Sunday, June 16, 2013

Shenzhen_Mac 2013: Berkunjung ke Dafen Oil Painting

Sambungan……….
(Sebahagian foto di ambil dari FB Tony n Safira)

Selepas shopping di Hua Qiang Bie, Tony memberi pilihan kpd kami samada nak join ke Dafen atau tidak. Dafen merupakan Sebuah perkampungan seni terkenal di Shenzhen. Hanya ada 2 kumpulan yg join Tony ke Dafen, geng aku n geng kak Lela Manja. Yang lain, balik ke hotel semula. Nampak tak barang yg dibeli banyak td? Hehhe….kami pass kan pd Uztaz, dier tolong bawak balik….tq ustaz….:)

Mercu tanda Dafen Oil Painting...
Dafen terletak di pinggir bandar Buji, Longgang, Shenzhen di wilayah Guangdong, China. Pada awal tahun 1990an sekumpulan kira-kira dua puluh artis di bawah kepimpinan pelukis dan ahli perniagaan Huang Jiang membeli kediaman di bandar ini. Mereka mempunyai pengkhususan/ mahir dalam pembuatan sejumlah besar replika lukisan minyak yang dihasilkan oleh tuan seperti Van Gogh, Dali, da Vinci, Rembrandt atau Warhol. Seperti yg kiter tahu China merupakan sebuah Negara pengeluar barangan tiruan yg terkenal di dunia. Dari sekecil2 barang hingga lah ke barangan besar. Lukisan pun di klon juga. Hebat tak hebatnyer…..sendiri mo hengat…






Di sini replika yang dijual di banyak negara dengan harga yang agak rendah. Usaha itu agak berjaya dan permintaan untuk replica lukisan meningkat. Dalam usaha untuk memenuhi permintaan yang tinggi, maka semakin ramai artis mengambil keputusan menetap dan mula membina kehidupan di sini. Banyak artis dilatih di akademi seni dalam teknik-teknik yang diperlukan dan menghasilkan berpuluh-puluh replika harian.






teruja tengok kehebatan pelukis ni. 




Untuk menghasilkan replica ini mereka mempunyai garis panduan iaitu replika yang dihasilkan mestilah dari lukisan artis yang telah meninggal dunia lebih daripada tujuh puluh tahun yang lalu dan automatik ianya sdh keluar dari hak cipta. Kecuali karya Andy Warhol yang meninggal dunia pada tahun 1987, dan Dali, yang meninggal dunia pada tahun 1989. Tak tau sebab aper ble di klon…









Satu-satunya perkara yg wajib kiter ketahui ialah lukisan ini jelas bahawa ianya sebuah replika. Perkampungan ini adalah kawasan yang berpagar, ditandai oleh patung besar tangan yang memegang berus cat di luar pintu itu.
























aku suka corak ukiran pd pintu tu....kreatif giler.....






perghhhh....aku teruja tengok buku seni berlambat di sini. aku beli 2. 1 belajar catan. 1 lg buku lukisan guna pensel. sangat berguna untuk pelajar t6




















bangunan ni cantik. aku nak amik gambo tp batrie abih. ni dapat dr fn tony n safira.....tq...:)





Kat sini aku beli kekuda. kecil je...RMB50/ RM25. murah giler beb.....nak beli yg tinggi sket tp...memikirkan cara nak mengusung dr hotel ke airport nanti....aku berfikir banyak kali. tp kalo pg lagi aku beli yg besar tu.......Semua peralatan seni dari kanvas siap berbingkai, kanvas gulung, berus, warna, frame dan banyak lagi ada di sini. kalo nak ber biz mmg berbaloi order dr sini.

uhh.....maraton entry arie ni......

esoknyer, ader lg yg nak p Hua Qiang Bie.....so last entry pasal trip shenzen_Mac. Jumpa nanti.....tunggu.................
Bye...

Info: http://en.wikipedia.org/

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...