Saturday, March 23, 2019

Kembara Jeju: Mendaki Hallasan (Part 12)

5 Dec 2018
Rabu

💚
Puncak gunung dari kejauhan
Hari terakhir kami di Jeju. Dan hari ni juga kami buat trip khas ke Hallasan. Satu2nya lokasi yang kami pegi hari ni. Tak de lain dah sebab......kami hanya semut merah yang hanya bersiar2 di tanah rata 😆. Nak naik ke puncak tu mau makan 1 hari naik dan turun. Kebanyakan daripada kami terutamanya aku, memang tak de buat latihan mendaki. Kat Labuan ni satu je bukit, kalo kata nak berlatih menguatkan kaki. Tu haa, Bukit Kubong. Hujung minggu je memang jadi tumpuan tempat tu. Satu2 nya usaha untuk persediaan ke Hallasan ni ialah mendaki tangga bangunan naik kelas, itu pun sampai tingkat 1 je.....hehheh. Kadang sebulan sekali naik la juga ke library nun di tingkat 3, itupun semput nak sampai atas. Nasib baik semalam p Iichulbong, tak de kiranya kaki ni terkejut beruk kekejangan. 

Sebelum memulakan perjalanan, aku sempat amik gambar 2, 3 keping di kawasan persekitaran sebab suasana pagi dengan pancaran matahari yang kekuningan sangat cantik. Aku kira turun nanti mesti penat dan tak larat nak pegi amik gambar, jadi ini lah masanya. Oh ya, aktiviti mendaki di Halasan ni hanya dibenarkan di waktu siang sahaja dan wajib turun sebelum matahari terbenam.

Cafe di kaki gunung, tak buka lagi masa ni 
Kalo tak larat naik, boleh lepak ambil angin kat sini
sisi lain
Awal depa bangun, membawang sambil makan rumput
Taraaa.......Kaku rupanya! Hello....
Kalo musim luruh, lagi cantik kot tempat ni. Yang ni dah masuk musim sejuk, mesti hari tu daun2 meriah dengan warna yang remang2 senja... 
Jarak dari Bada Wi Olle (homestay) ke Hallasan melalui Eorimok Entrance ni adalah kira-kira 35km dengan masa 45 minit dengan pemanduan santai. Ok Set kan GPS anda dengan No:7139950/ 7139953. Tiket masuk kereta ialah 1000 won. Oh ya, aku pernah terbaca dalam satu blog ni yang katanya hotel tempat penginapannya menyediakan transport ke hallasan secara percuma. Boleh rujuk-----> SINI. Jadi jangan risau kalo tak de sewa kereta atau malas nak turun naik bas. Gunung Halasan atau dikenali sebagai Gunung Yeongjusan, terletak di penghujung Selatan semenanjung Korea. Ketinggiannya mencapai 1,950 m dari aras laut dan ia  merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan.  Terbentuk hasil dari aktiviti gunung berapi, yang mana ia pernah meletus buat pertama kalinya kira2 2 juta tahun dahulu, membolehkan kita melihat banyak batu basalt di sini. Kini ia diiktiraf sebagai World Natural Heritage oleh UNESCO sejak 2007.

Pagi di kaki gunung.....sejuk giler kat bawah ni...Naik ni tak de bayar apa2, tadi je bayar utk kete
Tanah landai di awal pendakian
Bersesuaian dengan identitinya di kawasan tanah tinggi, sudah pasti Gunung Halla menawarkan pemandangan yang cantik dan kaya dengan hidupan liar serta tumbuhan alam yang unik dan pelbagai. Dikatakan terdapat sekitar 1800 flora dan 4000 fauna yang menghuni kawasan gunung ni. Salah satu penyebabnya ialah faktor iklim. Disetiap ketinggian mempunyai suhu yang berbeza. Misalnya, di kawasan puncak gunung mempunyai iklim sejuk dan ada kalanya ia diselimuti salji. Manakala di  bahagian tengah gunung beriklim sederhana dan di kaki gunung mempunyai iklim tropika.

Pokok renek tumbuh di lantai bumi
laluan rata di permulaan perjalanan
Pokok tinggal ranting menemani pemandangan di sepanjang perjalanan
Jambatan merah
Anak sungai yang kering 
Jambatan yang harus di lalui, dimana bermulanya cabaran bagi kami yang acah2 pendaki...
Nak naik ke Halasan ni, terdapat beberapa laluan. Antaranya ialah Seongpanak, Eorimok, Eoseungsaengak, Yeongsil dan Gwaneumsa. Jadi kita bebas memilih laluan mana yang sesuai dengan kemampuan stamina masing2. Kami memilih trail Eorimok kerana katanya dalam banyak2 laluan tu, ini yang paling mudah dan yang paling susah ialah laluan dari Seongpanak kerana lerengnya yang curam dan jaraknya yang agak jauh iaitu 9.6 km, kira2 4 jam 30 minit setiap perjalanan. Ada yang mencadangkan naik dari Seongpanak dan turun melalui trail Gwaneumsa. Walaupun jauh dan mencabar laluan ini menjadi pilihan bagi pendaki tegar kerana pemandangannya yang sangat cantik. Aktiviti pendakian ni sebenarnya adalah untuk menawan puncak kawah sebab kat atas sana kita akan nampak kawah bekas gunung berapi. Namum cuma 2 trail sahaja yang membawa pendaki ke puncak Hallasan iaitu trail Siongpanak sejauh 9.6 km dan Gwaneumsa berjarak 8.7 km

KT mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan jambatan merah....Sampai takat jambatan ni, suhu masih sejuk lagi. Walaupun matahari macam terik je.
Cantiknyer.....
Pokok menjulang tinggi
Burung bertenggek di ranting pokok
Dah mulaa llun sukar. Tengok tu sekejap2 jumpa tangga. kaki kena angkat 45* tu yang tak tahan tu...Nampak tak landasan untuk mini train, khas untuk pekerja2 mengangkut peralatan atau barang2 naik ke atas. Aku ingat penat naik nanti ble la turun guna ni, nan ado......bukan untuk orang awam, hanya untuk pekerja. Sebenarnya untuk kaki hiking, trek ni kacang je, tapi kami ni kan semut merah.jalan2 di tanah rata je, trek yang nampak macam kacang pun kami dah rasa macam meredah mie laksa di dalam bubur. perghhh.....
Sahabat yang gagah perkasa. aku pula asal jumpa pangkin untuk berhat mesti duduk punya...hehe
Kami semua di awal pendakian
Lepas tu jumpa laluan yang ader kayu ni. Landai je....Kat sini ader punca air bersih dari atas, ramai yang isi air botol kat sini. 
Kemudian baru jumpa laluan berbatu. Yang ini batunya agak tajam, kalo tapak kasut lembut, memang terasa tajam je kat tapak kaki. 
KT dan S, tetap bertahan 😁
Tiba di ketinggian 1500m katanyer......✌
Ajussi
 Kebanyakan Ajussi di Korea, (China juga) mempunyai tubuh badan yang sihat, bertenaga dan masih mampu melakukan kerja berat atau aktiviti yang memerlukan stamina yang mantap. Sudah pasti faktor pemakanan dan amalan bersenam yang sentiasa dipraktikkan di dalam kehidupan. Di China, kebanyakan taman disediakan peralatan senaman yang boleh digunakan secara percuma oleh sesiapa saja dan yang menariknya warga emas sentiasa ada memenuhi ruang untuk beriadah secara berkumpulan mahupun secara solo. Tidak kalah dengan warga mudanya. Mereka ber "tai chi", menari tango atau bersenam menggunakan alat senaman yang disediakan. Gambar di atas diambil ketika dalam separuh perjalanan menawan puncak Halla 😝 Beliau adalah seorang Ajussi yang sedang duduk melepaskan lelah sambil melihat hp nya. Riak wajahnya tenang sahaja, helaan nafas teratur normal. Tidak seperti aku yang semput mencari udara, lelahnya bagai berlari ke langit. 😀 insafnya hanya seketika, terpasak azam utk berjogging di kompleks sukan. 2019, feb sudah berlalu, kini mac sudah muncul, belum sekali aku jejak kaki ke sana. Apa sudah jadi??? 😏

Lalang tumbuh subur
Diketinggian ini juga kita boleh nampak sebahagian Pulau Jeju yang ada di bawah sana. Pemandangan disekeliling lebih cantik dengan bukit bukau nan menjulang dengan tumbuhan renek menghijau menjadi permaidani lantai bumi....

Rakan2 sedang mendaki
Pokok berdaun merah cantik
Kadang2 bila penat mendaki dan membuang pandang ke belakang, terus lupa penat.....nun dikejauhan kelihatan bukit bukau melatari pemandangan pulau jeju
Semua pum cantik
Reranting
Walau pun kepenatan, aku teringin lagi nak ke sini. Cantik gilss!
bukit bukau menyejukkan mata

Kalo musim luruh mesti cantik kata atas ni
Lalang dirimba
landasan untuk mini train yang membawa pekerja mengangkut barang ke atas
Barisan pokok tumbuh dicelah lalang
batu tajam
Setelah berhempas pulas memanipulasi minda agar dapat bertahan, kami akhirnya tiba di sini. Horeeyyyyy......Pertengahan jalan tadi dah mula panas, kat sini apa tah lagi. Nasib baik ader angin sejuk la juga..Jam dah pukul 1, memandangkan masa naik tadi berjam juga jadi kami sepakat naik sampai sini je. Sebenarnya puncak untuk laluan Eorimok ni kat atas lagi. aku tengok mereka yang meneruskan perjalanan ke puncak nampak kecik berbalam2 je......Maknanya perjalanan masih jauh.

Tanda gembira dapat kita lihat pada reaksi mereka....
Boleh teropong Pulau Jeju dari kejauhan. 
kami berlatar belakangkan puncak Halla. Saje mengusik KT kat belakang tu....
Tuan tanah mengekspresikan diri
Atas sana cantik nak ambil gambar puncak Halla
Z
Z
Dah puas bergambar kat atas tu kami pun turun perlahan2. Antara kami KH dan Z yang lebih dulu sampai ke kaki gunung sebab depa berlari turun. Aku tak berani, takut terseliuh sebab kaki ni macam tak setabil, bergegar dalam diam. S pun aku rasa laju juga tapi dier tunggu KD kat belakang, jadi depa turun sekali bertiga. Masa nak turun ni kadang2 ader juga terserempak dengan orang yang nak naik, atau nak turun. Sedar diri kita ni turun macam siput jadi menepi la atau kadang2 buat2 berehat kat tepi padahal nak bagi depa lalu dulu. Kadang2 tersedar rupanya kiter sorang2 je kat laluan tu, tak nampak orang kat belakang atau kat depan. Aku ni penakut hantu, nasib baik tak der bunyi2 menyeramkan. Masa nak turun tu jumpa pekerja baiki tangga yang dah tercabut paku, jadi dengar bunyi menukul tu hilang rasa merinding. Akhirnya selepas berperang dengan lutut yang mengeletar, dengan hati yang sentiasa menghantar isyarat semangat pada minda.....aku sampai juga ke kaki gunung dan terus ke kereta. Rasanya sampai dalam jam 3++, aku terus masuk dalam kete dan terus berbaring. Perghhhh.....leganya bila dapat meluruskan pinggang. Aku nampak Z dan KH siap2 nak solat kat tepi kereta.



Bangunan kat kaki gunung. Tak pasti apa ya hostel kot....
Kitorang makan dan solat di sini, di tepi kete je. Masing2 tak berbunyi......Penat kot. Agak lama juga kami di kaki gunung ni, sebab bagi peluang kawan2 yang baru sampai untuk berehat. Cuaca memang cerah hingga ke petang. Rezeki Allah swt bagi untuk hari terakhir di Jeju. Oh ya aku lupa nak cakap antara kami Kak Cath sorang je yang sampai puncak. Perghhhh....salute pada KC, beliau merupakan jurulatih dan pemain bola jaring Tawau dan sentiasa menjalankan aktiviti workout. Jadi kau tau la dari mana datang tenaga superpower KC tu.....😎💪💪

Bersambung.....

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...