda. Kami ber-4 (aku, kak Lia, K. Hasnah n Kak Beth) naik 1 kete kuda. Kak. Enai, K. Amy n kak T pula naik 1 kete kuda lagi.




 Kak Beth: Dik, kenapa mata kuda tu di tutup?

Anak muda: Untuk mengelakkan kuda takut pada kendraan buk…..

Anak muda membawa kami singgah di Pusat Ole2. Kami masing2 membeli makanan kering untuk di bawa pulang ke Sabah. Siap dipek di dalam kotak. Mantap! Sekarang baru aku tau yang Bakpia tu ader pelbagai perisa...tapi maser ni yg ader cuma perisa kacang hitam. Farid kata ader keropok Salak.....okkk.....yg ini pun aku br tau...:)




cantik lesung pipit mu kak sent.....hehehheh

Sekitar pemandangan yang sempat dijepret ketika naik kete kuda.....

oooo...Rupanya ader Pasar Sore...yg ni pun kami tak p....
Grafit Art
Arca berkepala pokok
 Kemudian kami meneruskan perjalanan, singgah di kedai menjual batik lukis. Di luar kelihatan 2 org Ibu sedang mencanting. Wah hebat sekali ibu…. ngak perlu guna pemidang dan lilin nya juga ngak menitis….Singgah tak lama, dah siap ambik gambar, kami meneruskan perjalanan (hari ini jumaat, kami mengejar waktu, takut macet ditgh jalan ke airport nanti). 







Uihhhhhh......buah mangga....rasa nak petik je


Kali ni singgah di kedai menjual lukisan iaitu di Dempek Art Studio. Teruja tengok banyak nyer lukisan!. Sepatutnya tempat ni perlu dikunjungi seawal kedatangan kami di sini, sbb aper tau, duit maser tu banyak lagi, ble la melabur duit di sini. Lukisan nya cantik2. Kak Hasnah dan kak Beth membeli lukisan. Depa dah ader rumah sendiri ble la lekat di dinding rumah.













karya ni sebenarnya gabungan seni batik dan catan. aku tanya macamana dier buat line yg warna emas tu....bapak tu kata maerialnya ditempah khas dr china......serta merta aku teringatkan Dafen Village Shenzhen..:)




Bapak, menerangkan makna sesebuah lukisan..

aku dan 2 ekor ikan


Borobudor di atas kanvas

Malam atau subuh

budaya masyarakat setempat dilakarkan di atas kanvas





Akhir sekali kami di bawa ke Tamansari. Kawasannya biasa je. Bayaran masuk: Rp. 5000. Menurut sejarah, di sini merupakan Istana Raja Jogja tapi Raja dah tak tinggai kat sini. Yang mendiami golongan kerabat/ bangsawan. Ramai juga orang datang berkunjung dan ader beberapa kumpulan photografer sedang shooting pengantin. Pengantin Jawo pastinya… Make Up cantik dan pasti sanggul tinggi…;)





Tempat beli tiket.....sebenarnyer bawa kamera pun kena bayar tp diam2 tok sah bising sbb dier tak nampak. 




Menurut sejarah, Taman Sari berfungsi sebagai tempat rekreasi bagi raja dan keluarganya terutama golongan wanita. Di sinilah Raja dan keluarganya menghabiskan waktu bersanti dengan berenang di kolam dan juga bermeditasi. Oleh kerana di tempat ini banyak digunakan oleh para wanita, maka golongan kerabat lelaki tidak diperkenankan masuk ke tempat ini. 

Kini Taman sari tidak lagi digunakan oleh Raja Jogja tetapi masih lagi didiami oleh golongan bangsawan dan ia merupakan muzium hidup yang mengambarkan budaya masyarakatnya. Tempat ni diangkat menjadi salah satu wisata  kerana keunikan dan keindahan bangunan Istana Air Taman Sari yang mencakupi banyak aspek agama dan juga budaya yang mempengaruhi bentuk senibinanya, iaitu gabungan budaya Jawa, Islam, China, Eropah dan Portugis.



maser tu ader org yg dah rasmi baju Jogja dier...;)

membayangkan kononnyer puteri bangsawan nak p mandi manda di kolam...wakakakka




Lagi pemandangan semasa naik kuda................ehhhh...kete kuda..:)

maser lalu tu kebetulan ader org meninggal....ader dlm van tu.

tengok mbak tu, relex je....:)


kalo tayar pancit atau nak tukar minyak hitam, kat sini bisa......
Ada CINTA Di Setiap Produknya....:)

grafit lagi
Ok habis. Kami kembali ke hotel. Siap untuk ke airport. Katanya Jogja juga macet sama seperti di Jakarta dan Bandung. Seorang Bapak membantu kami menahan teksi….ya alhamdulillah. Terima kasih Pak. Bila sampai di airport semua rasa lega. Jom layan gelagat depa kat airport….

wahahhahah..............pelbagai ubat penyakit.....hehehehh

Bila tengok coklat ni, tetiba teringat kata2 Pak Wor tempoh hari.......

Pak Wor: Buk, kalo takut miskin, yahh udah, cari aja " coklat tolak miskinnya"..
Kak T: ada ya Pak?
Pak Wor: yahhh...diadakan sih....

aku ingat dia bercanda. rupanya betul ada coklat Tolak miskin....hehheheh......macam2 ada. Nah...pelajar lepasan U, kalo masih nganggur ada coklat sarjana pantang nganggur.....paling hebat "COKLAT ENTENG JODOH....Rasa pitam aku kjap!! hehheheheh.....



Sesuai untuk para cikgu ialah coklat obat stress.....:D






Berakhir sudah bercutian kami 5H4M di sini…..sangat seronok mengutip pengalaman kehidupan masyarakatnya, melihat bentuk muka bumi semulajadi, mempelajari bagaimana masyarakatnya memanfaat lereng bukit untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian berteras, sungguh! ia meresap jauh disudut hati, bahawa jika kita berbakti kepada tanih, pasti pulangannya lumayan, dan secara jujurnya aku belum puas lagi meneroka Kota Jogja. Selamat Tinggal Jogja……sampai ketemu lagi dilain kali. Pasti…..In sha allah……:D

Aku tinggalkan depa ngan gambar2 gunung berapi yang ku jepret dr pesawat.....























Tamat

Nanie Amat
Labuan F.T
Ahad- 4 Januari 2014

Cehhh...macam tulih novel la pula.....wakakakkak..........




Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...